6 Tanda-Tanda Gout Yang Ramai Ingatkan Sakit Sendi Biasa

Sakit sendi jari secara tiba-tiba? Ada yang mungkin ingatkan hanya lenguh biasa sahaja. Ada juga ingatkan kerana sakit sendi biasa.

Adakah ia mungkin Gout?

Apa itu Gout

Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Kini, dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh di kawal.

Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

 

6 Tanda-tanda Gout (pasti berbeza dengan sakit sendi biasa)

Tanda 1

Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit

 

Tanda 2

Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman

 

Tanda 3

Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan apabila bergeser dengan selimut pun terasa sakit yang teramat

 

Tanda 4

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

 

Tanda 5

Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan

 

Tanda 6

Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari

 

sumber: https://shehanzstudio.com/2017/07/apa-itu-gout.html/

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge