7 Rahsia Jimatkan Masa Mengemas di Dapur Yang Di cari-cari Oleh Ibu Hebat

Ibu-ibu hebat banyak kerja yang multitasking. Kita bukan sahaja kena jadi tukang masak, kita juga adalah tukang kayu, guru, driver, tukang dobi, despatch, penyanyi, pelayan dan macam-macam lagi.

Rasanya kalau nak disenaraikan, memang berjela-jela kertas nak buat list.

Betul tak ibu-ibu?

Kerja kita memang unlimited dan 24 hours. Sama ada bekerja atau suri rumah, kerja kita sama sahaja. Letih tidak terkira.

Kalau ada tips untuk kurangkan masa, pasti best kan?

Haaaa… kat sini Ida boleh bantu ibu-ibu sekalian dapatkan tips best pasal jimatkan masa. Sebenarnya tips ini bukanlah yang Ida dah amal, tapi tips yang ida cari untuk ida amal.

Ida sendiri pun kurang efektif bekerja di dapur. Bila cari tips di internet, jumpa satu artikel di web thekitchn.com yang beri tips best pasal ni

Jom tengok 7 Rahsia Jimatkan Masa Mengemas dapur.

1. Kosongkan sink

Amalkan untuk anda kosongkan dan bersihkan semua pinggan mangkuk yang kotor bila-bila masa.

Untuk kurangkan masa memasak juga, adalah lebih selesa kalau sink kita kosong kan. Lebih mudah nak basuh bahan memasak nanti.

Bila kita kumpul semalaman pinggan mangkuk yang banyak tak terbasuh, lebih lama pula kita di dapur untuk bersihkan ia.

Seeloknya, walaupun ada seketul dua pinggan, kita dah jadikan habit untuk kosongkan sink sebelum ia membebankan kita.

2. Bersihkan bila dah siap masak


Memasak bukan kerja yang mudah. Kadang-kala rasa nak krem kaki ni berdiri memasak.

Pasti penat kan?

Tetapi untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa, setiap kali habis memasak, bersihkan dapur dan sink. Tempat yang kotor yang dibiarkan lebih susah untuk dibersihkan kemudian hari kerana kesannya yang sukar untuk dihilangkan.

Maka, amalkan untuk membersihkan sekejap semua bahagian tersebut walaupun selepas anda penat memasak.

3. Bersihkan sink setiap kali selepas membasuh pinggan. 


Sinki adalah tempat paling mudah kotoran melekat sebab semua sisa makanan kita basuh disitu. Ada ketika kita tak sempat nak bersihkan, semua kotoran tu dah susah nak tanggal.

Setiap kali selepas basuh pinggan, berus sedikit di tepi dan dalam sink dengan sabun atau air suam supaya tiada kotoran yang tertinggal.

Bila sink sentiasa bersih, kita tak perlu luang masa lebih lama untuk menyental kotoran hitam degil yang dah ‘berkampung’ kat sink kita kan?

Lebih-lebih lagi bila ia berlendir dan mengeluarkan bau busuk.

EEuuww.

4. Buat sedikit ‘maintenance’ sebulan sekali ke atas alatan dapur dan pisau. 

Ambil masa sebulan sekali untuk membuang gris dan kerak pada bontot kuali, polish alatan dapur supaya mudah digunakan.

Pisau pun boleh di asah sebulan sekali bagi mudah bila nak masak. Pisau yang tajam lagi cepat digunakan kan?

Kalau tunggu berbulan-bulan untuk buat perkara ni, mungkin satu hari nanti alatan dapur ni tak tahan lama dan cepat rosak. Ataupun ia ambil masa sehari suntuk untuk buat benda ini sahaja.

5. Sediakan alatan pembersihan pada tempatnya. 


Sediakan satu ruang khas yang mudah dicapai bagi meletakkan semua alatan pembersihan dapur anda.

Berus, tisu, kain tuala, pembersih serbaguna, botol spray pada satu tempat.

Bila nak guna, tak perlu ambil masa lama nak mencari sekitar rumah. Dah boleh jimat masa di situ.

6. Sentiasa kosongkan ruang meja / ruang operasi dapur

Bila kita letak macam-macam pada tempat nak masak (samaada atas meja atau countertops), ruang nak masak jadi terhad. 

Susah nak letak bahan nak masak, nak potong memotong, bahan yang telah dipotong pada tempatnya bila meja / countertops kita tak clear.

Kalau nak letak hiasan pun, berpada-padalah. Janganlah sampai tiada ruang untuk buat persediaan masak.

7. Pastikan Tong Sampah Cukup Besar dan Muat

Tong sampah atau bakul sampah sangat penting untuk buang sisa di dapur. Tetapi, saiz bakul sampah kita mesti cukup besar untuk membuang benda tak elok di dapur.

Jika terlalu kecil, barangan yang nak dibuat akan dilonggokkan di tepi bakul dan ia boleh mengganggu proses kelancaran kerja di dapur.

Memang sangat mengganggu dan menyusahkan.

Mencari bakul sampah yang betul nampak remeh tetapi keperluannya boleh menjimatkan masa ibu-ibu hebat.

sumber: http://www.thekitchn.com/

Apa lagi idea untuk menjimatkan masa? Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Jangan lupa tengok video Tips Mencuci Pinggan Mangkuk dari rakan saya di bawah ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge