4 Cara Mudah Pakai Serum Muka Untuk Kesan Lebih Baik

Ida ni bukan pandai sangat pun nak cerita pasal skin care ni. Memang dari zaman belum kahwin, Ida tak pandai sangat pasal skin care ni. Yang Ida tahu skin care ni ada 3 set paling asas.

Pencuci muka, toner, moisturizer/sunblock

Bila semakin berumur, kulit pun mula bermasalah. Selalunya, bila ke farmasi, rasa pening nak pilih produk skin care. Pelbagai harga, pelbagai jenis. Ada yang set trial, ada set penuh.

Ida tak ambil masa lama untuk pilih skin care waktu tu. Main pilih je. Tapi, keadaan muka taklah berubah mana. Iyelah, sebab kulit berumur ni beza dari kulit muda.

Sehinggalah Ida dengar tentang serum muka.

Anda pernah dengar tentang serum muka?

 

Apa itu serum muka?

Serum muka ni bukanlah wajib kita pakai pun. Tapi, bagi Ida, siapa yang memang pentingkan kecantikan kulit muka mesti cuba serum.

Kita pakai set asas skin care lebih kepada maintain kulit muka sedia ada. Yang muda, dan tiada masalah kulit boleh la pakai set asas skin care secara konsisten.

Tapi, yang umur nak cecah 40 an macam Ida ni, serum tu boleh kata wajib cuba.

Masa ni kulit muka kita dah mula kusam, ada jeragat, ada pigmentasi dan tak berseri-seri. Serum lah antara penyelesaian terbaik yang boleh kita cuba

 

Serum lebih kurang macam pelembap, tapi lebih bagus kesan dia. Dia lebih istimewa sebab lebih mudah diserap berbanding pelembap dan kaya dengan bahan aktif

Dari web webmd.com, serum katanya tidak sama dengan pelembap sebab dia tiada bahan seperti petrolatum atau mineral oil yang kekalkan air dari tersejat dari kulit. Serum juga tiada bahan pemekat atau pelincir.

Kebanyak serum memang berasaskan air. Sebab tu dia kurang berminyak.

Kenapa dia tak banyak bahan cecair dan berminyak? Sebab dia penuh dengan bahan aktif dan pekat. Serum ada lebih banyak bahan anti penuaan. No wonder la kulit kita akan nampak beza bila konsisten pakai serum.

 

Botol pump atau dropper

Perasan tak kenapa serum biasanya dalam botol bentuk pump atau dropper. Cuba anda google sekejap serum-serum yang ada di pasaran.

Haaa. Ini pun ilmu yang Ida baru tahu.

Serum ni sangat pekat dan berkesan. Ia antara produk skin care paling mahal. Disebabkan ia pekat, hanya sedikit kuantitinya dah cukup untuk kulit.

Sebab itu botol pump atau dropper sangat sesuai untuk serum. Sekali pump dan drop sudah cukup untuk sekali guna.

 

Tidak semua orang perlukan serum

Walaupun nampak macam bagus, tak semua orang sesuai pakai serum. Dalam web yang sama yang Ida rujuk, orang yang ada kulit muka berminyak sesuai pakai serum. Serum tidak beri kesan berminyak.

Namun, orang yang ada masalah kulit yang kronik seperti eczema, ia boleh buat kulit anda lebih teruk. Kesannya yang sangat cepat dan berkesan boleh mengganggu kulit jika bermasalah.

Orang yang ada kulit kering tidak boleh hanya bergantung dengan serum. Mereka masih perlukan pelembap. Serum tidak lock kelembapan. Jadi, ia perlu dipakai sekali dengan pelembap untuk kulit kering

 

4 Cara pakai serum untuk kesan lebih baik

Kita bebas pakai serum dengan cara macamana pun. Pump sahaja di tangan dan sapu. Ida percaya ramai yang tak tahu cara guna yang boleh kita ikut untuk kesan lebih baik.

Ini adalah panduan yang mungkin kita boleh cuba.

  1. Selepas cuci muka, letakkan sedikit serum pada jari dan sapukan ke kulit dengan sekata.
  2. Jika ada kulit sensitif, tunggu 10-15 minit selepas cuci muka untuk pakai serum. Kata pakar kulit di webmd.com, apabila memakai produk berasaskan air pada kulit lembap, ia mungkin buat kulit kita bermasalah.
  3. tak perlu tinggalkan pelembap, pakai serum dulu sebelum pelembap supaya kesan lembapan lebih lama
  4. tak sanggup pakai banyak kali serum dalam sehari kerana mahal? anda boleh cuba pakai antara pagi atau malam dengan tambah sikit dalam pelembap

https://www.webmd.com/beauty/features/beauty-smarts-serums-jan13#2

 

Serum Terbaik dari Shaklee

Youth adalah produk skin care Shaklee yang terbaru. Salah satu produk yang ada dalam senarai skin cara Youth adalah serum. Serum Shaklee sangat special berbanding serum lain.

 

5 Kelebihan Youth termasuk Serum Youth

Kelebihan Youth #1 : 8 tahun kajian dan ada 8 patent

Anda tahu berapa lama skin care yang anda pakai dikaji berapa lama? Atau anda tak tahu pun skin care anda melalui kajian atau tidak kan?

Ida sarankan anda kena ambil tahu tentang itu. Itu yang membezakan skin care anda berkualiti atau tak.

Skin care berkualiti melalui kajian teliti. Youth melalui 8 tahun kajian. Lama kan? Ia dibuat untuk memastikan produk Youth ini benar-benar berkualiti. Ia juga ada 8 patent yang memastikan ketulenan pembuatannya, bukan di ambil dari produk lain

4 Patent yang di luluskan adalah:

  1. https://patents.google.com/patent/US6036946
  2. https://www.google.com.my/patents/US6174519
  3. https://www.google.com.my/patents/US6235272
  4. https://www.google.com.my/patents/US6015548

4 lagi patent sedang menunggu kelulusan.

 

Kelebihan Youth #2 : Bebas dari 1500 jenis bahan kimia bahaya

Kita banyak dengar skin care yang ada bahan bahaya. Ada hidroquinon, paraben dan mercury. Walaupun ia hanya disapu pada kulit, sebenarnya ia lebih bahaya.

Krim / skin care yang kita sapu pada kulit lebih cepat masuk dalam saluran darah. Ia juga boleh beri kesan kepada organ. Ngeri Ida dengar bila ada kes kegagalan buah pinggang akibat bahan terlarang dalan skin care.

Takut kan?

Anda tidak perlu ragu-ragu dengan Youth. Ia dijamin bebas bahan kimia bahaya. Bukan 10, bukan 100 tapi lebih dari 1500 jenis.

Tak percaya?

Di bawah ini senarainya.

 

Kelebihan Youth #3 : Sesuai Untuk Semua Lapisan Usia dan Semua Jenis Kulit, 100% BERKESAN.

Youth telah diuji kepada golongan wanita yang berbeza usia. Ada 20an, ada 30an, ada 40an dan 50an. Bukan sahaja berbeza usia, jenis kulit mereka juga berbeza.

Ternyata, selepas kajian dibuat, terdapat perbezaan ketara. Ya, kulit mereka jadi lebih muda.

Bukan sebahagian, tetapi SEMUA.

100% dari mereka alaminya.

“Ala, bolehlah dia claim begitu sebab dia yang jual produk tu”

No. No. No.

Ida rasa ramai ingat testimoni Youth ini hanya berdasarkan beza kulit secara fizikal. Tidak sama sekali. Ia guna kajian klinikal.

Maksudnya, ia guna satu alat canggih yang ukur ciri-ciri kulit. Mana boleh nak tipu-tipu ni.

 

Kelebihan Youth #4 : Produk 100% Berasaskan Tumbuhan (VEGAN)

Skin care ni ada macam-macam jenis. Ada yang bahan dia dari sumber binatang, ada yang bahan dari tumbuhan. Contoh sumber binatang adalah seperti kolagen dan gelatin.

Youth diperbuat dari 100% tumbuhan. Menurut web trufora.com, skin care dari tumbuhan ada 2 kelebihan utama:

  1. lebih bagus untuk kulit sensitif dan semua jenis kulit
  2. bahan anti-penuaan dari sumber tumbuhan adalah lebih bagus dan berkesan (contoh : antioksida)

 

Youth terdiri dari 5 bahan utama :

  1. Muscadine Grape
  2. Lotus Japonicus
  3. Apple Stem Cell Extract
  4. Schsandra Chinensis Fruit Extract
  5. Vital Repair Complex

 

 

 

Kelebihan Youth #5 : Tidak Menjadikan Haiwan Sebagai Bahan Kajian (Cruelty Free)

Menjadikan haiwan sebagai bahan kajian adalah salah satu prosedur pembuatan beberapa skin care. Ia sangat kejam. Lebih jutaan binatang seperti arnab dan tikus dibunuh, cacat, buta kerana prosedur ini. Aktivitis hak binatang sangat membantah aktiviti seperti ini.

Sebab itu, adanya kempen Cruelty Free. Ia bertujuan melindungi hak binatang.

Ia bukan sahaja berkaitan hak binatang yang perlu dijaga, kempen ini juga berguna untuk melindungi manusia dari bahan sangat bahaya dalam skin care. Menurut web nanshy.com, 90% dari produk yang diuji kepada binatang gagal dalam ujian klinikal kepada manusia.

 

Youth Activating Serum yang disukai ramai

Youth Activating Serum ada 10 kali ganda bahan aktif. Ia bagus untuk proses pembaharuan sel.

Untuk yang dah berumur dan berkulit kusam, Ida suggest ambil serum ini. Kulit yang diperbaharui dengan cepat akan nampak lebih glowing. Kulit kusam pun hilang.

Ingat ye, proses pembaharuan sel untuk yang berumur sangat lambat. Serum ni boleh cepatkan. Serum Youth cepatkan berganda-ganda cepatnya.

Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex yang berkesan.  Ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel. Ia juga membuatkan kulit anda jadi lebih muda.

Jangan terkejut jika ada yang meneka umur anda jauh lebih muda selepas guna Serum Youth.

Serum Youth pasti berkesan!

 

Ingin Dapatkan Serum Youth?

Ikuti langkah mudah di bawah
atau boleh beli sendiri (guna kad kredit) dengan klik icon di bawah:

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge