6 Tips Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk Supaya Tidak Mudah Rosak

Siapa yang tiada peti sejuk? Cuba angkat tangan. Majoriti ada peti sejuk. Memang dah jadi keperluan setiap keluarga untuk ada satu peti sejuk setiap rumah.

Macam-macam kita letak dalam peti sejuk. Confirm-confirm makanan yang tak habis kita akan simpan dalam peti sejuk.
Cuba bayangkan kalau semua jenis makanan kita letak dalam peti sejuk, tapi letak sayur di atas, ikan masin di sebelah, kek di tepi tanpa cara simpan yang betul.
Euw. Tak mustahil makanan boleh jadi rosak.
Ikuti tips simpan makanan ini supaya peti sejuk kita tersusun dan makanan tidak mudak rosak

Tips 1: Cara Menyimpan Makanan 

Kita makan cereal, kemudian tak habis. Kita terus letakkan cereal yang tak habis dengan plastiknya sekali. Ida pun biasa buat macam tu. 
Sebenarnya, cara simpan tu tak berapa betul. Sebaiknya, kita letakkan dalam bekas kedap udara yang bertutup. Susun ikut jenis.
Biasanya Ida akan susun makanan yang jarang ida ambil di bahagian ke dalam sedikit berbanding yang biasa Ida pakai. Contohnya, gula merah, udang kering dan tempoyak.
Jika kita ada simpan tin minuman, letakkan di satu tempat. Kita mudah nak cari, dan tidak makan ruang tempat simpanan barang lain.

Tips 2: Penyimpanan Sos.

Biasanya, Ida akan letak dan susun sos di tepi, iaitu di bahagian pintu. Bagaimana dengan anda? Jarang kita jumpa sos diletakkan secara baring di dalam peti sejuk kan?
Lap botol sos selepas digunakan. Ia boleh menyebabkan sisa sos yang terkeluar akan mengotorkan ruang. Ida selalu juga terlupa nak lap terutama susu cair yang telah digunakan. 
Somehow, rutin ni memang bantu kita jimatkan masa masa bersihkan peti sejuk. Takdelah kita ambil masa lama nak bersihkan sisa sos yang dah kering dan melekat di pintu peti sejuk kan?

Tips 3 : Tips simpan telur.

Telur adalah makanan rutin yang wajib ada setiap rumah. Biasa kita letakkan di bahagian atas pintu peti sejuk.
Jika bahagian penyimpanan telur itu ada penutup, its better kita tutup. Sebab kulit telur ada bakteria dan mungkin boleh tersebar ke makanan kita yang lain.

Tips 4 : Tempat penyimpanan sayur dan buah.

Sayur dan buah adalah makanan yang  paling cepat rosak. Macam buah tembikai yang telah dipotong, memang tak tahan lama kalau letak di luar. Jadi, ia perlu diletakkan di dalam peti sejuk.
Ruang yang biasa Ida letakkan sayur dan buah adalah bahagian bawah sekali. Tapi, sebaiknya ruang tersebut mesti diasingkan di antara sayur dan buah. Sebaiknya buah juga diletakkan dalam bekas supaya lebih tahan lama. 
Kadang-kadang kita lihat buah kita akan mudah kering jika diletak begitu sahaja didalam peti sejuk. Padahal banyak lagi buah yang sepatutnya kita boleh makan lagi. 
Sayang sangat kalau tak simpan elok-elok. Boleh jadi membazir nanti.
Sayur boleh tahan lama jika kita bungkus dalam kertas dahulu sebelum dimasukkan dalam plastik. Ida pernah cuba masukkan terus dalam plastik ziplock, dan memang tahan juga. 

Tips 5 : Kuih dan puding

Kuih dan puding akan kering kalau kita letak begitu sahaja di dalam peti sejuk. Letakkan kuih dan puding dalam bekas tertutup untuk elak ia kering dan tidak boleh di makan. 

Tips 6 : Makanan tin

Sebaiknya, makanan dalam tin perlu dipindahkan ke bekas kedap udara. Kalau rajin, letakkan label pada bekas. Tulis nama dan tarikh sudah memadai. Mudah nak cek jika ia masih elok atau tidak nanti. 
Makanan tin dari jenis daging seeloknya diletakkan di tempat sejuk beku.

Tips 6: Peti Sejuk Beku

Selain dari ais, peti sejuk beku memang penting untuk simpan makanan basah seperti ayam, daging dan ikan serta makanan laut supaya tahan lebih lama. Seeloknya di letakkan di dalam bekas kedap udara dan di label. 
Air pada daging atau ayam mudah kotorkan bahagian sejuk beku jika kita terus simpankan dalam plastik. Bila nak keluarkan, dah mula susah sebab plastik melekat pada dinding peti. 
Bahan makanan yang disimpan dalam sejuk beku boleh tahan lebih lama sehingga 3-6 bulan.
Cara ida simpan sayur :
Beli plastik ziplock di daiso dan simpan sayur dalam plastik ini. Memang tahan lebih lama.
Panduan penyimpanan makanan dalam peti sejuk:

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge