Tips Sihat Selalu

Sihat Untuk Bahagia

  • Home
  • About me
  • Pakej Set Shaklee
  • Hubungi

5 Punca Gigi Anak Rongak Yang Tak Boleh Ambil Ringan

22 August 2018 by Tips Sihat Selalu Leave a Comment

“Senyum nanti tutup mulut tau, jangan nampak gigi”

Nak tergelak saya bila terdengar ada mak ayah yang pesan begitu kepada anak. Iyelah, nak buat macamana, gigi anak dah hitam dan rongak. Nak ambil gambar pun tak lawa.

Kesian kat anak pun ada. Malu nak jumpa kawan-kawan. Lagi-lagi bila ada kawan-kawan bertanya tentang giginya.

Ida ada terjumpa satu artikel di internet berkaitan gigi rongak dan rasa seronok nak share apa yang Dr Husna Razak dari web http://www.mmgazette.com/ ni ceritakan.

Katanya, gigi susu kita pada awalnya adalah normal. Setelah tumbuh, ia mula terdedah dengan keadaan persekitaran mulut pH yang rendah. pH yang rendah berpunca dari elemen seperti air liur, kuman, sisa makanan dan sebagainya.

Sumber gambar : https://www.healthymummy.com

 

2 Statistik yang menakutkan pada 2007 berkaitan karies gigi punca gigi rongak

  • 74.5% kanak-kanak yang berusia 6 tahun mengalami masalah karies gigi.
  • Lebih satu perempat daripada kanak-kanak berusia 5 tahun mempunyai lebih dari 10 gigi susu yang pernah mengalami karies!

Kesian kan?

 

Kenapa Gigi Susu Penting Untuk Anak?

Bukan sebab nak bagi nampak cantik dan anak konfiden yang berkawan, ada sebab lebih penting lagi untuk jaga gigi susu ni:

Sebab #1 : Anak boleh makan dengan normal untuk dapatkan nutrisi penting untuk membesar. Jika gigi rosak, jenis makanan yang boleh dimakan pun terhad.

Sebab #2 : Boleh bantu anak bertutur. Gigi rongak boleh sukarkan anak bercakap. Anak mungkin akan jadi pelat, lambat untuk belajar sebut huruf dengan betul.

Sebab #3 : Bantu tumbesaran otot dan tulang muka dengan seimbang.

Sebab #4 : Sediakan ‘templat’ dan tempat yang cukup untuk gigi kekal tumbuh ke posisi yang betul.

Sebab #5 : Bantu tampil lebih menarik. Anak akan lebih berkeyakinan, Secara tak langsung bantu perkembangan psikologi anak.

Nampaknya, ibu ayah kena ambil berat tentang gigi susu ini. Ia bukan sahaja beri kesan pada masa sekarang, ia juga untuk jangka masa panjang.

 

Apa Punca Karies Gigi?

Gigi rongak biasanya sebab karies gigi. Karies gigi terjadi disebabkan oleh gula yang dicernakan oleh kuman dalam air liur. Ia menyebabkan asid terhasil dan boleh menghakis gigi. Karies gigi dikenalpasti sebagai penyakit boleh berjangkit kerana kuman ini.

Faktor yang boleh sebabkan karies gigi ini antaranya ada 5:

#1 – Pemakanan kurang sihat dan tinggi kandungan gula.

#2 – Menyusu botol – Anak dibiarkan tidur dengan botol susu di dalam mulut sepanjang malam

#3 – Ibu ayah kurang ilmu tentang kepada kesihatan mulut. (Biasanya ibu ayah yang ada tahap pendidikan rendah dan dari golongan miskin)

#4 – Kuman Mutans Streptococci (MS) – Punca dari perkongsian makanan, atau sudu dengan ibu ayah atau penjaga

#5 – Tidak memberus Gigi sehingga terbentuk plak gigi. Plak gigi ada berjuta-juta kuman penyebab karies gigi.

 

Tanda-tanda awal Karies Gigi

Pada peringkat awal, karies gigi kanak-kanak muncul sebagai tompok-tompok putih di atas permukaan gigi, biasanya mula di gigi hadapan dan atas.

Lama-kelamaan, ia boleh bertukar menjadi tompok kuning, perang atau hitam.

Pada mulanya, gigi hadapan dan atas yang terlibat, diikuti gigi-gigi lain. Jika dibiarkan berterusan , tompok-tompok tersebut boleh merebak ke lapisan gigi yang paling dalam dan pecah-pecah, lalu kelihatan rongak.

 

Related posts:

Apa Yang Menyebabkan Gigi Kuning dan 2 Cara Mengatasinya Multivitamin Kanak-kanak Punca Ibu-ibu Malas Masak Masakan Seimbang? [Video] Penggunaan Walker Boleh Menyebabkan Anak Lambat Berjalan?

Filed Under: Uncategorized

Please follow & like us :)

Follow by Email
Facebook
Facebook
Google+
http://www.tipsihatselalu.com/2018/08/5-punca-gigi-anak-rongak-yang-tak-boleh-ambil-ringan.html">
Twitter
YouTube

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Hubungi Saya

Tags

Alfalfa B Complex Carotomax Cinch Energy Tea Mix Collagen Shaklee CoQ10 CoQHealth Plus Diabetes Energizing Soy Protein ESP Garlic Shaklee Gla Complex Kanser Kebaikan dan Kelebihan Kurma Kencing Manis Mealshake Mengawal Stress Menghilangkan Parut Motivasi Nutriferon Omega Guard Ostematrix Pengedar di Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor Pengedar Shaklee Selangor Peppermint-Ginger Plus Performance Drink Punca Sakit Jantung Rabun Mata Rawat Diabetes Resepi Sakit Jantung Sembelit Set Berpantang Shaklee Testimoni ESP Testimoni GLA Compleks Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tips Untuk Muka Cantik. VitaLea Vitalea For Children Vitamin C Vitamin E Vivix Zinc

Follow me

  • Kelebihan Ahli Shaklee
  • Shaklee Branch

Artikel Terkini

  • 7 Punca Eye Bag dan Cara Hilangkannya – Mesti Cuba!
  • 4 Gaya Hidup Yang Boleh Rendahkan Paras Kolestrol Supaya Tidak Kena Strok
  • Boleh Kurangkan Risiko Barah? Ini 6 Kelebihan Menyusu Anak Untuk Kesihatan Si Ibu
  • 8 Bahan Semulajadi Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam
  • 3 Langkah Mudah Untuk Join Virtual Run

Komen terkini

  • Sue Ellen on Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
  • Vie on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • linda on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • Kin on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • 6 Tanda Seorang Wanita Itu Subur Menurut Kata Dr Zubaidi | Tips Sihat Selalu on E-SELL : 10 Panduan Mudah Beli Sendiri Vitamin Shaklee (Step By Step)
  • Pengalaman Bersalin Amin (Anak ke 4) | Tips Sihat Selalu on Pengalaman Bersalin Abid (Anak ke 3)
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat | myBerita | Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Siakap Keli on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Jaja | Youth Skincare on Tips Ubati Kencing Manis Sampai Terkejut Bacaan Gula Jadi Normal

Entry

  • November 2018 (5)
  • October 2018 (7)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (2)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (2)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • October 2017 (1)
  • September 2017 (1)
  • August 2017 (4)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (4)
  • April 2017 (7)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (2)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (6)
  • October 2016 (7)
  • September 2016 (39)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (9)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (5)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (5)
  • January 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • September 2015 (5)
  • August 2015 (4)
  • July 2015 (19)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (1)
  • April 2015 (1)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (3)
  • December 2014 (8)
  • November 2014 (8)
  • October 2014 (20)
  • September 2014 (17)
  • August 2014 (9)
  • July 2014 (3)
  • June 2014 (4)
  • May 2014 (8)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (7)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (19)
  • November 2013 (7)
  • September 2013 (14)
  • August 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (1)
  • May 2013 (7)
  • April 2013 (12)
  • March 2013 (3)
  • December 2012 (3)
  • November 2012 (2)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (3)

Copyright © 2021 · Tip Sihat Selalu on Genesis Framework · WordPress · Log in