7 Tips Berguna Membeli Belah Bersama Anak Agar Dapat Kurangkan Stress

Ramai yang lebih selesa untuk membeli-belah berseorangan tanpa anak-anak. Iyelah, memang leceh sikit bila bawa anak. Perangai mereka memang tak terjangka.

Tapi, bukan sepanjang masa kita boleh pergi membeli belah bersendirian terutama yang tidak bekerja dan suri rumah yang 24 jam bersama anak.

Mungkin macam Ida yang bekerja, boleh ambil masa sebelum mengambil mereka di taska untuk Ida membeli barang, tetapi jika terpaksa, ada masa Ida perlu membawa 4 hero sekali ke kedai atau pasaraya.

Ketika Ida masih ada anak 2, Ida mudah stress bila membawa anak ke pasaraya. Memang susah nak membeli. Tetapi, bila dah anak 4, rasanya dah biasa kot bawa 4 hero ni ke pasaraya.

Alah bisa, tegal biasa.

Memang menyeronokkan luangkan masa bersama mereka, tetapi mudah juga membuatkan kita stress jika tak tahu caranya.

Di sini, Ida nak kongsi beberapa tips yang Ida apply, dan ada yang Ida google tips dari blog lain juga.

Tips 1: Mentally Prepared

Persediaan mental sebelum keluar membeli-belah sangat penting. Yes, dengan membawa anak, kita perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Its not as smooth as kita berseorangan, dan mereka ada ‘temperature’ mereka sendiri.

Expect sesuatu di luar fikiran kita. Mungkin mereka boleh mengamuk, mereka boleh menangis, mereka boleh tantrum tak tentu pasal.

Yes. Mental mesti bersedia. Tarik nafaaasss.. dan lepasss.

Tips 2: Cukup Makan / Cukup Rehat / Selesai ‘Membuang’

Hero-hero saya ada yang berumur 2, 4, 6 dan 9 tahun. Jadi, sebelum keluar, saya akan pastikan yang 6 tahun dan 9 tahun sudah ‘membuang’ siap-siap terutama buang air kecil. 

Ke semua hero-hero mestilah sudah makan dan tidak terlalu letih. Mungkin sudah cukup tidur.

Ini adalah untuk mengelakkan sebarang amukan bila mereka lapar dan letih. Jika ada pun, mungkin tidak berapa teruk dan boleh di kawal.

Tips 3: Sediakan List

Ida biasanya akan sediakan list barang penting yang perlu di beli. Jadi, bila sampai sahaja di pasaraya, Ida akan terus terjah tempat letak barang yang hendak dibeli.

Kalau adapun barang yang ingin dibeli yang tiada dalam list, ia pasti di luar perancangan terutama snek-snek tambahan permintaan dari hero-hero.

Dengan sediakan list, kita boleh jimatkan masa kita disamping tidak terlupa untuk membeli benda penting di pasaraya.

Tips 4: Troli Pasaraya

Anak-anak kecil suka berlari. Untuk mengurangkan stress kita yang terpaksa berlari sama mengejar mereka, letakkan mereka di dalam troli. 

Ida suka letakkan 3 hero di dalam troli dan anak sulung akan bantu untuk tolak bersama-sama.

Walaupun mood mereka berada di dalam troli itu tidak lama, tapi sekurang-kurangnya kita lebih selesa membeli di awal-awal masa sebelum ada yang menjerit minta diturunkan. Haha.

Tips 5: Membawa buku, pen, alat tulis, snek

Ida suka membawa pen dan buku untuk hero-hero kecil leka menconteng. Ida juga suka membawa buku dan snek / membeli buku atau snek sebelum mula membeli belah.

Anak-anak akan leka menulis, membaca dan makan disamping kita membeli dengan lebih aman.

Tips 6 : Biar mereka bantu

Tips ini ida ada dapat dari beberapa blog, tapi ida jarang apply. Untuk menambahkan keseronokan membeli bersama anak-anak, kita mungkin boleh libatkan mereka dalam mencari barang yang hendak kita beli. 

Or, at least kita minta mereka pilih warna yang mereka suka, atau wangian yang mereka suka jika membeli barangan seperti sabun.

Anak-anak yang diberikan perhatian seperti itu mungkin boleh kurangkan tantrum mereka yang inginkan perhatian lebih dari kita.

Tips 7 : Don’t drag masa

Bagi Ida, ini tips paling penting.

Kita kena tetapkan masa untuk membeli-belah.

Kalau Ida, Ida gemar membawa anak membeli-belah jam 10pagi (selepas breakfast) dan balik sebelum jam 12tghari (sebelum mereka penat, lapar dan mengantuk).

Waktu tidur anak-anak biasanya pada waktu tengahari dan menjelang petang mereka sudah penat.

Jangan drag masa sehingga berjam-jam. Ia memang menjadi FAKTOR penting jika tak nak stress nanti.

Jika terpaksa untuk membeli-belah sehingga berjam-jam, Ida akan pastikan mereka akan berehat makan dan tidur seketika, mungkin di dalam kereta sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge