Ramai yang bertanya bagaimana Ida boleh join Virtual Run. Setakat hari ini, Ida dah lari lebh 90km sejak bulan Julai yang lalu.

Walaupun sibuk bekerja, program Virtual Run yang Ida join berjaya mendisiplinkan diri untuk bersenam dan berlari. Menarik kan?

Anda yang masih asyik ada alasan untuk bersenam mesti cuba join Virtual Run ni.

Virtual Run ni apa?

Virtual Run adalah program larian yang kita daftar dalam web tertentu. Ia membolehkan kita berlari di mana sahaja, bila-bila masa yang kita lapang. Menariknya, ia membolehkan kita terima medal jika dapat habiskan larian.

Itulah motivasi utama Ida untuk join Virtual Run ni.

Untuk kumpul medal.

 

Nak join Virtual Run? Ini 3 Cara mudah anda boleh ikuti.

Cara 1 : Daftar Virtual Run

Saya selalu join Virtual Run di web.42run.com.

Ada pelbagai jenis Run yang ada di web ni. Ada yang berbayar, bertema dan percuma

Muka depan web.42race.com
Boleh Register / Daftar guna Facebook atau Google
Contoh-contoh Race yang boleh anda join

 

Ada Race yang berbayar, ada yang percuma

 

Apa beza race berbayar dan yang percuma?

Race berbayar akan dapat medal cantik (harga Race di 42race adalah RM29.99)

Manakala yang percuma akan dapat E-Badge

Contoh E-Badge

 

Cara Daftar Race Berbayar

  1. Pilih Race yang ingin kita join. Saya bagi contoh pendaftaran Race 21 Days Challenge untuk November 2018. Klik pada button Register.

2.  Masukkan Details berkaitan kita.

 

3. Pilih Category larian. Ada 20km, ada 50km, 100km. Ida pilih 20km sahaja untuk lari dalam 21 hari (anggaran 1km sehari)

4. Pilih Cara untuk pembayaran , Ida biasa pilih kad kredit.

 

5. Tara.. Dah Berjaya Daftar.

6. Ini contoh Race percuma. Klik Register untuk join, ulang langkah di atas tadi ye.

 

Cara 2 : Install Apps untuk record larian.

Anda boleh install apps yang boleh record larian. Tapi, bukan semua apps tau. Rujuk bawah ni.

Dibolehkan Tidak Dibolehkan

1. Runkeeper

2. Nike+

3. Garmin Connect

4. Strava

5. Map My Run

6. Runtastic

7. Endomondo

1.CurrentRace.acer

2. HPB Health-365

3. Iphone Health

4. Fitbit

Saya guna STRAVA , dan ini contoh rekod larian saya

 

Boleh ke nak lari atas treadmill?

Boleh, anda boleh ambil gambar atas treadmill dan submit dalam form.

 

Boleh klik pada Submit my run untuk submit rekod larian

 

Cara #3 : Tunggu Medal Sampai / Download E- Certificate

Kalau dah habis larian, admin web akan maklumkan penghantaran medal pada kita. Kalau tak habis larian? Unfortunately, siapa yang tak habis larian, tiada medal akan diberi.

Maka, once kita dah register, kita pasti akan cuba habiskan. Kalau tak, burn la RM30 kita. hihi.

Antara Medal yang Ida dapat. Banyak tak?

 

Amacam, ada rasa teruja nak join? Silalah Daftar. hihi

 

Saya Pengedar Shaklee, Jika Ingin dapatkan Produk Shaklee, boleh ikuti langkah di bawah.

Ida Ifaz

Call/SMS/Whatsapp : 019-3816167

klik sini : http://www.wasap.my/60193816167

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge