4 Makanan Yang Baik dan Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Sahur

Bersahur adalah sunat dilakukan. Orang yang berpuasa sangat digalakkan bangun sahur. Sahur bantu untuk kita kekal cergas dan bertenaga di siang hari.

Oleh itu, memilih makanan yang baik sangat penting. Makanan yang baik boleh bantu kita aktif dan cergas. Apabila kita aktif dan bertenaga, banyak kerja dapat dilakukan. Kita pun bertambah produktif, mood untuk beribadah juga meningkat.

Ida ada terjumpa satu artikel yang senaraikan 4 makanan yang baik untuk sahur. Mungkin ada yang boleh teka, apa makanan-makanan tersebut.

Jom kita lihat senarai ini

1.Kurma

Kurma dan puasa sangat berkait. Bila puasa, pasti setiap rumah ada bekalan kurma. Selain disunatkan untuk berbuka dengan makanan ini, ia juga digalakkan diambil ketika sahur

Kurma ada kandungan vitamin c, protein, potassium, magnesium dan gula yang diperlukan oleh badan. Ia bantu mengurangkan rasa cepat lapar ketika berpuasa

 

 

2. Telur, Keju, Yogurt, Kekacang

Protein mesti ada dalam menu sahur. Telur, keju, yogurt dan kekacang adalah contoh protein. Badan kita menggunakan asid amino dari protein untuk hasilkan tenaga – untuk baiki sel rosak juga.

Makanan tinggi protein melambatkan penghadaman dalam perut, kita akan rasa kenyang lebih lama.

 

 

3. Buah-buahan dan sayuran segar

Makanan ini sangat penting ketika sahur jika anda ingin rasa kenyang lebih lama. Buah-buahan dan sayuran segar tinggi serat. Ia melambatkan proses penghadaman. Nutrien dari buah dan sayur juga lebih mudah diserap.

Serat yang tinggi perlu untuk elak sembelit. Ida percaya, ramai yang alami sembelit ketika puasa kerana kita kurang minum air sepanjang hari. Jadi, siap sedia dengan bekalan buah dan sayur untuk sahur juga.

 

4. Beras Perang dan Roti Wholemeal

Rutin masyarakat kita mesti ambil nasi. Ketika sahur dan berbuka. Apa kata kali ini kita tukar ke beras perang dan roti wholebread.

Nasi bagus untuk tingkatkan tenaga kita tapi ia boleh cepat bagi kita lapar. Ia cepat dihadamkan oleh badan. Beras perang bantu lambatkan proses penghadaman, kita tak mudah rasa letih dan cepat lapar.

 

5 Makanan yang perlu dielak ketika sahur

  1. Makanan bergoreng

Makanan bergoreng akan buat sistem penghadaman kita bekerja lebih berat, badan kita akan mudah rasa letih.

 

2. Minuman yang mengandungi sukrosa(gula) sahaja

Minum air bergula seperti teh O, teh susu tak bagus untuk badan. Minuman yang bagus adalah yang ada glukosa dan fruktosa juga seperti jus buah mangga , pisang dan betik.

 

3. Makanan penyebab asid gastrik

Adalah bagus kiit elakkan makanan yang boleh menyebabkan asid gastrik yang banyak seperti makanan pedas dan masam serta minuman berkaffein

 

4. Makanan berangin

Sangat tidak selesa jika perut kita rasa sebu dan angin sepanjang puasa. Kita akan rasa lebih lesu.

Elakkan makan makanan penyebab angin seperti nangka dan minuman berkarbonat. Makanan kalori tinggi juga harus dielak. Ia boleh jadi punca dehidrasi dan ganggu proses detoks.

sumber

 

Minuman Protein Mengenyangkan dari Shaklee

Setelah membaca point di atas, pasti ramai yang bertekad untuk mencari senarai makanan ini. Ida nak syorkan satu minuman kegemaran ramai dari Shaklee

Sebelum itu, mari kita lihat saranan Kevin Zahri tentang bersahur

 

Ida berminat dengan point no 4 iaitu protein yang mengenyangkan.

Ida teringat ESP (Soy Protein Isolate Powder)

Apa itu ESP?

ESP Soy Protein Isolate Powder ni adalah minuman protein yang memang Hot Seller Shaklee. Memang ramai yang cari.

Ia diperbuat dari kacang soya Non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya)

Ia pekat. 1 kg ESP diperbuat dari 30kg kacang soya asli.

 

Bagaimana ESP sesuai untuk bersahur?

Ia sangat mengenyangkan. Ia lambat dihadam dan melambatkan kita rasa lapar.

Ia juga mudah disediakan. Tak perlu untuk memasak dan menyediakan lauk yang banyak. Hanya bancuhkan dengan air kegemaran sahaja dan terus boleh diminum

Ia berkhasiat, mengandung 9 asid amino yang diperlukan oleh badan.

Sesuai diambil untuk ibu hamil dan ibu menyusu yang berpuasa

 

Apa kata mereka yang makan ESP Shaklee untuk berpuasa?

 

 

Selepas membaca apa yang ramai alami selepas ambil ESP ketika puasa, pasti ramai yang tak sabar untuk dapatkannya.

Ingin dapatkan ESP?

klik : http://tipsihatselalublog.wasap.my untuk terus hubungi Ida

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge