Wednesday, November 23, 2016

Rahsia 2B3C Jana Income 4 Angka Secara Part Time | Pengalaman Sendiri

Ida dah buat bisnes part time sebagai Pengedar Shaklee lebih dari 4 tahun. 

Tapi sebenarnya Ida dah buat bisnes part time yang lain sebelum tu.

Ida adalah seorang pensyarah di sebuah IPT tempatan dan menjawat jawatan sebagai Ketua Program, jawatan kedua tertinggi dalam jabatan Ida.

Ida ada 4 orang anak lelaki hebat, tiada pembantu rumah dan sedang mengandung anak ke 5.

Nampak mencabar kan?

Tapi passion Ida untuk buat bisnes part time sangat tinggi.

Rahsia Ida urus masa antara semua itu adalah dengan 2B 3C


Apa itu 2B 3C?



2 B - Buffer dan Blog


Ida jalankan bisnes part time secara online, maka internet adalah sangat-sangat penting bagi Ida. 

Dua medium sosial yang biasa Ida guna untuk kongsi kebaikan produk Shaklee adalah Facebook dan Blog. 



Buffer


Ramai sedia maklum, kalau buat bisnes online mesti mengadap komputer dan smartphone selalu kan? 

Itu Ida setuju. 

Gajet paling penting untuk Ida adalah Smartphone.

Tetapi, kekangan masa sebagai seorang pensyarah memang sangat mencabar untuk sentiasa mengadap komputer. 

Apa Ida buat adalah dengan menggunakan apps Buffer untuk jadualkan segala post dan entry di Facebook keluar pada masanya. 

Ida laburkan dalam $10 sebulan untuk apps ini supaya boleh jadualkan post ke page dan wall personal lebih dari 10 post sehari. 

Malahan, pelaburan ini berbaloi kerana boleh jadualkan post di Instagram juga. 

Menarik tak?






Blog


Ida dapat 80% sale Shaklee melalui blog. 

Ya, Blog ini Ida bina dari tahun 2012, dan Alhamdulillah, berkat kesabaran, ia telah mencecah 2juta hit. 

Blog ini juga menerima pengunjung lebih 2000 setiap hari secara konsisten.

Kelebihan berniaga melalui blog adalah capaiannya lebih luas dari buat secara offline dan lebih mudah close deal. 

Ini kerana pengunjung sudah sedia maklum maklumat tentang produk dan kebaikannya tanpa perlu menunggu untuk Ida jelaskan lagi.








Apa pula 3C ?


3C - Checklist, Cabar dan Reward, Check Masa


Checklist


Untuk membuat seimbangkan semua masa yang ada antara kerjaya utama, keluarga dan bisnes part time, Ida perlu disiplinkan diri dengan 3C

Checklist adalah rutin yang sangat membantu Ida. 

Barang paling utama selain purse dan handset yang perlu ada di dalam beg tangan Ida adalah buku nota dan pen. 

Ini kerana membuat checklist sangat membantu Ida menyelesaikan banyak perkara. 

Bukan setakat to-do-list yang berkaitan dengan kerja sahaja yang Ida senaraikan, amalan rohani serta apa yang perlu dibeli on the way balik ke rumah juga WAJIB di tulis dalam senarai tersebut. 

Selepas setiap aktiviti yang disenaraikan dibuat, Ida boleh cross them out dan meneruskan utk selesaikan task lain pula

Selain dari task, buku nota itu juga menjadi tempat Ida tulis kata-kata positif untuk Ida setiap hari sebagai 'makanan' subconcious mind Ida. 

Ida percaya, dengan menulis target, checklist dan kata-kata positif akan beri impak lebih besar dari sekadar memikirkannya. 



Cabar dan Reward


Setiap task yang kita nak lakukan sangat mencabar. Kadang-kadang kita hilang fokus dengan gangguan.

Macam-macam gangguan. 

Bos panggil la, anak tak sihat la, kena meeting urgent, kena layan call/whatsapp customer. 

Gangguan paling biasa adalah scroll newsfeed FB lama-lama secara tak sengaja.

Sebab itu, Ida akan cabar diri untuk siapkan task pada masanya

Dalam masa yang sama, Ida akan janjikan reward kepada diri sendiri jika dapat siapkan kerja. 

Contoh: Dapat makan brownies kegemaran, dapat tidur lama sikit, dapat layan cerita kat tv.

Ia sangat membantu Ida untuk fokus siapkan task dalam checklist. 




Check Masa


Setiap task yang Ida buat kena ada deadline yang perlu dipatuhi. 

Selalu juga Ida tak dapat complete pada masanya, tetapi Ida akan forward task pada masa yang berbeza. 

Selain itu, Ida akan check progress kerja dari masa ke semasa untuk memastikan Ida dapat siapkan pada masa yang telah Ida tetapkan. 



Semua tips yang Ida amalkan adalah dari pengalaman sendiri. Alhamdulillah syukur kini ada downline Ida berjaya juga jana income dari Shaklee



Anda berminat untuk jana income 4 angka juga?
Jom hubungi Ida 019-3816167

Ida akan tunjukkan cara. 
Buat part time pun boleh jana duit.

Monday, November 21, 2016

[9 Gambar] Percutian PERCUMA 5 Bintang ke Langkawi oleh SHAKLEE (Day 1)

Seronok sangat tengok trip Percuma Shaklee yang geng Shaklee pergi.

Setiap tahun Shaklee akan hadiahkan Trip Percuma kepada pengedarnya yang layak. Semua keperluan trip adalah PERCUMA.

Kebanyakan dari trip ini adalah bertaraf 5 Bintang tau.

Banyak tempat yang mereka lawat ketika di Langkawi.



Naik flight yang ditanggung sepenuhnya ke Langkawi. Ida dah survey juga tiket pergi balik Kuala Lumpur ke Langkawi untuk seorang. 

Cuba tengok contoh harga Malaysia Airlines di bawah:


Hampir RM200 untuk tiket sahaja. 

Muka Master Aya gembira ketika sampai di Langkawi



Ada Duit Makan

Shaklee ada menyediakan Meal Allowance juga. Mereka menerima RM150 seorang. 





Hotel Bertaraf 5 Bintang


Hotel yang Shaklee sediakan untuk mereka menginap adalah Hotel Westin Langkawi yang bertaraf 5 bintang.

Boleh tonton Video dari Hotel ni.




Disebabkan teruja tengok bilik mereka yang cantik sangaaat, maka Ida pun survey harga untuk bilik ni.

Nak pengsan tau tengok harga


RM960 satu Malam!

Mereka tinggal 3 Hari 2 Malam.

Harga bilik pun dah RM2000!

Lagi gambar bilik dari peserta lain pula.



Diraikan dengan Dinner


Malam itu mereka diraikan dengan Dinner khas. 



Makanan mewah, diraikan dengan pelbagai aktiviti untuk merapatkan lagi kemesraan antara peserta. 

Amacam best kan trip ini?
Ini baru hari pertama. 

Ada lagi gambar-gambar menarik dalam entry trip hari kedua dan ketiga. 

Tunggu..


Monday, November 7, 2016

Nak Kaya, Kena Jadi 'Penerima' Yang Cemerlang

Nampak pelik tak tajuk entry ni?

Mesti ramai ingat ia macam salah tulis kan? Penerima ke Pemberi?

Sebenarnya tajuk tu betul. Ida rasa terpanggil nak bercerita satu topik dalam buku terbaru yang Ida baca.


Buku Secrets Of The Millionaire Mind : Think Rich To Get Rich




Buku ni memang Ida rasa buku terbaik yang beri motivasi untuk orang yang buat bisnes macam Ida. Sesuai sangat untuk orang yang sentiasa dalam comfort zone.

Buku ni ada 2 part.

Part 1: Your Money Blueprint
Part 2: The Whealth File

Secara ringkasnya Part 1 cerita pasal perkara-perkara yang mempengaruhi pemikiran kita tentang kekayaan.

Salah satunya adalah persekitaran kita.

Part 2 adalah part yang saya sangat suka. Kat sini dia cerita pasal 17 Pemikiran orang kaya dan bezanya dengan pemikiran orang miskin



Penerima Yang Cemerlang?

Salah satu ciri orang berfikiran kaya adalah penerima yang cemerlang. Dalam buku ni dia letak ke ciri yang ke 10


Kita selalu dengar nak kaya kena banyak memberi dan bersedekah kan?

Tapi yang ni terbalik. Jadi penerima pula. Tapi konsep penerimaan bukannya dari orang, tapi dari TUHAN (dalam buku ni tulis universe)



Kita Layak Menerima


Selalu tak dengar orang beri sebut:

" Ala, dia boleh la.. memang dah nasib dia berjaya macam tu"

"Dia kerja bagus, sebab tu banyak duit travel sana-sini"

"Dia terer buat marketing, sebab tu boleh jadi hebat macam tu"


Sebenarnya ayat-ayat di atas adalah part of apa yang pernah Ida sendiri sebut. Kalau bukan kat mulut, tapi dalam hati.

Normal la kan?

Itu tandanya kita tak rasa layak dapat macam orang-orang itu. Kita rasa tak layak nak jadi jutawan. Kita tak layak jadi hebat

Kenapa jadi macam ni? Sebab dah jadi budaya kita, bila buat salah, kita akan dapat punishment.

Macam tak logik bila fikir, kita kan dah dewasa. Mesti boleh fikir.

Penulis buku ni kata TAK.

Sebenarnya persekitaran tu dah meresap dalam subconcious mind kita secara kita tak sedar. Bukan kita aje, semua orang pun.

Sebab tu bila kita ada buat salah sikit, rasa tak perfect sikit, kita akan rasa teruk dan salahkan diri sendiri secara tidak kita sedar.

Mudah rasa down, terus tak bersemangat. Betul tak?



Buang Rasa Tak Layak


Ida rasa teruja dengan kata-kata dalam buku ni tentang rasa layak dan tak layak. Penulis buku ni kata apa yang berlaku pada kita pada masa lepas tiada kaitan dengan potensi kita untuk berjaya.

TIADA KAITAN!

Kita tak pandai marketing --> Kita masih layak untuk jadi kaya

Kita tak belajar tinggi --> Kita masih layak untuk jadi kaya

Kita tak pandai bahasa Inggeris --> Kita masih layak untuk jadi kaya

Kita tak pernah bisnes, tiada orang sokong --> Kita masih layak jadi kaya

Tengok orang lain dapat sales banyak, kita pun layak jadi macam dia. Kita ada potensi juga.

Rasa tak layak hanya ALASAN sebenarnya untuk kita terus berada dalam zon selesa.

Bila kita rasa Layak untuk kaya ---> Kita PENERIMA yang hebat



Usaha Jadi Berganda


Segala perkara bermula dari apa yang kita fikir.

Sebab itu Ida suka buku ni, buku ni ubah pemikiran kita, ubah cara kita lihat tentang duit dan kekayaan.

Bila kita rasa layak untuk jadi kaya, usaha kita pasti seperti orang yang layak untuk berjaya.

Bila buat bisnes, bisnes nampak tiada hasil, kita tak rasa down. Kita akan cuba lagi. Sebab kita layak untuk berjaya.

Bila ada orang taknak beli dengan kita, kita tak mudah rasa sedih, akan usaha lebih lagi sebab kita layak terima kekayaan atas usaha kita.

Bila ada orang share kejayaan, kita tumpang gembira dan rasa termotivasi sebab kalau mereka boleh berjaya, kita juga layak berjaya.

Kita adalah PENERIMA yang cemerlang.

Bersedia untuk terima DUIT YANG BANYAK dan layak untuk berjaya!



Jom Ubah Diri


Rasa bersemangat tak sekarang? Apa yang Ida tulis ni, tak sama langsung dengan apa yang penulis ni tulis.

Penulis ni tulis lagi best.

Tapi olahan sendiri mengikut apa yang ida faham dan cara Ida sendiri. Moga ada yang teruja nak beli buku ni dan baca.

Silalah baca.
I see a lot of difference in mine, i sure you'll change too.

Kencing Manis Ketika Mengandung? 7 Cara Kawal Melalui Pemakanan

Sejak mengandung ni, banyak entri berkaitan dengan hamil dan mengandung aje. Hihi.

Kali ini Ida nak bercerita tentang masalah kencing manis ketika mengandung.

Sebenarnya ia berkait rapat dengan Ida sebab masa nak buka buku merah a few weeks ago, Ida kena lalui test kencing manis dulu - Prosedur MOGTT sebab dah cecah umur 35 tahun.


Dr Zubaidi beritahu wanita hamil yang mempunyai 9 ciri ini berisiko ada kencing manis ketika hamil:

1. Mengalami kencing manis ketika kehamilan yang lepas

2. Obesiti (BMI>30)

3. Umur > 35

4. Mengalami gula dalam air kencing (glycosuria) dalam dua kali pemeriksaan

5. Keluarga terdekat ada penyakit diabetes mellitus

6. Pernah melahirkan bayi lebih dari 4.0 kg

7. Pernah mengalami keguguran berulang atau kematian bayi dalam rahim tanpa diketahui punca yang sebenar

8. Pernah melahirkan bayi yang cacat pada kehamilan yang lepas

9. Pernah alami air tuban yang banyak dalam rahim (polyhydramnios)

sumber



Prosedur MOGTT

Bila ada salah satu ciri di atas, maka memang kena buat Prosedur MOGTT.

Ida kena prosedur ni sebab umur dah cecah 35 tahun tahun ni. Nak tak nak kenalah mengadap air gula sangat tidak best. hihi.



Caranya: kita kena puasa bermula pukul 10 malam hari sebelumnya, boleh minum air masak sahaja.

Pukul 8.00 pagi hari keesokannya, darah kita akan di cek kandungan gula. Kemudian diberi minum air gula.

Air gula yang kita minum tu adalah campuran 75g gula dengan 250ml air. Bayangkan betapa manisnya air gula itu.

Memang rasa nak muntah.

2 jam kemudian, bacaan gula kita akan di cek semula.


Jadual di atas menunjukkan paras bacaan yang doktor akan cek untuk pastikan kita tiada kencing manis.

Malangnya bacaan Ida hari tu selepas 2 jam lebih dari 7.8mmol/L. Maka perlu buat prosedur BSP pula.



Prosedur BSP(Blood Sugar Profile)

Prosedur BSP ni kena cek paras gula juga tetapi tak perlu minum air gula.

Hari tu Ida kena ambil 4 kali mengikut waktu : 8 pagi, 12 tengahari, 6 petang dan 9 malam. Dua jam sebelum kena cek darah perlu puasa.

Gambar ditemani anak ketika sesi ambil darah untuk BSP


Bacaan BSP kali pertama

Disebabkan Ida pun kena control makan, maka hasil kajian Ida jumpa 7 cara kawal melalui pemakanan dari web babycenter.com.my




Cara #1 : Makan pelbagai jenis makanan pada waktu siang

Kita disarankan makan tiga kali sehari hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Pakar pemakanan yang nasihatkan Ida bagitahu, ia penting supaya dapat kawal dari kita makan banyak sekaligus.

Kita juga boleh makan di antara dua dan empat snek, termasuk selepas makan malam untuk mengekalkan tahap gula dalam darah anda.



Cara #2 : Makan makanan berserat tinggi

Makan banyak makanan yang tinggi kandungan seratnya. Makanan seperti ini biasanya mempunyai GI yang rendah. 

Ia dapat bantu elak tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Makanan yang berserat tinggi termasuk:
  • buah-buahan dan sayur-sayuran segar;
  • roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh;
  • kekacang yang dikeringkan.


Cara #3 : Makan 5 jenis 

Pastikan anda makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:

  • campurkan buah-buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda;
  • tambah salad kepada sandwic anda sewaktu makan tengahari;
  • pilih dua jenis sayur-sayuran dengan hidangan waktu makan utama anda;
  • jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek.



Cara #4 : Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu


  • Gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak dan sebagai kuah salad;
  • Gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu;
  • Panggang makanan berbanding goreng;
  • Buang lemak pada daging atau ayam.



Cara #5 : Jangan tinggal waktu makan

Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.



Cara #6 : Jangan makan terlalu banyak makanan dan minuman manis

Kurangkan, atau elakkan terus, gula-gula, minuman berkarbonat, jus buah-buahan dan kebanyakan pencuci mulut yang lain.

Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan anda. Ia boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.

Anda boleh cairkan jus buah dengan air.

Campurkan kira-kira satu perempat jus dengan tiga perempat air, dan minum sekali sehari. Pada masa lain, minumlah air kosong dan minuman lain yang tidak bergula.



Cara #7 : Makan sarapan yang berkhasiat

Sarapan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah anda sepanjang pagi. Cuba makan sarapan yang rendah GI. 

Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dan setara.

Atau anda boleh pilih bijirin sarapan atau roti daripada bijian penuh dengan sedikit makanan berprotein tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.

Makanan yang tinggi GI seperti bijirin sarapan bersalut gula atau roti putih bakar dengan jem boleh meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat.




Apa itu Makanan Rendah GI?


Indeks glisemik (glycaemic index - GI) makanan ialah pengukur berapa cepat gula (glukos) dibebaskan ke dalam sistem darah anda selepas anda memakannya. 

Makanan yang rendah GI mempunyai kandungan serat yang tinggi dan merupakan bahagian penting dalam diet yang sihat.

Memakan makanan yang rendah GI dapat bantu kawal penyakit kencing manis sebab ia ambil masa lebih lama untuk dihadamkan. 


Glukos dibebaskan ke dalam darah dengan lebih perlahan.

Beberapa contoh makanan yang rendah GI ialah:
  • pasta yang diperbuat daripada tepung gandum durum;
  • epal, oren, pir, pic;
  • kekacang dan lentil;
  • jagung manis;
  • bubur.

Beberapa contoh makanan yang tinggi GI:
  • kentang bakar;
  • emping jagung;
  • nasi putih (nasi perang mempunyai GI rendah);
  • roti.
sumber




Supplemen Untuk Ibu Hamil Yang Ada GDM

Supplemen yang mempunyai GI rendah dan sesuai untuk wanita hamil yang ada GDM adalah ESP Soy Protein Isolate Powder.

Indeks Glisemik  untuk ESP hanya 39.

ESP Soy Protein Isolate Powder ni adalah minuman protein yang memang Hot Seller Shaklee. Memang ramai yang cari.

Ia diperbuat dari kacang soya Non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya)

Ia pekat. 1 kg ESP diperbuat dari 30kg kacang soya asli.

sumber



[Testimoni ] Pengalaman Ibu Hamil Ada GDM dan Minum ESP



Ikuti pengalaman beliau ini

Kembali Selera Makan Selepas Morning Sickness


Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. 

Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.

Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. 

Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. 

Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan. 



Disahkan GDM


Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal.

 Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). 

Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari. 

Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. 

Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?

Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. 

Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil.
.

Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal

Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin.

Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.

Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.



Testimoni-testimoni ESP Bantu Ibu Hamil ada GDM








Ingin Dapatkan ESP Shaklee?


Kepada yang ingin dapatkan ESP Shaklee, boleh ikuti langkah-langkah di bawah.


Saturday, November 5, 2016

Nak Kempiskan Perut Selepas Bersalin? Amalkan 7 Amalan Ini

Ibu-ibu mana yang tak ingin kembali langsing selepas bersalin kan?

Ia memang impian semua ibu-ibu. Yang sedihnya perut buncit selepas bersalin tak boleh nak kempis. Lepas bersalin anak kedua, perut kekal buncit macam dah bersalin anak 5.

Ngeri kan?

Tak pasal-pasal ada yang tanya lagi  "Dah berapa bulan mengandung" . Padahal tak mengandung pun. Maluuuuu.

Macam-macam cara buat untuk kempiskan perut buncit. Ubat kurus, pakai itu ini, tapi masih tak jalan. Habis duit banyak, tapi perut macam tu juga.

Seluar jeans yang muat masa anak dara terpaksa disimpan. Sedih!

Jangan risau, mungkin petua-petua ini berkesan untuk anda.




Petua #1: Susu Ibu


Ida rasa petua ni sangat berkesan. Susu Ibu memang banyak baiknya pada baby, tetapi untuk ibu juga ada kesan yang sangat bagus untuk perut.

Sebaik sahaja selepas bersalin, susukan anak terus secara eksklusif boleh bantu buang lemak yang tidak diperlukan. 

Menyusu badan boleh cepatkan proses kecutkan rahim dan boleh bakar 200 hingga 600 kalori sehari.

Bila rahim kita mengecut, perut buncit pun kembali kempis. Kalori terbakar juga bantu hilangkan lemak yang tak perlu di perut.

Anak kenyang dengan 1001 khasiat, si ibu kembali cantik seperti yang diinginkan.




Petua #2: Berbengkung


Ibu Ida memang sangat strict tentang berbengkung ni. Dalam pantang memang wajib pakai. Memang rasa tak selesa, rimas dan panas. Kadang-kadang gatal pun ada sebab berpeluh.


Tapi ia petua yang sangat berkesan langsingkan semula perut lepas bersalin.

Rahim kita sangat sensitif ketika ini, kerana telah berubah saiz berganda dari asal. Pergerakan yang banyak ketika berpantang perlu dielak bagi elak masalah pada rahim.

Sebab itu wajib berbengkung untuk menjaganya. Kulit-kulit geleber dan perut buncit juga boleh dibetulkan semula.

Walaupun ia petua yang makin dipinggirkan, namun ia masih menjadi petua utama penjagaan ketika pantang dari orang tua yang paling perlu dijaga jika ingin kembalikan bentuk badan zaman anak dara.




Petua #3: Bertungku / Bertangas  / Bersauna


Banyak dah jenis bertungku moden masa kini. Tapi bagi Ida, Ida lebih selesa dengan cara lama menggunakan batu / tungku besi yang disalai dan disalut sejenis daun(tak ingat daun apa) untuk bertungku.

Kaedah tradisional ini boleh pecahkan darah beku, lemak dan kurangkan bengkak dalam perut / rahim.

Lepas bertungku, boleh rasa darah-darah beku berketul-ketul keluar. Darah-darah kotor ini mesti keluar untuk jaga dalaman rahim kita.

Rasa lega pun ada.

Bertangas dan sauna juga boleh pecahkan lemak. Lemak-lemak di perut penyebab buncit pun boleh hilang. Angin dan air berlebihan dalam badan pun boleh keluar.

Toksin yang ada dalam badan juga keluar melalui kulit dan badan akan rasa lebih ringan dan kembali kepada bentuk asal.




Petua #4: Kawal Pemakanan


Yang ini, ramai buat silap. Menyusu anak bukan peluang untuk makan 2 kali ganda dari biasa. Tetap kena kawal pemakanan.

Macamana badan tak macam dipam-pam jika asyik makan tanpa henti.

Tapi, itulah masalah kita ibu-ibu kan? Susah kawal selera makan.

Apabila anak dah tak minum susu ibu sepenuhnya, dicadangkan ibu-ibu perlu kawal makan agar perut tidak buncit dan menggeleber.

Lemak dan minyak perlu dikurangkan, kena ambil lebih protein untuk bina semula otot. Makanan yang boleh bantu bakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu perlu dilebihkan.




Petua #5: Betulkan Postur Tubuh



Cuba lihat cara anda berjalan. Tahukah anda postur badan ketika berjalan dan angkat barang boleh menyebabkan perut buncit?

Ida pun rasa ramai tak tahu. 

Jadi lepas ni, kena tegakkan postur badan ketika berjalan. Jangan pandang remeh, kerana ia mungkin menyebabkan perut anda buncit sampai bila-bila.




Petua #6: Senaman dan Aktiviti Fizikal


Mesti ramai dah tahu petua ni walaupun susah nak buat kan? Iyelah, ramai antara kita tiada masa nak bersenam.

Hakikatnya senaman kardiovaskular dan abdominal memang boleh bantu ibu lepas bersalin utk kempiskan perut. Kalau nak tahu jenis senaman macamana, mungkin perlu rujuk pakar.

Senaman jenis lain akan beri kesan lain pada fizikal tertentu. 



Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga boleh kurangkan lebihan lemak dibahagian perut.

Jika nak kesan terbaik, perlulah buat secara konsisten.




Petua #7 Detoksifikasi


Badan kita pasti tak boleh lari dari toksin. Kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Itu yang menyebabkan kita ada masalah penghadaman, seterusnya membentuk lemak dibahagian perut. 

Badan kita perlu didetoksifikasi dari masa ke semasa untuk buang toksin.

Toksin berkurang, perut pun boleh kempis



Supplemen Untuk Kempiskan Perut 

1. Omega Guard

Bertindak sebagai agen pemecah lemak kerana mengandungi asid lemak Omega 3 dan 6. Pantas membantu membakar lemak-lemak di bahagian perut. Selain turut memberi kesihatan pada jantung anda.


2. Herblax

Bertindak untuk pembersihan usus dan najis yang tersekat dan mengempiskan perut



Testimoni 1




Testimoni 2




Testimoni 3





Testimoni 4




Testimoni 5




Ramai sudah mencuba Omega Guard dan Herblax. Kesannya sangat mengagumkan. 

Jom hubungi saya untuk dapatkan konsultansi dan tempahan supplemen untuk kempiskan perut selepas bersalin.

Jom kembali langsing dan awet muda sehingga ramai ternganga.

Sakit Batu Karang Dari Umur 15 Tahun, Wanita Ini Akhirnya Sembuh Sepenuhnya

Sakit Batu Karang memang memeritkan. Ada orang perasan yang mereka kena sakit ini, ada juga tak tak tahu sehinggalah berjumpa doktor.

Salah seorang pesakit itu adalah wanita ini. Ikuti pengalaman tragis wanita ini dan perjuangannya untuk sembuh.

Mengalami Sakit Kencing Sejak Sekolah

.


Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Akmal Mustafa dan berumur 28 tahun. Saya seorang suri rumah, mempunyai 3 orang anak dan kini menetap di Terengganu.

Saya pernah mengalami masalah sakit kencing sejak dari bangku sekolah. Seingat saya ketika saya di tingkatan tiga.

Penyakit tersebut berlarutan untuk jangka masa yang agak lama. Hinggalah apabila saya berkahwin pada tahun 2008.



Saya Menggelupur Kesakitan


Kesakitan yang saya alami semakin teruk.

Saya mula tahu saya menghidap batu karang apabila terjadi insiden selepas saya mengurut perut dengan bidan, pada hari yang sama saya merasa sakit yang terlampau dahsyat.

Seperti ada sesuatu yang tajam seolah menghiris bahagian peranakan seta saluran kencing saya hingga menyebabkan saya menggelupur kesakitan.




Bahkan saya tak mampu untuk berjalan kerana terlampau sakit. Suami saya terpaksa menggendong saya ke hospital kerana keadaan saya yang tak mampu untuk berjalan.



Kesan Ubat Kampung: Telinga Saya Sakit dan Berdengung


Bermula dari situ doktor melakukan scan dan test urine dan dapat detect saya mengalami batu karang.

Ini berlarutan sehingga saya merasa sakit dalam saluran kencing, sakit ketika bersama suami, rahim bengkak dan jangkitan kuman. Saya mengalami perkara ini sejak berumur 15tahun.

Selain ubat hospital saya ada berikhtiar dengan ubatan kampung. Minum rebusan akar kayu dan ubat homeopathy.

Tapi kesannya saya mengalami pening yang melampau serta saya juga terpaksa berjumpa pakar ENT kerana ubat yang saya makan menyebabkan dalaman saya kepanasan hingga memberi effect telinga saya sakit dan berdengung.

Doktor sarankan saya berhenti dan mencadangkan saya supaya makan ubatan yang telah ditetapkan dos pengambilan yang betul. Akhirnya saya stop dan selepas itu hanya menggunakan suplemen Shaklee.

Saya berikhtiar dengan produk Shaklee selepas hasil pencarian di internet.



Makan Alfalfa, Garlic, Ostematrix, Vitamin C : Sakit Kencing Hilang


Pada mulanya saya hanya mengambil Alfalfa Complex dan Garlic sebagai langkah untuk mencegah kencing kotor. 

Alhamdulilah sekitar 1 minggu konsisten saya dapat kesan positif. Sakit bertahun yang saya alami dan bergantung dengan pil killer untuk tahan kesakitan hilang! 

Lepas tu saya mula ambil tambahan vitamin lain seperti Ostematrix dan Vita-C.

Then saya buat pemeriksaan doktor untuk kepastian, sakit kencing saya hilang, kencing kotor pun pulih, rahim dah tak bengkak.

Tapi batu karang masih ada.



Doktor Terkejut Batu Karang Hilang


Kemudian saya mula membeli tambahan vitamin sebab saya nk kesan yang extra. Saya nak hilangkan terus batu karang.

Saya mula minum Vivix.

Alhamdulilah. Bersyukur sgt asbab sebotol Vivix yang saya minum, hasil pemeriksaan doktor batu karang saya hilang! 

Doktor pun terkejut dan tanya apa yang saya amalkan. Saya bawa botol Vivix dan tunjuk pada doktor. Doktor nasihatkan saya untuk terus amalkan pengambilan nutrisi yg sihat untuk mencegah batu karang dari terbentuk kembali.

Saya mula beli Vivix selepas daftar sebagai ahli Shaklee.



Healing Crisis : Letih dan Mengantuk, Kencing Sangat Kuning


Saya tahu tentang Vivix hasil dari research dan produk study serta mencari testimoni pengguna Vivix. Saya mengambil sesudu kecil sekali sehari.

Saya juga turun mengambil suplemen Shaklee lain seperti Garlic, Alfalfa, Garlic, Vita-C dan Ostematrix. 

Antara healing crisis yang saya alami ialah letih dan mengantuk, kencing menjadi sangat kuning dan beransur bersih dari hari ke hari.

Oleh kerana saya menyusukan anak, hari pertama dan kedua baby kurang menyusu, mungkin ada perubahan pada rasa. Tapi saya lebihkan minum air putih. 

Sesudu Vivix sehari saya bahagikan untuk pengambilan 3 hari supaya kandungannya dapat balance dgn tubuh saya.



Sangat Berpuas Hati


Saya sangat bersyukur pada Allah asbab pengambilan ViVix dan beberapa vitamin lain batu karang saya sembuh.


Saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee.

Alhamdulilah dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya saya sembuh dan dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang. Terima kasih atas peluang ini.


Testimoni Vivix Bantu Kurangkan Masalah Batu Karang

Testimoni 1




Testimoni 2





Testimoni 3








Testimoni 4







Testimoni 5



Cara Buat Tempahan Produk Shaklee


Anda boleh whatsapp 019-3816167 (Pn Ida Ifaz) untuk membuat tempahan Vivix

Dapatkan HARI INI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...