Tips Sihat Selalu

Sihat Untuk Bahagia

  • Home
  • About me
  • Pakej Set Shaklee
  • Hubungi

[23k Share di FB] 24 Pesanan Dr Hamit Arshat Tentang Kesihatan Wanita

22 March 2017 by Tips Sihat Selalu Leave a Comment

23,000 Share dalam masa 19 jam?

Tak percaya kan? Boleh tengok gambar screenshot ni

24 pesanan ni memang berbaloi di baca. Sangat berguna.

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA

1. Jaga Kesihatan Sebelum Ditimpa Penyakit

Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Cegah Lebih Baik 

Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. 
Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Doa 

Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. 
Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Bacaan lanjut: Doa Terbaik Untuk Sakit Kronik oleh Ustaz Asraff Ayob

4. Jangan Bergantung Dengan Ubat 

Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. 
Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Dua Punca Penyakit

Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.

Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Tabiat Makan

Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. 
Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.

Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar – bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.

Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

Bacaan lanjut: 8 Tabiat Yang Tidak Disangka Membuatkan Anda Gemuk

7. Makan Bila Lapar

Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. 
Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mula Makan dengan Buah

Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Minuman Terbaik

Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. 
Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.

Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO)

Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang.

Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Ulam

Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser.

Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Makanan untuk wanita menopos

Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.

Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.

Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress

Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja.

Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Ibadah

Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah.

Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.


15. Hubungan dengan manusia

Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri.

Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘

16. Exercise



Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan cara gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.

Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Deep Breathing

Lakukan ‘deep breathing exercise’ dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.

Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.

Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Kesan ketulan di payu dara

Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.

Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

Bacaan lanjut : 5 Cara Kesan Kanser Payudara Melalui Pemeriksaan Sendiri


19. Pap Smear

Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos.

Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

Bacaan lanjut : 15 Tanda Tanda Kanser Kepada Wanita Yang Sepatutnya Tidak Diabaikan

20. Berat Badan

Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg.

Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.






21. Buat Pemeriksaan

Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid .

Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut.

Bacaan lanjut: 8 Tanda Kanser Usus Yang Ramai Tidak Sedar

22. Vitamin

Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.

Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.

Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Suplemen

Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.

Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Makanan selepas bedah

Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”
Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Related posts:

Orang Stress Akan Bertambah Sakit? 4 Masalah Kesihatan Ini Menanti Mereka 35 Aplikasi Android (Kesihatan dan Fitness) Yang Wajib Anda Install -Bahagian 1 FAQ Tentang Healing Crisis / Krisis Penyembuhan dalam Shaklee

Filed Under: Uncategorized

Please follow & like us :)

Follow by Email
Facebook
Facebook
Google+
http://www.tipsihatselalu.com/2017/03/23k-share-di-fb-24-pesanan-dr-hami.html">
Twitter
YouTube

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Hubungi Saya

Tags

Alfalfa B Complex Carotomax Cinch Energy Tea Mix Collagen Shaklee CoQ10 CoQHealth Plus Diabetes Energizing Soy Protein ESP Garlic Shaklee Gla Complex Kanser Kebaikan dan Kelebihan Kurma Kencing Manis Mealshake Mengawal Stress Menghilangkan Parut Motivasi Nutriferon Omega Guard Ostematrix Pengedar di Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor Pengedar Shaklee Selangor Peppermint-Ginger Plus Performance Drink Punca Sakit Jantung Rabun Mata Rawat Diabetes Resepi Sakit Jantung Sembelit Set Berpantang Shaklee Testimoni ESP Testimoni GLA Compleks Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tips Untuk Muka Cantik. VitaLea Vitalea For Children Vitamin C Vitamin E Vivix Zinc

Follow me

  • Kelebihan Ahli Shaklee
  • Shaklee Branch

Artikel Terkini

  • 7 Punca Eye Bag dan Cara Hilangkannya – Mesti Cuba!
  • 4 Gaya Hidup Yang Boleh Rendahkan Paras Kolestrol Supaya Tidak Kena Strok
  • Boleh Kurangkan Risiko Barah? Ini 6 Kelebihan Menyusu Anak Untuk Kesihatan Si Ibu
  • 8 Bahan Semulajadi Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam
  • 3 Langkah Mudah Untuk Join Virtual Run

Komen terkini

  • Sue Ellen on Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
  • Vie on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • linda on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • Kin on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • 6 Tanda Seorang Wanita Itu Subur Menurut Kata Dr Zubaidi | Tips Sihat Selalu on E-SELL : 10 Panduan Mudah Beli Sendiri Vitamin Shaklee (Step By Step)
  • Pengalaman Bersalin Amin (Anak ke 4) | Tips Sihat Selalu on Pengalaman Bersalin Abid (Anak ke 3)
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat | myBerita | Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Siakap Keli on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Jaja | Youth Skincare on Tips Ubati Kencing Manis Sampai Terkejut Bacaan Gula Jadi Normal

Entry

  • November 2018 (5)
  • October 2018 (7)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (2)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (2)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • October 2017 (1)
  • September 2017 (1)
  • August 2017 (4)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (4)
  • April 2017 (7)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (2)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (6)
  • October 2016 (7)
  • September 2016 (39)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (9)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (5)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (5)
  • January 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • September 2015 (5)
  • August 2015 (4)
  • July 2015 (19)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (1)
  • April 2015 (1)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (3)
  • December 2014 (8)
  • November 2014 (8)
  • October 2014 (20)
  • September 2014 (17)
  • August 2014 (9)
  • July 2014 (3)
  • June 2014 (4)
  • May 2014 (8)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (7)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (19)
  • November 2013 (7)
  • September 2013 (14)
  • August 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (1)
  • May 2013 (7)
  • April 2013 (12)
  • March 2013 (3)
  • December 2012 (3)
  • November 2012 (2)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (3)

Copyright © 2021 · Tip Sihat Selalu on Genesis Framework · WordPress · Log in