3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi

Pakai cermin mata bukanlah mudah seperti ramai sangka. Ramai orang yang tak rabun ingat pakai cermin mata nampak cool dan cantik.

Ida pun bukan orang yang pakai spek / cermin mata tapi faham struggle yang ramai kawan-kawan pakai cermin mata hadapi.

Antara benda yang mereka perlu lalui adalah ketika hujan.

Masalah lain terjadi adalah ketika nak pakai cermin mata gelap dan ketika minum air panas.

Hanya yang rabun dan pakai cermin mata sahaja memahami situasi ni.

Betul tak? Betul tak?

Menurut Dr Oz, ada 3 cara kurangkan rabun mata


Cara #1 : Buat Senaman Mata

Senaman-senaman mata mudah ini boleh bantu kurangkan risiko rabun dan masalah mata yang lain.

Cuba senaman-senaman mata ini pada waktu pagi, sebelum tidur dan bila-bila masa mata kita letih. Pastikan tangan anda bersih dan relaks.

Amalkan senaman ini setiap hari untuk nampak hasil dalam masa satu bulan.

Senaman Mata #1 : Panaskan mata anda.
Gosok dua tapak tangan bagi sedikit panas. Letakkan pada mata dalam masa 5 saat. Ulang 3 kali.

Senaman Mata #2 : ‘Roll’ mata anda.
Mulakan dengan memandang ke atas, perlahan-lahan pandang membulat ke arah jam 10 kali dan 10 kali melawan arah jam.

Senaman Mata #3 : Fokus.
Pegang pen mendepa ke hadapan, fokus mata pada pen itu. Kemudian, perlahan-lahan gerakkan pen mendekati muka sehingga jarak 6 inci dari hidung. Kemudian jauhkan ia semula. Ulang sehingga 10 kali.

Senaman Mata # 4 :Urut Kepala.
Guna ibu jari, urut tepi kepala dalam bulatan kecil. 20 kali dalam satu arah, 20 kali lagi pada arah berlawanan. Ulang urutan pada tengah kening di dahi dan bawah mata pada kedua dua belah tepi hidung.

Senaman Mata #5: Lelapkan mata sekejap.
Sandarkan kepala, tutup mata dan relaks untuk 3 minit. Jangan tertidur sudah le. hihi

Cara #2 : Rehatkan Mata

Mata anggota badan yang banyak bekerja. Kena juga beri rehat dan rawat untuk mata. Antara caranya adalah dengan cukup tidur.

Tidur boleh rehatkan serta rawat mata. Tak cukup tidur boleh lemahkan penglihatan dan menyebabkan rabun.

Ketika bekerja, rehat sekali dalam sejam. Contohnya kalau membaca atau menggunakan komputer dalam masa 50 minit, rehatkan mata untuk 10 minit.

Jika mata masih letih, baring dan letakkan hirisan timun di atas kelopak mata.

Cara #3 :  Makan Nutrisi Yang betul

5 Makanan yang baik untuk mata

1. Vitamin A, C, E dan beberapa jenis mineral seperti copper dan zink bagus untuk mata.

2. Antioksidan termasuk beta-keroten, lutein dan zeaxanthin boleh lindungi makula dari dirosakkan oleh cahaya matahari.

Dapatkan antioksidan ini dari sayuran hijau, kuning telur, cili benggala, labu, ubi manis dan lobak merah.

Sayuran tadi kebanyakannya dari yang berwarna kuning dan hijau. Kajian mendapati sayur berwarna kuning dan hijau bantu lambatkan masalah penuaan mata yang boleh jadi penyebab kepada buta.

3. Makanan yang tinggi sulfur, cysteine dan lecithin boleh lindungi kanta mata dari katarak. Contoh makanan-makanan ini adalah bawang putih, bawang merah dan buah zaitun.

4. Buahan Anthocyanin seperti blueberry, anggur dan goji berries ada antioksida dan anti-keradangan yang boleh kuatkan penglihatan

5. DHA adalah asid lemak yang terdapat dalam ikan laut seperti salmon, sardin dan ikan kembung. DHA kuatkan membran sel untuk tingkatkan kesihatan mata.

sumber : http://www.doctoroz.com

Carotomax Bantu Kurangkan Rabun Dan Cerahkan Mata

Caratomax Shaklee direka khas dalam bentuk Beta-carotena yang mana ia lebih selamat untuk diambil. 

Carotomax Shaklee membekalkan lebih 15mg (21,500IU) karotenoid yang berfaedah untuk fungsi badan.

Caratomax Shaklee mengandungi 6 jenis karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan.

Testimoni Carotomax

Cara Untuk Dapatkan Carotomax


Jika anda berminat dapatkan Carotomax, sila ikuti langkah di bawah

Related Posts