5 Fakta Tentang Zika dan Cara Untuk Elak Virus Ini

Walaupun setakat ini hanya baru 2 kes di Malaysia, penyakit Zika ni memang sangat merisaukan Ida.

Mana taknya, dalam usia kandungan baru 2 bulan lebih, kesan yang dikatakan merbahaya kepada ibu hamil memang menakutkan.

Walaupun ia tidak membawa maut, kecacatan kekal kepada bayi yang akan terjadi memang semua ibu nak elak termasuk Ida sendiri.

Siapa sanggup melihat anak yang dilahirkan tidak sempurna kan?

Mungkin ada yang masih tidak tahu tentang Zika, jom baca 5 fakta ini.

1. Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Penyakit ini menunjukkan tanda-tanda yang menyerupai demam denggi seperti demam, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala, konjuktivitis serta ruam.

Di Brazil, ia dilapor terdapat peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindrom mikrosefali (microcephaly) atau otak kecil dan buat masa ini belum lagi diketahui penyebab sebenar kejadian tersebut.

Namun, mereka percaya kecacatan ini mungkin ada kaitan dengan wabak Zika.

2. Bolehkah jangkitan Zika dirawat?

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika.

Menurut WHO, mereka yang dijangkati dinasihati untuk minum air dengan kuantiti yang banyak serta merawat kesakitan badan serta demam dengan ubat-ubatan yang biasa.

3. Bagaimanakah ia merebak?

Disebarkan melalui nyamuk aedes – bergantung kepada spesis.

Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.

Namun baru-baru ini, ia turut ditemui di Washington DC yang bercuaca panas.

Aedes jenis albopictus dikatakan turut mampu menyebarkan virus Zika tetapi tiada kajian kukuh mengenainya. Jenis ini boleh ditemui di utara New York dan Chicago pada musim panas.

Nyamuk aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

4. Siapa berdepan risiko paling tinggi?

Bayi dalam kandungan paling berisiko sekiranya si ibu dijangkiti virus Zika.

Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

5. Langkah-langkah pencegahan

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM:

  • Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu

  • Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh

  • Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan jangkitan virus Zika di Malaysia.

Pada masa sama, orang ramai juga dinasihati untuk mempertingkatkan aktiviti mencari dan memusnah bagi mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing dan persekitarannya.


Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-

  • Sakit kepala
  • Ruam pada kulit
  • Sakit sendi
  • Mata kemerahan

Produk #1 Untuk Elak Virus Zika : Krim Elak Gigitan Nyamuk

Herbal Blend merupakan sejenis krim serbaguna yang mempunyai bahan yang boleh elak gigitan nyamuk.
Nama bahan itu adalah Lemon Balm – Nama Saintifik : Melissa Officinalisas

Lemon Balm/ Melissa Officinalisas

  • dikenali sebagai balm atau balm pudina, iaitu herba dalam keluarga pudina Lamiaceae
  • berasal dari selatan-tengah Eropah, Afrika Utara, rantau Mediterranean dan Asia Tengah. 
  • telah digunakan secara perubatan oleh orang Yunani sejak 2,000 tahun yang lalu. 
  • Tinggi 70-150cm dan daunnya mempunyai bau limau lembut, yang berkaitan dengan pudina. 
  • Semasa musim panas, bunga kecil berwarna putih akan tumbuh dan ianya menarik perhatian lebah lalu diberi nama Melissa (dalam bahasa Greek, ‘honey bee’).
sumber: http://lovingcarehealthylife.blogspot.my/

Produk #2 Untuk Elak Virus Zika : Nutriferon

Menurut Dr Fyda Noh:

Sekarang banyak orang panik sebab virus Zika & sekarang ni dah ada kes kat Malaysia & katanya virus tempatan sebab orang tu tak pernah keluar negara pun.

Zika ni sama la macam denggi,
tak ada ubat atau vaksin, jadi bergantung pada sistem imun kita untuk lawan jika dijangkiti.

Nutriferon tak adalah kajian mengatakan dia boleh melindungi daripada virus denggi atau zika, tapi ada 6 sebab kenapa mesti pilih Nutriferon untuk perisai tubuh:

Sebab #1 

Terbukti daripada kajian ke atas manusia – campuran fitonutrien yang berkesan & selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel.

Sebab #2

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun tubuh & paling mahal.

Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Sekarang ada ubat interferon digunakan untuk merawat Hepatis B, AIDS dan kanser.

Sebab #3

Dicipta oleh penemu interferon – Dr Yasuhiko Kojima yang menemui interferon pada tahun 1954.

Sebab #4

Rumusan berpaten yang ekslusif. Sebelum dipasarkan Nutriferon telah melalui set2 ujian yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan & prestasi.

Sebab #5 

Dikaji selama 40 tahun. Menggunakan berjuta2 sebatian sebelum Dr Kojima menemui ekstrak 4 tumbuhan yang boleh meningkatkan interferon secara semulajadi.

Sebab #6

Sejak Nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal ke atas manusia telah mendokumenkan keberkesanan suplemen ini. 

Dimuatkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Complementary Medicine – mengetengahkan pelbagai faedah Nutriferon.

Ingin dapatkan Nutriferon dan Herbal Blend?


Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge