5 Punca Gigi Anak Rongak Yang Tak Boleh Ambil Ringan

“Senyum nanti tutup mulut tau, jangan nampak gigi”

Nak tergelak saya bila terdengar ada mak ayah yang pesan begitu kepada anak. Iyelah, nak buat macamana, gigi anak dah hitam dan rongak. Nak ambil gambar pun tak lawa.

Kesian kat anak pun ada. Malu nak jumpa kawan-kawan. Lagi-lagi bila ada kawan-kawan bertanya tentang giginya.

Ida ada terjumpa satu artikel di internet berkaitan gigi rongak dan rasa seronok nak share apa yang Dr Husna Razak dari web http://www.mmgazette.com/ ni ceritakan.

Katanya, gigi susu kita pada awalnya adalah normal. Setelah tumbuh, ia mula terdedah dengan keadaan persekitaran mulut pH yang rendah. pH yang rendah berpunca dari elemen seperti air liur, kuman, sisa makanan dan sebagainya.

Sumber gambar : https://www.healthymummy.com

 

2 Statistik yang menakutkan pada 2007 berkaitan karies gigi punca gigi rongak

  • 74.5% kanak-kanak yang berusia 6 tahun mengalami masalah karies gigi.
  • Lebih satu perempat daripada kanak-kanak berusia 5 tahun mempunyai lebih dari 10 gigi susu yang pernah mengalami karies!

Kesian kan?

 

Kenapa Gigi Susu Penting Untuk Anak?

Bukan sebab nak bagi nampak cantik dan anak konfiden yang berkawan, ada sebab lebih penting lagi untuk jaga gigi susu ni:

Sebab #1 : Anak boleh makan dengan normal untuk dapatkan nutrisi penting untuk membesar. Jika gigi rosak, jenis makanan yang boleh dimakan pun terhad.

Sebab #2 : Boleh bantu anak bertutur. Gigi rongak boleh sukarkan anak bercakap. Anak mungkin akan jadi pelat, lambat untuk belajar sebut huruf dengan betul.

Sebab #3 : Bantu tumbesaran otot dan tulang muka dengan seimbang.

Sebab #4 : Sediakan ‘templat’ dan tempat yang cukup untuk gigi kekal tumbuh ke posisi yang betul.

Sebab #5 : Bantu tampil lebih menarik. Anak akan lebih berkeyakinan, Secara tak langsung bantu perkembangan psikologi anak.

Nampaknya, ibu ayah kena ambil berat tentang gigi susu ini. Ia bukan sahaja beri kesan pada masa sekarang, ia juga untuk jangka masa panjang.

 

Apa Punca Karies Gigi?

Gigi rongak biasanya sebab karies gigi. Karies gigi terjadi disebabkan oleh gula yang dicernakan oleh kuman dalam air liur. Ia menyebabkan asid terhasil dan boleh menghakis gigi. Karies gigi dikenalpasti sebagai penyakit boleh berjangkit kerana kuman ini.

Faktor yang boleh sebabkan karies gigi ini antaranya ada 5:

#1 – Pemakanan kurang sihat dan tinggi kandungan gula.

#2 – Menyusu botol – Anak dibiarkan tidur dengan botol susu di dalam mulut sepanjang malam

#3 – Ibu ayah kurang ilmu tentang kepada kesihatan mulut. (Biasanya ibu ayah yang ada tahap pendidikan rendah dan dari golongan miskin)

#4 – Kuman Mutans Streptococci (MS) – Punca dari perkongsian makanan, atau sudu dengan ibu ayah atau penjaga

#5 – Tidak memberus Gigi sehingga terbentuk plak gigi. Plak gigi ada berjuta-juta kuman penyebab karies gigi.

 

Tanda-tanda awal Karies Gigi

Pada peringkat awal, karies gigi kanak-kanak muncul sebagai tompok-tompok putih di atas permukaan gigi, biasanya mula di gigi hadapan dan atas.

Lama-kelamaan, ia boleh bertukar menjadi tompok kuning, perang atau hitam.

Pada mulanya, gigi hadapan dan atas yang terlibat, diikuti gigi-gigi lain. Jika dibiarkan berterusan , tompok-tompok tersebut boleh merebak ke lapisan gigi yang paling dalam dan pecah-pecah, lalu kelihatan rongak.

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge