7 Cara Seronok dan Kreatif Ajar Anak Urus Wang

Anak-anak sekarang semakin bijak dan hebat. Dari kecil dah ramai yang pandai guna gajet, ada yang lebih pandai main game dari ibu ayahnya.

Pernah tak kita terfikir nak didik mereka pandai guna dan urus wang? Ada ibu bapa tak perasan bahawa anak-anak sudah boleh dilatih diperkenalkan dengan wang, cara guna dan cara berjimat dari kecil.

Cerita pasal anak guna gajet, ramai ibu mengeluh macamana nak elak anak rebut gajet mereka. Tip dari rakan saya dalam video di bawah memang saya SANGAT SUKA. 

Kita sebagai ibu bapa boleh bantu terapkan nilai ini, jangan sampai mereka hanya pandai minta kita beli sahaja tanpa tahu nilai wang itu sendiri. Itu yang buatkan mereka kurang hargai mainan yang kita beli, dan pandai meminta sahaja tanpa usaha. Bila tak dapat, mereka mula mengamuk dan menjerit-jerit tanda protes.

Ayuh.
Jom kita mula ajar anak urus wang. Ada 7 cara seronok dan kreatif untuk didik mereka, dan dengan harapan mereka membesar dengan pandai menghargai wang.


1. Jangan takut perkenalkan wang seawal usia kanak-kanak lagi.

Seawal anak kita sudah pandai bercakap lagi, kita dah boleh kenalkan dia dengan wang. Cerita dengan dia, wang ni boleh buat apa. Bila kita nak bayar sesuatu dipasaraya, beri anak kita hulurkan duit kepada cashier. Apabila bersedekah, pass wang ke tangan anak, dan biarkan dia sendiri yang masukkan ke dalam tabung.

Walaupun masih belum kenal apa-apa, sekurang-kurangnya anak kita faham konsep membayar dan memberi. Cara yang baik untuk kenalkan mereka adalah:

– Lekatkan duit pada kertas, tulis nilai duit tersebut pada kertas. Anak-anak boleh mula kenal nilai setiap keping wang dengan cara ini.

– Beri peluang anak membayar harga barang di kedai.


2. Bantu anak paham dapat duit dengan bekerja

Hidup serba online ni menyebabkan cara mendapat gaji adalah secara maya, susah nak terang dekat anak macamana dapat duit hanya bila kita usaha dan bekerja. Jadi, kita kena terangkan kepada mereka cara dapat duit secara praktikal.

Satu aktiviti menarik adalah dengan tuliskan beberapa kerja dan jumlah upah yang akan dibayar pada kertas-kertas yang di lekat di satu sudut. Bila mereka dah siap kerja itu, mereka tanggalkan kertas yang dilekat dan tunjukkan kerja yang dah siap itu untuk di cek.

– Cipta satu jadual kerja beserta nilai upah. Upah untuk kerja itu boleh serendah RM1

– Biar anak sendiri yang pilih kerja mana yang mereka rela untuk buat dan dapatkan upah.

– Bila mereka nak beli sesuatu yang mahal, bincang dengan mereka harga barang tersebut dan offer senarai kerja yang mereka boleh buat yang mana jumlahnya sepadan dengan harga barang itu.

Susunkan jadual dalam satu kertas beserta nilai upah. Bila lengkap keseluruhan kerja dengan nilai upah, belikan mereka barang tersebut sebagai ganti upah tadi. Menarik kan?


3. Bantu mereka tetapkan ke mana wang mereka

Sediakan tabung-tabung atau sampul-sampul dengan label berlainan setiap satu untuk bahagikan wang yang mereka ada atau dapat. Tak semestinya semua itu disimpan di satu tempat sebagai simpanan. Boleh juga labelkan setiap satu sampul dengan “Simpanan”, “Yuran Masuk Legoland”, “Basikal Raleigh” dan “Sedekah”.

Ia lebih kreatif dan menarik jika dibandingkan dengan hanya untuk simpanan. Mereka juga akan nampak matlamat mengumpul duit dan lebih bersemangat dan seronok untuk menyimpan.


4. Biasakan anak untuk bersedekah

Bersedekah menyucikan harta. Bersedekah juga mendidik diri anak untuk jadi lembut dan mudah bersimpati dengan orang lain. Ia juga dapat jauhkan sifat pentingkan diri sendiri dalam diri anak.

Selain dari tabung simpanan, satu tabung berlabel “Sedekah” sangat bagus diamalkan untuk ajar anak amalan mulia ini dari kecil. Ia juga sunnah Rasulullah, kerana Rasulullah adalah seorang yang dermawan.

Saya memang tak boleh nak nafikan kebaikan bersedekah seperti yang sahabat saya  dalam video di bawah ini beritahu. Ia betul-betul membuka mata hati saya.


5. Merancang Kewangan tak perlu dipandang ringan

Anak muda sekarang ramai yang bankrap. Umur baru 20-an, tapi hutang keliling pinggang. Kenapa jadi macam tu? Sebab mereka tak pandai kawal nafsu membeli. Baru kerja, dah beli kereta mahal. Mereka gopoh dan tak pandai nak bersabar apabila dah boleh pegang duit sendiri.

Dari kecil kita boleh didik anak rancang bajet sendiri. Mereka kena sedar apa yang terjadi dengan wang mereka setelah mereka membeli dan membayar sesuatu.

Aktiviti yang boleh dicadangkan : Keluarkan duit cash, print semua bil elektrik, bil air dan segala macam bil. Bantu anak kita bayar semua bil dan biar mereka kira sendiri baki wang yang ada selepas itu. Anak akan merasai sendiri bagaimana wang yang ada tadi habis, dan sekaligus mendidik mereka menghargai wang. 

Permainan board seperti monopoly juga bagus dalam mendidik anak bagaimana merancang kewangan.


6. Tetapkan matlamat dan didik mereka capai

Apabila anak ingin membeli sesuatu, bantu mereka buat satu jadual kira-kira. Harga barang tersebut di bahagian atas sekali, dan bawah sekali adalah nilai 0. Setiap kali mereka kumpul duit, tolakkan nilai duit yang mereka ada dengan harga barang tersebut, sehingga ke akhir jadual.

Anak-anak boleh melihat sendiri prestasi mereka dan akan tahu berapa lama lagi mereka akan capai matlamat mereka itu.


7. Jadi ibu ayah yang amanah

Bila dah janji untuk membayar anak dengan nilai upah yang tertentu, jangan pula tak bayar atau culas nak bayar. Mereka ada hak untuk dibayar ataupun aktiviti yang dibuat tiada kesan pun.

Bila berada dipasaraya, ajak anak sekali pilih barang mana yang lebih murah untuk dipilih supaya mereka rasa dihargai dan juga terdidik menjadi pengguna dan pembeli yang bijak bila dah besar nanti.

Anak mempunyai potensi yang kita sendiri tak boleh jangka. Mereka ada kebolehan memerhati dan mudah terdidik ketika kecil. Semoga cara yang dicadangkan memberi manfaat kepada semua

sumber: http://familyshare.com/f

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge