3 Fakta Menarik Tentang Saya Yang Ramai Orang Tidak Tahu | Cabaran 7 Hari Entry

Entry yang lain dari yang lain. Ya, mari berkenalan dengan pemilik blog Tip Sihat Selalu ini.

Sebenarnya, saya menyahut cabaran membuat Entry berdasarkan tajuk untuk 7 hari. 7 Entri yang lain dari konsep blog ini. 
Sekali sekala lari dari konsep apa salahnya kan?
Hari ni saya nak cerita 3 Fakta Menarik yang Ramai Orang Tak tahu tentang saya. 
Gambar Bersama Adik Beradik saya at my wedding day
Gambar bersama Adik beradik ipar
Fakta Pertama: ‘Air Bertemu Air’
Eh. Apa tu Air bertemu Air?
Pernah dengar tak pasal kalau anak pertama Tanah, Anak Kedua Api, Anak Ketiga Air, Anak Keempat Angin.. dan seterusnya?
Ya. Saya adalah anak ketiga, Saya ada kakak, abang, adik perempuan dan adik lelaki. 
Saya berkahwin dengan anak nombor 3 juga. Suami saya anak nombor 3. Dia juga ada kakak, abang, adik perempuan dan adik lelaki. 
Saya dan suami anak no 3 dan anak-anak sedara panggil kami Maklang dan Paklang.
Tak confuse nak panggil nama lain macam pasangan lain, sebab pangkat kami sama di sebelah saya dan sebelah suami. Best kan?
Gambar konvo bersama tunang, kakak dan abang ipar
Fakta Kedua: Saya tak pernah keluar dari Selangor dari zaman sekolah, tapi kini satu-satunya di kalangan adik beradik yang tinggal luar Selangor selepas kahwin.
Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti, saya tinggal di Selangor dan anak jati Selangor. Adik-beradik lain ada juga yang belajar di luar Selangor.
Tetapi, rezeki selepas berkahwin mentakdirkan saya satu-satunya dari adik-beradik yang tinggal di luar Selangor. Adik Beradik saya semua tinggal di Selangor dan KL.
Gambar masa sekolah. Cuba cari saya yang mana.
Fakta Ketiga: Saya tak pernah dapat 1 pingat pun masa sekolah rendah tapi saya olahragawati sekolah di sekolah menengah.
Masa saya sekolah rendah, sepatutnya saya dapat pingat gangsa. Tapi cikgu tersalah bagi, akhirnya saya tak dapat. Saya nangis waktu tu. Haha. Malu kan?
Masuk ke sekolah menengah tahun 1997 ketika umur saya 17tahun, saya kalahkan kakak senior untuk rangkul olahragawati tahun tu. 
Dari pecut 100meter, 4 x 100 meter, lari 1500meter dan lempar cakera semuanya saya dapat pingat. Tamak kan? Haha. 
Sebenarnya ia adalah balas dendam saya kerana tidak dapat mewakili sekolah lama ke kejohanan sukan peringkat daerah. Hari pertama mendaftar diri di sekolah baru itu, adalah hari saya sepatutnya mewakili sekolah lama ke kejohanan sukan. Sesuatu yang sangat berbaloi.
3 Perkara menarik ini tak ramai yang tahu tentang saya dan anda bertuah dapat mengenali saya serba sedikit. 
Terima kasih kerana meluangkan diri membaca entri ini

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge