7 Punca Eye Bag dan Cara Hilangkannya – Mesti Cuba!

Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata adalah antara masalah kulit paling biasa wanita alami. Ia boleh membuatkan kita kelihatan letih, kusam dan lebih tua dari usia

Bagaimana ia terjadi?

Ia adalah disebabkan oleh proses pengekalan cecair (fluid retention) – air berlebihan disimpan dalam tisu kulit di bawah mata.

Lingkaran gelap bawah mata wujud apabila kulit bawah-mata yang ada saluran darah lebih menonjol daripada kulit di bahagian lain

Berikut adalah 7 sebab utama terjadinya Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata, dan bagaimana kita boleh mengurangkannya.

1. TIDUR

Ramai antara kita tahu kurang tidur boleh menyumbang kepada kemunculan Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata, tetapi bagaimana?

KURANG TIDUR

Salah satu penyebab utama eye bag adalah tidak mendapat cukup tidur pada waktu malam.

Kekurangan tidur menghalang tubuh anda daripada membuang cecair yang berlebihan. Ia akan terkumpul di dalam tisu di bawah mata kita, menyebabkan eye bag muncul.

Jadi, berapa banyak tidur yang kita perlukan?

Bagi orang dewasa, disyorkan tidur sekitar 8 jam setiap malam. Ini akan mengurangkan risiko wujudnya Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata.

– DARK CIRCLE DAN TIDUR

Bukan sahaja Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata, kurang tidur boleh menyebabkan Dark Circle juga.

Kekurangan tidur menyebabkan pembuluh darah di bawah mata anda melebar, mewujudkan warna gelap yang kelihatan pada kulit yang nipis dan halus di bawah mata.

 

2. UMUR

Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata adalah sebahagian proses penuaan.

Apabila kita bertambah tua, lemak di bawah permukaan kulit kita mula memberat, dan lemak ini menyebabkan timbulnya eye bag.

Selain itu, semakin kita berumur, ligamen dan otot yang memegang lemak di kita mula lemah. Ini menyebabkan kulit kita melendut dan eye bag menjadi lebih kelihatan.

Umur juga merupakan faktor yang menyebabkan lingkaran gelap bawah mata muncul.

Semakin kita berumur, kita mula kehilangan beberapa lemak dan kolagen di bawah mata. Kulit kita juga semakin menipis. Ia menyebabkan saluran darah di bawah mata semakin kelihatan, dan timbulnya lingkaran gelap bawah mata.

 

3. GAYA HIDUP

Ada perkaitan yang kuat antara gaya hidup yang tidak sihat dan timbulnya Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata.

Terdapat beberapa cara untuk membantu mengurangkan punca yang menyebabkan eye bag dalam gaya hidup kita walaupun tidak boleh diubah secara mendadak.

– GARAM

Perasan tak, Jika kita ambil hidangan banyak garam sebelum tidur, mata akan nampak sembab, timbul eye bag. Ini kerana garam menyebabkan badan kita mengekalkan air.

Apabila anda ambil terlalu banyak garam, kita akan mudah dehidrasi (hilang air). Oleh itu, badan anda secara semula jadi kekalkan cecair yang berlebihan untuk mengelakkan dehidrasi.

Cecair berlebihan ini berkumpul di dalam kulit di bawah mata dan menyebabkan eye bag.

Oleh itu, anda harus cuba mengurangkan pengambilan garam dalam diet anda.

 

– MEMBERSIHKAN MAKE-UP PADA MUKA

Ia pasti ambil sedikit masa anda, tetapi membersihkan make-up anda dengan betul sebelum anda tidur berkesan membantu mengurangkan risiko eye bag.

Jika anda tidak bersihkan make-up pada mata, ia memberi banyak kesan negatif pada kulit anda.

Anda mungkin mengalami kerengsaan kulit di sekitar kawasan mata, dan proses penuaan kulit anda akan lebih cepat . Itu yang membawa kepada kedutan dan lingkaran hitam bawah mata.

Walau bagaimanapun, apabila anda menghapuskan solek mata anda, anda harus berhati-hati untuk melakukan ini dengan lembut, memastikan anda tidak menarik kulit anda yang halus di bawah mata terlalu kasar.

 

4. ROKOK

Merokok mempunyai banyak risiko kesihatan dan salah satu daripada itu adalah kerosakan pada kulit anda. Asap rokok yang membahayakan akan membunuh sel-sel yang sihat di dalam badan. Ia juga menjejaskan pengeluaran kolagen.

Ini mempercepat proses penuaan dan menyebabkan kedutan dan garis halus.

Merokok juga boleh menyebabkan eye bag. Kulit perokok sangat kering/kurang air, dan tubuh akan kekalkan air di kawasan ini untuk mengelakkan kulit menjadi lebih kering.

Sebab itu terjadinya eye bag.

Perokok juga cenderung kekurangan tidur malam daripada bukan perokok. Ia berpunca dari kesan nikotin yang mereka alami pada waktu malam. Kekurangan tidur menyumbang juga kemunculan Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata

 

5. ALLERGIES

Sekiranya anda mengalami reaksi alergi, salah satu simptomnya adalah bengkak di sekeliling mata anda.

Bagaimana ia terjadi?

Apabila anda mengalami reaksi alergi, tubuh anda mengeluarkan bahan kimia (histamines) yang menyebabkan mata anda membengkak dan jsdi sembab. Alergen juga mempercepatkan pembentukan cecair di bawah mata anda, yang seterusnya menyebabkan kulit membesar dan membentuk beg mata.

Alahan turut menyumbang kepada lingkaran gelap bawah mata. Histamines yang dibebaskan semasa tindak balas alergi merosakkan saluran darah dan menyebabkan ia membengkak dan menghasilkan lingkaran gelap bawah mata.

 

6. GENETIK

Ada juga di mana masalah Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata  asalnya dari keturunan. Sekiranya mak ayah dan datuk nenek anda mempunyai Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata , anda mungkin akan ada juga – ia pastinya ada dalam DNA.

Jika anda ada Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata seawal belasan tahun, cubalah guna skin care dan serum mata yang bagus untuk mengurangkan masalah itu.

 

7. UBAT-UBATAN

Ubat-ubatan memang ada kesan kepada masalah Eye bag dan lingkaran gelap bawah mata .

Jika ia nampak lebih teruk, susah juga untuk anda ubah. Mungkin anda boleh cuba ubah dari segi yang lain (diet, gaya hidup dan tidur yang cukup).

sumber : https://bioeffect.co.uk/thebuzz/eye-bags-why-do-we-get-them/#

 

Cara Menghilangkan Eye Bag Dengan Cepat

Ramai yang dah buntu cara nak hilangkan Eye Bag yang degil. Anda mesti cuba produk terbaik dari Youth.

Restoring Eye Treatment

Kelebihan Restoring Eye Treatment

Mengandungi Peptide Blend unik yang dibuktikan di dalam kajian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis serta kedutan di kawasan sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata atau crow’s feet dalam tempoh masa seawal 7 hari.*

  • Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam.**
  • Membantu menghilangkan kedutan mata dan menegangkan serta menghidrat. **
  • Mempunyai cooling tip unik yang menyegarkan dan memberikan tenaga di kawasan mata dengan urutan lembut.

Hebat bukan?

Antara Kelebihannya yang lain :

 

 

Cara Menggunakan Eye Treatment

Cara #1 : Cooling Tip

Picit tiub untuk mengeluarkan sedikit produk sebesar saiz mutiara ke atas cooling tip. Gunakan cooling tip untuk meratakan dan mengurut produk ke kawasan mata.

Cara #2 : Dengan Jari dan Cooling Tip

Picit tiub untuk mengeluarkan sedikit produk sebesar saiz mutiara ke atas cooling tip. Dengan menggunakan jari manis anda, titik produk pada kawasan mata untuk dirawat dan gunakan
cooling tip untuk meratakan dan mengurut produk ke kawasan mata.

 

Testimoni

 

Ingin dapatkan Restoring Eye Treatment?

Ida Ifaz

Call/SMS/Whatsapp : 019-3816167

klik sini : http://www.wasap.my/60193816167

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge