4 Gaya Hidup Yang Boleh Rendahkan Paras Kolestrol Supaya Tidak Kena Strok

Kolesterol tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung.

Ubat boleh membantu baiki paras kolesterol anda. Tetapi jika anda mencari tips untuk ubah gaya hidup terlebih dahulu, cuba empat tip sihat ini.

Jika anda sudah mengambil ubat kolestrol, tips ini masih berguna rendahkan paras kolesterol anda. Jadi, tidak salah untuk mencuba.

 

1. Makan makanan yang sihat

Beberapa perubahan dalam diet yang anda boleh buat untuk mengurangkan kolesterol dan meningkatkan kesihatan jantung anda:

– Kurangkan lemak tepu.

Lemak tepu, terdapat banyak dalam daging merah dan produk tenusu penuh lemak.

Ia meningkatkan paras kolesterol anda. Mengurangkan penggunaan lemak tepu boleh mengurangkan kolesterol lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) – kolesterol jahat dalam darah.

– Elakkan Makan Lemak Trans.

Lemak trans, serng dilabel pada makanan sebagai “minyak sayuran yang dihidrogenkan” sering digunakan dalam marjerin dan cookies, keropok dan kuih.

Lemak trans meningkatkan paras kolesterol.

– Makan makanan kaya dengan omega-3.

Asid lemak Omega-3 tidak memberi kesan kepada kolesterol LDL. Tetapi ia membantu menyihatkan jantung dengan mengurangkan tekanan darah. Contoh makanan yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah salmon, makarel, herring, walnut dan flaxseeds.

– Meningkatkan pengambilan serat larut.

Serat larut dapat mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah anda. Serat larut didapati dalam makanan seperti oat, kacang buah ginjal, sprout Brussels, epal dan pear.

– Tambah protein whey.

Protein whey, yang terdapat dalam produk tenusu, mempunyai banyak manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan tenusu. Kajian telah menunjukkan bahawa protein whey yang diberikan sebagai suplemen merendahkan kolesterol LDL dan kolesterol keseluruhan serta tekanan darah.

 

2. Bersenam dan meningkatkan aktiviti fizikal anda

Bersenam boleh baiki paras kolesterol. Aktiviti fizikal yang sederhana boleh membantu meningkatkan lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL) kolesterol – “kolesterol” yang baik.

Bersenamlah sekurang-kurangnya 30 minit, lima kali seminggu atau membuat aktiviti aerobik selama 20 minit tiga kali seminggu.

Lakukan juga aktiviti fizikal, walaupun sekejap dalam beberapa kali sehari. Ia boleh membantu anda mengurangkan berat badan :

  • Berjalan kaki setiap hari pada waktu makan tengah hari
  • Menunggang basikal ke tempat kerja
  • Menyertai sukan kegemaran

Untuk kekal bermotivasi, bersenamlah bersama rakan atau secara berkumpulan.

 

3. Berhenti merokok

Berhenti merokok meningkatkan tahap kolesterol HDL anda.

Anda akan dapat kebaikan berhenti merokok dengan serta merta:

  • Dalam masa 20 minit berhenti, tekanan darah dan kadar denyutan jantung anda pulih 
  • Dalam masa tiga bulan berhenti, peredaran darah dan fungsi paru-paru mula bertambah baik
  • Dalam masa berhenti setahun, risiko penyakit jantung anda berkurang kepada separuh.

 

4. Kurangkan berat badan

Mempunyai berat badan terlebih beberapa kilo pun boleh menyumbang kepada kolesterol tinggi.

Perubahan yang kecil dalam gaya hidup boleh bantu kurangkan berat. Jika anda suka minum minuman bergula, tukar ke air kosong.

Makan Snek seperti popcorn atau kerepek tidak salah – tetapi kawal lah jumlah kalori yang diambil. Jika anda mengidam makan sesuatu yang manis, cuba sherbet atau gula-gula dengan sedikit atau tidak berlemak, seperti kacang jeli.

Cari cara untuk menjalani hidup lebih aktif, seperti menaiki tangga dari lif atau meletak kenderaan jauh dari pejabat anda.

Berjalanlah kaki semasa berehat di tempat kerja. Cuba juga tingkatkan aktiviti berdiri, seperti memasak atau melakukan kerja yard.

sumber : https://www.mayoclinic.org/

 

Set Supplemen Kurangkan Kolesterol

Selain ubah gaya hidup, makan supplemen semulajadi sangat bantu rendahkan paras kolestrol. Supplemen tersebut adalah

Keistimewaan Set ini untuk masalah kolestrol ialah ;

💟 OMEGA GUARD

✔ Membantu untuk menyingkirkan kolestrol dalam salur darah, menstabilkan tekanan darah tinggi, dan mencegah salur darah tersumbat
✔ Membantu membakar lemak kolestrol jahat dan membantu menaikkan tahap kolestrol baik dalam badan.

💟 PHYTOCOL-ST :

✔ Membantu menurunkan paras kolestrol dengan cara yang selamat dan mudah
✔ Menghalang penyerapan kolestrol dalam darah dan membantu menurunkan paras kolestrol LDL (kolestrol jahat).

 

Apa kata mereka yang dah cuba Set Kolesterol?

Ingin dapatkan Set Kolestrol Shaklee?

Ida Ifaz

Call/SMS/Whatsapp : 019-3816167

klik sini : http://www.wasap.my/60193816167

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge