3 Kebaikan Vitamin D yang tidak disangka-sangka

Pasti ramai yang tidak begitu familiar dengan Vitamin D. Vitamin D kadangkala dipanggil ‘Vitamin Cahaya Matahari’ kerana ia dihasilkan oleh kulit sebagai tindakbalas kepada cahaya matahari. Ia adalah vitamin larut air.

Badan kita menghasilkan vitamin D secara semulajadi bila kita terdedah kepada matahari. Kita juga boleh dapatkannya melalui pemakanan dan supplemen supaya keperluan untuk badan cukup dalam darah.

Vitamin D mempunyai beberapa fungsi. Fungsi paling utama adalah untuk membantu penyerapan kalsium dan fosforus serta membantu melancarkan sistem imun badan. Mendapat Vitamin D yang cukup adalah penting untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang dan gigi juga meningkatkan daya tahan melawan penyakit.

Jika badan kita tidak mendapat cukup Vitamin D, kita akan alami masalah tulang lembut (osteomalacia) dan tulang rapuh (osteoporosia)

Berikut adalah 3 Kebaikan Vitamin D yang tidak disangka-sangka

1. Vitamin D dapat melawan penyakit

Terdapat beberapa kajian mengenai fungsi Vitamin D melawan penyakit :

  • Vitamin D mengurangkan risiko multiple sclerosis (kajian tahun 2006 oleh Journal of the American Medical Associatio)
  • Vitamin D kurangkan risiko penyakit jantung (kajian tahun 2010 yang diterbitkan dalam Circulation)
  • Vitamin D bantu kurangkan masalah flu (kajian tahun 2010 yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition)

2. Vitamin D kurangkan depresi

Kajian menunjukkan Vitamin D ada fungsi yang penting dalam mengawal mood dan mengurangkan risiko depresi. Dalam satu kajian, ahli sains mendapati mereka yang mengalami depresi dan mengambil supplemen Vitamin D mempunyai peningkatan kadar kesembuhan dari simptom depresi.

Dalam kajian lain ke atas mereka yang ada fibromyalgia, kajian mendapati kekurangan Vitamin D kerap dialami oleh mereka yang ada kemurungan (anxiety) dan depresi.

3. Vitamin D membantu pengurangan berat badan

Jika anda ingin turunkan berat badan dan elak penyakit berkaitan jantung, jangan lupa ambil supplemen Vitamin D.

Dalam satu kajian, mereka yang ambil supplemen kalsium dan vitamin D setiap hari lebih mudah turunkan berat badan berbanding placebo. Ahli sains mendapati kalsium dan vitamin D yang lebih dalam badan boleh bantu kawal selera makan.

Dalam kajian lain pula, mereka yang obes dan ambil supplemen vitamin D boleh kurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.

Makanan yang Mengandungi Vitamin D

Ada beberapa makanan yang mempunyai Vitamin D. Diantaranya adalah:

  • salmon
  • ikan sardin
  • telur kuning
  • udang
  • susu
  • bijirin
  • yogurt
  • jus oren

Berapa Banyak Vitamin D yang kita perlukan?

Berikut adalah jumlah yang dicadangkan untuk diambil dalam IU (international unit)

  • kanak-kanak dan remaja : 600IU
  • dewasa bawah umur 70 : 600IU
  • dewasa umur 70 ke atas : 800IU
  • ibu mengandung dan menyusu : 600IU

sumber : https://www.healthline.com/health/food-nutrition/benefits-vitamin-d

Dapatkan Vitamin D dari Ostematrix

Ostematrix adalah supplemen yang mengandungi Vitamin D. Setiap caplet mengandungi 100IU Vitamin D. Dos yang dicadangkan diambil adalah 3-6 caplet setiap hari.

Selain Vitamin D, Ostematrix juga mempunyai nutrien lain yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan tulang yang sihat.

IngredientsAmount Per Caplet
Vitamin D3 (as cholecalciferol)100 IU
Calcium (as calcium carbonate, calcium citrate, and calcium citrate malate)250 mg
Magnesium (as magnesium oxide, magnesium gluconate and magnesium citrate)100 mg
Zinc (as zinc gluconate)0.38 mg
Copper (as copper gluconate)0.05 mg
Manganese (as manganese gluconate)0.05 mg
Boron (as trace mineral protein hydrolysate)0.75 mg

Ingin dapatkan Ostematrix?

klik sini : http://www.wasap.my/60193816167

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge