5 Fakta Tentang Pembaziran Makanan yang Mengejutkan

Lebih kurang 8 juta kilogram makanan dibuang setiap hari.

Fuh.
Bukan 80kg
Bukan 800kg
Tapi 8 JUTA.

Menurut statistik, dengan jumlah itu, boleh beri makan 6 juta manusia sehari. Fuh. Banyak tu.
Dahsyat sungguh masalah pembaziran di negara kita.

Jom semak 5 lagi Fakta Tentang Pembaziran Makanan

Fakta 1: Peratusan komposisi sisa makanan didapati meningkat sebanyak 15-20 peratus pada musim-musim perayaan.

Fakta 2: Purata setiap seorang membazir makanan ialah 0.5 kg sehari

Fakta 3: Makanan yang dilupuskan akan membebaskan gas metana yang memberi kesan serius ke atas iklim global

Fakta 4: Pembaziran makanan di negara maju hanya 25 – 30 peratus berbanding Malaysia yang mencatatkan sisa makanan sebagai komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal

Fakta 5 : Tahun lepas, kos pengurusan sisa pepejal tanah mencecah RM1.6 billion

Sumber: Akhbar Kosmo

Related Posts

2 thoughts on “5 Fakta Tentang Pembaziran Makanan yang Mengejutkan

  1. amalkan budaya hidup yang jimat dan elakkan pembaziran. Jimat bukan berart kita kedekut tapi berhemah dalam membuat apa sahaja. Apalagi terhadap makanan. kerana di negara lain banyak yang alami kebuluran kerana tiada sumber makanan. tetapi kita disini selalu membuatbanyak pembaziran.

Leave a Reply to nila anggraini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge