Wednesday, October 19, 2016

Pengedar Shaklee Pulau Indah / Port Klang / Pandamaran


Berita baik kepada Warga Pulau Indah, Port Klang dan Pandamaran.

Anda ingin dapatkan produk Shaklee?

Kini, anda tidak perlu lagi tunggu lama untuk pengeposan dan keluar bank in duit untuk beli produk Shaklee online.

Pengedar / Ejen Shaklee anda boleh membantu.

Anda hanya perlu hubungi pengedar di bawah ini, dan kami bersedia berkhidmat menghantar produk kegemaran anda sehingga di depan pintu rumah.

Mudah dan Jimat



Nor fadillah binti Abdullah 
(ID : 1161375)


✆: 017-730 5635 (SMS dan Whatsapp pun boleh)

Boleh terus hantar ke rumah di area: Pulau Indah, Port Klang dan Pandamaran


Tips Dr Zubaidi: 7 Cara Jaga Luka Episiotomi Supaya Cepat Sembuh

Luka Episiotomi memang biasa bagi Ida. Semasa bersalin keempat-empat anak, Ida perlu hadapi proses ini.

Doktor / nurse yang merawat beritahu ia perlu dilakukan kerana nak elak koyakan lebih besar dan parah. Koyakan besar boleh beri risiko tumpah darah.


Apa Itu Episiotomi?


Episiotomi adalah potongan guna gunting khas yang dibuat pada kemaluan atau dipanggil perineum.

Ia mungkin dilakukan pada garisan tengah atau menyerong antara luar faraj hingga punggung.


Bunyinya macam menyakitkan kan? Tapi, sebenarnya ramai ibu tak perasan pun bahagian itu dipotong sebab doktor akan suntik bius terlebih dahulu.



6 Punca Episiotomi Dilakukan


Menurut satu artikel di majalah Pa & Ma, terdapat 6 punca si ibu disaran menjalani episiotomi:

1) Elak luka koyakan yang lebih besar

2) Bahu bayi tersekat (shoulder dystocia)

3) Bayi bersaiz besar

4) Otot perineal yang keras and tidak anjal

5) Koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur sehingga boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada ibu

6) Timbul masalah stres kepada bayi atau fetal bradycardia ketika proses meneran



7 Cara Jaga Luka Episiotomi


Ida ada google tentang luka episiotomi ni. Banyak tips yang Ida dapat.

Tips dari Dr Zubaidi ini memang Ida suka dari banyak-banyak tips.

Cara #1: Pek Ais


Letakkan pek ais pada luka yang dijahit.


Ais akan menyebabkan kawasan disekitar luka menjadi 'rasa kebas' dan ini mengurangkan sakit serta mengurangkan bengkak


Cara #2: Rendam Air Suam


Rendamkan punggung ke dalam basin yang berisi air suam dan campurkan sedikit larutan antiseptic bagi membasuh kekotoran di sekitar luka


Cara #3: Jangan duduk/ diri lama


Jangan terlalu lama duduk atau terlalu lama berdiri. Luka yang sedang sembuh mudah membengkak apabila seorang wanita tidak cukup rehat atau berbaring terlalu lama.

Cuba sesekali bangun dan berjalan-jalan di dalam bilik untuk membantu penyembuhan.


Cara #4: Kain Kasa Bersih


Jika luka kelihatan berair atau keluarkan air jernih, boleh masukkan kain kasa yang bersih ke tempat luka.

Jika kering dan tidak berair, tidak perlu dimasukkan kain kasa.

Jika kawasan itu mengeluarkan lendiran yang berbau busuk atau nanah atau darah, harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Cara #5: Dedahkan luka


Jika berpeluang bersendirian dalam bilik, dedahkan luka agar mudah kering. Untuk itu, pastikan kipas dibuka untuk memastikan peredaran udara yang baik.


Cara #6: Telan Paracetamol


Jika rasa sakit dan tidak selesa atau mungkin demam, bolehlah menelan ubat Paracetamol 500mg setiap enam jam. 

Jika tidak mengalami sakit, ubat perlu dielakkan terutama jika menyusukan anak


Cara #7: Tidak Perlu Tanggal Benang


Luka Episiotomi dijangka akan sembuh antara 2 minggu hingga sebulan. Benang jahitan pada luka tidak perlu ditanggalkan oleh doktor kerana ia akan tanggal sendiri.

Jika luka masih tidak sembuh selepas sebulan atau mengeluarkan nanah, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.


sumber: http://drzubaidi.com/blog/menjaga-luka-episiotomi/




Set Berpantang Shaklee


Anda risau luka masih lambat baik?

Ida nak syorkan satu produk yang bagus untuk berpantang dan cepatkan baik luka episiotomi, iaitu VIVIX

Vivix tu apa?



Vivix bukan ubat. Ia bukan dicipta untuk mengubati penyakit-penyakit tertentu.


Vivix adalah supplemen / makanan tambahan yang bantu badan melawan penyakit secara semulajadi. Ia bukan sahaja terkenal di Malaysia, malahan serata dunia.


4 bahan semulajadi yang menjadi bahan utama dalam Vivix adalah:
  • Poligonum Cuspidatum
  • Anggur Muscadine
  • Elderberi Eropah 
  • Lobak Ungu

Testimoni













Dapatkan Vivix anda HARI INI. 



Tuesday, October 18, 2016

Anak Sembuh Kanser Limfoma Stage 4, Si Ibu Dedah Rahsianya

Sesuatu yang sangat meruntun jiwa bila anak yang baru berumur 10 tahun telah disahkan ada kanser

Ikuti pengalaman ibu tabah ini



Mula-Mula Ingatkan Hanya Jangkitan Kuman


Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang. Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain.



Sakitnya semakin kerap. Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital.

Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda. Lepas tu datang balik.

Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya. Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah.

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri.



Hati Seorang Ibu Hancur Bagai Dihiris Sembilu Apabila..


Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak.

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.

Result Pemeriksaan pada tahun 2011

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.

Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul. Takut, cemas dan sedih.

Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya. Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.

Gambar Google

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi. Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman.



Kos Perubatan Semakin Meningkat


Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan.

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula.

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. 

Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal.



"Tak Nak Jadi Orang Bodoh"


Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa.

Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran.

Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai.

Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee.




Anak Disahkan Bebas Kanser


Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik.

Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya.

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya.

Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. 

Satu berita yang menggembirakan.



Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. 

Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.



Kini Anak Turut Menyertai Aktiviti Lasak


Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain.

Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga.

Syukur Alhamdullilah. Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.


Cara Untuk Dapatkan Vivix


Jika anda berminat dapatkan Vivix, sila ikuti langkah di bawah

Setelah 2 Minggu Luka Jahitan Bersalin Masih Sakit, Wanita Ini Menyesal Tidak Lakukan Sesuatu

Bersalin normal dan Ceaser tidak ada beza sakitnya. Mungkin yang bersalin ceaser tidak merasa sakit kontraksi, tetapi penjagaan selepas bersalin lebih berat.

Masalah luka jahitan bersalin yang lambat sembuh dan ada yang terbuka adalah masalah biasa.

Wanita ini juga mengalaminya. Ikuti pengalaman beliau yang bersalin ceaser untuk kali yang kedua.


Terpaksa Dibedah Kerana Breech



Assalamualaikum saya Nurul Aziyana, pengguna Shaklee sudah hampir 4 tahun.

Saya nak kongsi kisah bagaimana Vivix sangat membantu saya ketika berpantang bersalin secara pembedahan.

Untuk kelahiran yang kedua ni baru saya guna set bersalin Shaklee + Vivix sebab kelahiran pertama belum kenal lagi vitamin Shaklee.

Al kisah menjadi asbab bersalin czer, semasa datang contraction suam-suam suku tu kebetulan memang ada appointment dengan gynea. Masa scan waktu tu lah baru dapat tahu breech.



Alergi Ubat Tahan Sakit dan Antibiotik


Doktor terus buat keputusan, emergency operation. Terus ke HTAA, pung pang pung pang ditolak ke OT untuk berdepan dengan pengalaman kali kedua.

Mungkin proses nak bersalin tu cepat.. tapi kesakitan yang ditanggung selepas bersalin czer kali ni lain dari yang pertama dulu.

Czer adalah major operation. Jadi ubat tahan sakit dan antibiotik adalah wajib. Malangnya saya allergic pada banyak ubat. Bila makan satu muka akan jadi bengkak sampai tak boleh nak bukak mata.




Bagai Daging Perut Dihiris-hiris


Saya hanya mampu makan panadol.

Tapi itupun akan buat jadi bengkak juga cuma tak seteruk bila makan antibiotic. Kalau demam biasa or sakit kepala ok la kan dengan panadol. Tapi kalau czer tak cukup hanya dengan panadol.

Minggu pertama sangat hazab.

Sakit bagai daging di perut tu dihiris-hiris sampai saya tak mampu nak bergerak. Nak ke toilet yang sekangkang kera pun terpaksa berenti 2 kali dan ambil masa yang lama sampai menangis.

Nak bangun, nak duduk sangat lah menyeksakan.

Ditambah pula anak jaundis masa tu dan ulang alik klinik untuk injection selepas bersalin. Syukur juga kat rumah ni memang ada wheelchair.



Bertahan Dengan Vitamin Shaklee


Disebabkan tak boleh makan ubat tahan sakit dan antibiotik, jadi saya bertahan dengan vitamin Shaklee.

Sejak hari pertama saya ambil

1. ZINK COMPLEX dan VITAMIN C (untuk cepat baik luka)
2. GARLIC COMPLEX untuk ganti ubat antibiotik,
3. VITALEA , BCOMPLEX untuk tenaga
4. OSTEMATRIX untuk elak sembelit (memang tak sembelit sepanjang berpantang)
5. LECITHIN untuk bengkak susu.

Namun begitu, megadose zink complex n vitamin C tak mampu untuk meringankan sakit saya.

Yelah, ini vitamin bukan ubat..dan vitamin pulak adalah vitamin semulajadi kesannya bukan segera macam ubat.

Mungkin tak cukup untuk tahan sakit dari major operation ni. Satu je yang saya belum cuba waktu tu dan saya menyesal sebab tak ambil dari hari pertama lagi iaitu VIVIX.



Menyesal Tak Makan Vivix Dari Hari Pertama


Kesakitan masih terasa walaupun lepas 2 minggu pembedahan.

Bila saya cuba VIVIX? hari ke-20.. saya ambil 1 sudu teh pada mulanya.


Selepas 3hari saya makan vivix, alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah kurang rasa sakit.

Bila dah kurang rasa sakit, jalan pun laju sikit. Kalau sebelum tu nak jalan memang kena pegang perut. Allah, syukur sangat rasa. masa ni memnag rasa menyesal tak start amik Vivix hari pertama bersalin.

Sangat menyesal.



Lepas ni saya dah tahu dah, cara cepat untuk baik luka czer tak lain dan tak bukan adalah denganVivix. Itu sebab saya sayang sangat dengan Vivix ni.

Alhamdulillah juga Vivix tak mengganggu penyusuan langsung. Alhamdulillah, lepas pengambilan Vivix terus rasa kurang sakit di perut dan cepat hilang.

Seksa tau nak pegang baby yang berat tu kalau sakit. Banyak pergerakan akan terbatas.Tapi nak tak nak kena bergerak juga walau sakit macam mana pun.

Saya juga syiorkan pada kawan yang juga bersalin secara czer.


Saya Masih Amalkan Vivix


Untill now, saya masih consume Vivix ni sebab banyak sangat kelebihannya.

Saya tau saya masih memerlukan Vivix untuk luka dalaman dan yang penting untuk kecantikan juga. Vivix baiki sel-sel dalaman. Bila sel cantik, fungsi badan pun cantik. Sebab tu luka pun cepat baik sebab Vivix bertindak terhadap sel.

Jadi saya amat sarankan Vivix untuk mereka yang bersalin secara Czer..dan Vivix ni boleh juga untuk mereka yang menjalani apa-apa pembedahan untuk memastikan luka cepat baik.

Baik juga untuk pudarkan parut akibat jahitan semasa pembedahan.

Terbaik sungguh!



Cara Untuk Dapatkan Vivix


Jika anda berminat dapatkan Vivix, sila ikuti langkah di bawah


5 Kebaikan Kurma Ketika Hamil

Kurma popular ketika bukan puasa tetapi sebenarnya nutrien yang ada dalam kurma banyak khasiat kepada semua

Ramai tahu kebaikan kurma kepada semua, tetapi mungkin tidak tahu khasiat utama untuk ibu hamil.

Ida ada terjumpa satu artikel di majalah Pa & Ma tentang kebaikan kurma.

Jom kita baca sama-sama


Kebaikan #1: Penuh Zat Besi


Setiap kali nak checkup kehamilan, perkara penting yang perlu diambil adalah nilai hB. Ida pun kena juga.

hB darah sangat bergantung pada zat besi. Sebab itu klinik kesihatan akan bekalkan pil zat Besi untuk ibu-ibu makan.

Kurma ada kandungan zat besi yang tinggi. Sangat sesuai di makan untuk ibu hamil terutama yang ada masalah anemia sebab kurang sel darah merah.




Kebaikan #2: Kaya khasiat


Kurma mempunyai banyak sangat khasiat


Ia ada Potasium, magnesium, Kalsium, Vitamin A, Zinc dan Vitamin B untuk ibu hamil



Kebaikan #3: Mudah kenyang


Kurma ada kandungan gula yang mudah diserap. Jika ibu hamil makan kurma ketika lapar, kita akan mudah kenyang.

Bila kita mudah kenyang, ia bantu kita elak makan makanan lain secara berlebihan



Kebaikan #4 : Tinggi Potassium


Potassium sangat bagus untuk sistem saraf. Ia bantu ransang daya ingatan.

Potassium juga bantu kuatkan sistem pertahanan badan terutama cegah ibu hamil dari barah payu dara dan barah rahim




Kebaikan #5  Mudahkan Bersalin


Kurma boleh bantu mudahkan proses bersalin. Ia juga boleh bantu kecutkan rahim.

Dr zubaidi ada mengatakan perkara ini dalam link : 3 Fakta Menakjubkan Mengenai Kurma dan Proses Kelahirn



Jom makan kurma ketika hamil untuk menikmati kebaikan-kebaikannya

Sunday, October 16, 2016

ESP Shaklee - 5 Soalan Yang Beri Info Ramai Ingin Tahu


"Tak boleh ke makan bancuh lebih dari 3 sudu?"

Itulah ayat pertama yang Ida tanya kepada upline Ida selepas pertama mencuba ESP pada tahun 2012. Tahun ini dah masuk 4 tahun Ida ambil ESP.

Sedap sangat rasanya sampai nak minum banyak-banyak.

First time Ida beli sekali dengan Mealshake dan Performance Drink. Masa tu Shaklee buat ia dalam satu set dipanggal Triple Gems.

Masa tu nak minum ESP Shaklee untuk bantu tambah tenaga dan bagi kenyang lebih lama. Memang sesuai ambil waktu pagi, boleh ganti breakfast terutama untuk ibu-ibu yang aktif dan sibuk macam Ida.

Ida akan kupas 5 Soalan berikut dalam entry ini

1. ESP tu Soya ke?
2. Penting ke Protein Untuk Badan Kita?
3. Kenapa Minum ESP Kita Rasa Lebih Kenyang? 
4. Tak Boleh Telan ESP Begitu Sahaja?
5. Bagaimana Ingin Dapatkan ESP Shaklee?



ESP itu Soya ke?


ESP Soy Protein Isolate Powder ni adalah minuman protein yang memang Hot Seller Shaklee. Memang ramai yang cari.

Ia diperbuat dari kacang soya Non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya)

Ia pekat. 1 kg ESP diperbuat dari 30kg kacang soya asli.

sumber




Penting ke Protein Untuk Badan Kita?

Rasa tahu kelebihan sayur dan buah sebab banyak vitamin dan nutrien. Tapi tak ramai yang tahu protein pun jauh lebih penting untuk badan kita.

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM



Struktur badan kita terdiri daripada SEL. 

Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem. 

 Oleh sebab itu, badan kita SANGAT memerlukan PROTEIN.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya PROTEIN adalah makanan utama bagi sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

sumber

Sekarang dah tahu kan kenapa kena ambil protein?

Cuba bayangkan kalau rumah kita tu dibina dengan bata lopong sana lopong sini. Rasa-rasa selamat tak nak duduk?



Kenapa Minum ESP Kita Rasa Lebih Kenyang?


Anda mungkin ingat semua makanan sama aje, tapi sebenarnya ada makanan boleh buat anda kenyang lebih lama, ada yang tidak.

Makan oat akan bagi kita kenyang lebih lama dari makan nasi.

Makan roti yang penuh serat buat kita kenyang lebih lama dari makan roti putih



Macamana nak tahu makanan mana buat kita lebih kenyang, makanan mana yang tidak?

Kita boleh cek Indeks Glisemik makanan tersebut.



Indeks Glisemik tunjuk bagaimana satu-satu makanan karbohidrat itu boleh beri kesan kepada paras gula dalam darah.

Makanan yang ada Indeks Glisemik tinggi akan menyebabkan paras gula dalam darah naik segera dengan tinggi kerana makanan tersebut mudah ditukar kepada glukosa.

Makan makanan ada Indeks Glisemik yang rendah bukan sahaja boleh bantu kita bertenaga pada kadar yang lama, tetapi juga penting untuk kawal paras gula dalam darah supaya tidak terkena kencing manis.

Indeks Glisemik untuk ESP Shaklee adalah rendah iaitu bawah dari 55

Oleh sebab itu, ia sangat sesuai di minum oleh semua orang untuk kekal kenyang dengan lebih lama.



Tak Boleh Telan ESP Begitu Sahaja?

Sebenarnya ESP ni boleh dipelbagaikan cara bancuhnya.



Resepi ESP #1

ESP + Madu
ESP + Twister
ESP + Air Bandung
ESP + Milo





Resepi ESP #2 

ESP + Avocado + Madu
ESP + Nesvita
ESP + Yogurt Bliss
ESP + Ribena





Resepi ESP #3

ESP + Serbuk Koko
ESP + Horlicks
ESP + Susu Segar
ESP + Performance Drink


[Video] Cara Bancuh ESP Shaklee





Bagaimana Ingin Dapatkan ESP Shaklee?

Satu tin ESP berharga RM150 sahaja.

Untuk membeli sendiri ESP Shaklee menggunakan kad kredit, anda boleh klik di sini.

Ataupun ikuti langkah seperti di bawah



Friday, October 14, 2016

Dari Dicadangkan Gagal, Pelajar Ini Bangkit Mendapat Tempat Kedua Pertandingan Projek Terbaik

"Eh, bukan dua orang budak ni yang akak kata nak gagalkan tu ke?"

"Budak ni kan yang asyik kena panggil setiap kali kelas sebab lewat hadir?"

Beberapa soalan saya terima kerana dua pelajar bertuah bawah penyeliaan saya ini.

Beberapa hari lepas, jabatan kami ada membuat Hari Projek di mana semua pelajar semester akhir akan berkumpul mempamerkan projek akhir masing-masing.

Mereka perlu bersedia dengan projek hardware/ software yang berfungsi sepenuhnya beserta persediaan untuk presentation menerangkan tentang projek mereka.






Ingatkan Dah Gagal


Di bawah penyeliaan saya, terdapat 2 kumpulan pelajar projek. Salah satu kumpulan darinya terdiri dari 2 orang pelajar hebat.

Performance mereka sepanjang semester sebenarnya tidak berapa memuaskan. Sebagai penyelia, saya tidak berapa gembira dengan performance mereka dan pernah terfikir bahawa mereka tiada harapan dan masa depan yang cerah.

Keadaan agak berlanjutan 2 minggu terakhir sebelum presentation.

Saya beranggapan mereka perlu extent projek mereka untuk jangka masa lagi, tetapi rupanya semangat yang ditonjolkan sangat mengagumkan.





Usaha Yang Mengagumkan

Dalam dua minggu terakhir, rupanya dalam diam mereka telah membuat persiapan di rumah dan berusaha bersungguh-sungguh memastikan projek mereka berjaya berfungsi.

Mereka send gambar produk yang mereka usahakan siap dengan baik, dan berusaha untuk pastikan ia berfungsi seperti yang saya mahukan.


Tiga hari sebelum presentation, saya meminta mereka hadir pada waktu cuti untuk memberi penyeliaan akhir sebelum presentation.

Pada ketika itu, saya sangat kagum dengan hasil produk yang baik dan komitmen mereka sangat tidak dijangka. 


Status FB ketika menyelia mereka di hari cuti


5 jam yang diluangkan di hari Sabtu Ahad sangat dimanfaatkan dan satu conversation saya bersama mereka yang tidak boleh saya lupa:

"Awak buatlah betul-betul, kalau awak menang nanti, dapat hadiah cash dan duit yang awak  guna untuk hasilkan model ini boleh balik modal" 

Kata saya sambil berseloroh.

Dan ia benar-benar satu DOA

Nilai hadiah yang mereka terima betul-betul SAMA dengan nilai harga kos yang mereka keluarkan untuk model projek yang laburkan.

Mereka berjaya mendapat Tempat Kedua Pertandingan Best Project Award 2016




Mewakili Jabatan dalam pameran peringkat Politeknik



Inspirasi Yang Saya Belajar dari Mereka


1. Setiap kali saya berjumpa pelajar bermasalah, saya tidak pernah label dengan masa lampau mereka. Setiap masa lampau mereka adalah benda yang pernah berlaku dan tidak boleh ubah.

Kita hanya boleh ubah masa depan mereka dengan let them believe mereka ada masa depan yang baik.


2. "Kita tak boleh ubah orang, apa yang kita boleh ubah adalah pandangan mereka terhadap sesuatu". Kata-kata motivasi ini saya dapat dari seorang motivator dalam radio ikim.

Untuk berubah, hanya diri mereka sahaja yang boleh ubah. Kita hanya bantu mereka ubah paradigma mereka. Apabila paradigma/pandangan mereka berubah, mereka sendiri akan berubah tanpa kita minta.


3. Memaafkan dan memberi peluang kedua adalah sukar, tetapi ajaibnya ia benar-benar boleh ubah dalaman seseorang melalui niat yang ikhlas.


4. Setiap orang ada kemampuan mereka tersendiri. Mungkin hari ini tidak berjaya, tetapi esok mungkin ada harapan pula.


Inspirasi hadir dari pelbagai sumber. Yang penting, ia hanya akan hadir dari 'filter' dalam minda kita.
Kita lihat sebagai negatif, ia hadir menjadi bala.
Sebaliknya apabila Kita anggap ia positif, ia akan hadir memberi inspirasi.

Eh, dah boleh buat buku motivasi pula.
Terima kasih kerana membaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...