Tips Sihat Selalu

Sihat Untuk Bahagia

  • Home
  • About me
  • Pakej Set Shaklee
  • Hubungi

7 Tips Kurangkan Rambut Gugur Lepas Bersalin Yang Ramai Wanita Tercari-cari

19 February 2015 by Tips Sihat Selalu Leave a Comment

Rambut gugur lepas bersalin memang mimpi ngeri. Bila mandi aje rasa takut tengok rambut gugur kat lantai bilik air yang sangat banyak. 

Ketika mengandung tiada pula masalah ni, tetapi lepas bersalin, rambut yang gugur dah tak terkawal. Sikat sikit aje, penuh rambut kat sikat. Bukan sikit-sikit gugurnya, naik nipis dah rambut ni.

Suami pula dah mula tegur perubahan pada rambut. Makin lama makin nipis. Jarang suami tegur perubahan pada diri. Jika dia dah mula bersuara, memang serius ni.

Stressnya!

Sahabat saya ni hampir botak sebab rambut gugur. Jom klik video di bawah untuk tahu apa dia buat supaya suami tak terkejut tengok isteri rambut nipis.







Punca Utama Rambut Gugur Lepas Bersalin

Rambut gugur lepas bersalin sebenarnya normal. Istilah medikal kita panggil Telogen Effluvium. Rupanya menurut laman web Wikihow.com, hampir 50% wanita mengalami rambut gugur lepas bersalin.

Punca utama adalah perubahan hormon. Semasa kita hamil, hormon progesteron dan estrogen dalam badan sangat tinggi. Masa tu jarang ada masalah rambut gugur sebab hormon ni lah yang menyebabkan rambut kita berada dalam fasa pertumbuhan.

Sebab tu masa hamil, rambut kita lebih berkilat dan bersinar. Kita pun nampak lebih berseri-seri.

Lepas bersalin, hormon-hormon ini akan turun jadi normal. Sebab tu lah masalah rambut gugur berlaku terutama semasa anak kita umur tiga hingga 4 bulan.

Menurut kepercayaan orang tua, punca rambut kita gugur adalah kerana anak suka main air liur dan menyembur-nyemburkan air liurnya.

Berikut adalah 7 Tips Elak Rambut Gugur yang boleh dicuba.

Tips Elak Rambut Gugur #1: Elak Ikat Rambut dan Dandan Terlalu Ketat


Wanita memang gemar ikat rambut terutama yang berambut panjang. Nampak lebih kemas dan menarik.

Ada yang buat tocang dua, ikat ponytail, dan ada yang ikat berjalin.

Namun, ketika fasa rambut gugur ni, anda boleh kurangkan mengikat dan dandan rambut. Ini kerana tekanan dan regangan akan menyebabkan rambut lebih mudah gugur berbanding dibiarkan lepas.

Tips Elak Rambut Gugur #2: Kekalkan diet sihat termasuk Buah-buahan dan Sayuran

Pemakanan memang sangat penting untuk kekal sihat. Buah-buahan dan sayuran sangat penting dimakan untuk bantu kurangkan masalah rambut gugur.

Buah-buahan dan sayur-sayuran ada flavonoids dan antioksida yang lindungi folikel rambut.

Ia boleh cepatkan tumbuhnya rambut baru sebagai ganti rambut gugur selepas bersalin.

Tips Elak Rambut Gugur #3: Sikat rambut dengan sikat yang Bergigi Jarang

Menyikat rambut boleh buat rambut lagi banyak gugur terutama bila rambut basah. Kita akan menarik rambut dengan sedikit kuat apabila menyikat.

Sedih tengok banyaknya rambut gugur dan tersekat di sikat. Penuh tapak tangan.

Tapi, takkan tak sikat pula terutama bila lepas mandi kan?

Gunakan Sikat yang bergigi jarang untuk elak lebih banyak rambut gugur. Rambut pun nampak lebih kemas berbanding jika tidak disikat.

Tips Elak Rambut Gugur #4: Pendekkan Rambut




Pendekkan rambut supaya dapat kurang tarikan pada folikel rambut. Rambut yang lebih pendek mudah diuruskan dan nampak lebih lebat dan sihat.

Potong hujung rambut yang bercabang. Rambut bercambang akan menyebabkan rambut kita kurang sihat.

Tips Elak Rambut Gugur #5: Kurangkan Penggunaan Alat Pemanas Rambut


Banyak alat pemanas yang kita guna untuk ubah style rambut perlu dikurangkan. Alat kerinting dan alat pelurus rambut yang menggunakan iron pemanas harus dielakkan dahulu.

Paling kurang pun bila rambut basah, tak perlu blow guna dryer bagi rambut kering. Biarkan rambut yang basah kering sendiri secara semulajadi untuk elak lebih banyak rambut gugur.

Tips Elak Rambut Gugur #6: Elak dari Stress


Wanita baru lepas bersalin dan ada anak kecil memang stress. Anak kecil memang banyak kerenah dan si ibu perlu banyak bersabar terutama kepada ibu baru. Tenang-tenangkan diri dan elak dari stress yang keterlaluan.

Stress boleh buatkan rambut gugur dan rambut menjadi makin nipis.

Tips Elak Rambut Gugur #7:Ambil supplemen dan makanan tambahan anda

Ambil makanan tambahan, supplement dan vitamin untuk menguatkan rambut dan kesihatan. Bcompleks, Vitamin E dan Zinc boleh bantu kuatkan rambut.

http://www.wikihow.com/Prevent-Hair-Loss-After-Pregnancy

Zinc Complex Shaklee

Zinc adalah mineral yang sangat penting untuk kita. Ianya diperlukan untuk membentuk enzim dan hormon penting dalam tubuh badan selain memeliharanya.

Zinc berfungsi sebagai perantara bagi lebih 100 jenis enzim dalam tubuh manusia dalam berperanan secara lansung untuk metabolisma seluruh sel didalam tubuh kita.

Zinc juga perlu untuk proses pembentukan genetik iaitu pada DNA dan zinc turut mengaktifkan deria rasa dan lidah kita.

Zinc Untuk Rambut Gugur

Zinc juga boleh bantu untuk kurangkan rambut gugur.

Testimoni #1

Sharing is caring. Just nak share testimoni sendiri…alhamdulillah dh hampir sebulan menggunakan Zinc Complex…rambut gugur dah kurang..dulu kalau x bila sikat aje.. mesti byk  rambut gugur…thanks ZINC COMPLEX

Testimoni #2


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Hari ni excited sgt nak kongsikan pengalaman ina mengamalkan zink complex shaklee..Ina baru lepas bersalin anak pertama..mak ada bgtau, klu anak dah start main2 bueh dalam mulut dengan air liur dia, rambut ibu akn gugur..mula2 tu cm xnk percaya je..sbb rmbut ok je..

tp bila ank da masuk 3bulan dia da start main buih dlm mulut, rambut mula gugur..mula2 berhelai helai..makin hari berpuluh2 helai..tuhan je yang tahu betapa takutnya setiap kali nak sikat rambut..yg lagi merimaskan, bila anak da pandai masukkn jari dlm mulut..kdg2 tu ada rmbut ina kt tangan dia..stress sgt time tu..akhirnya ina cuba mkn zink complex shaklee..alhmdulillh baru 4hari makan, rambut da kurang gugur..klula rambut ni bkn aurat bg wanita, lama da ina snap buat testimoni..hehe.,alhmdulillah, masalah rambut gugur dapat ina atasi dgn zink complex juga dengan izinNya..kepada kawan2 yg ada masalah keguguran rambut ni xkisahla ada ank atau belum, sebut je rambut gugur, cubala zink complex shaklee.terbaikkkk!!!




Testimoni #3

As salam..saya nak share tentang ZINC..
testimoni sendiri yea..sya ambil zinc nie sebab rambut saya selalu gugur selepas melahirkan ..

x tahan sangat sampai ada yg botak2 dah rambut nie..huhuhu…so jalan penyelesaiannya sy amalkan zinc.. x sampai seminggu sya dah nampak perubahannya, rambut dah kurang gugur..Alhamdulillah….suke sangat

Dapatkan ZINC COMPLEX  Anda Hari INI.
Atau hubungi PENGEDAR ANDA : (sila ikut cara order di bawah)

Related posts:

Setelah 2 Minggu Luka Jahitan Bersalin Masih Sakit, Wanita Ini Menyesal Tidak Lakukan Sesuatu Kekurangan Zink : Rambut Gugur dan Hilang Selera Makan? Vitamin untuk Sakit Sendi dan Lutut Yang Ramai Cari

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Rambut Gugur, Rambut Gugur Lepas Bersalin, Testimoni Zinc Complex, Zinc

Please follow & like us :)

Follow by Email
Facebook
Facebook
Google+
http://www.tipsihatselalu.com/2015/02/8-tips-kurangkan-rambut-gugur-lepas.html">
Twitter
YouTube

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Hubungi Saya

Tags

Alfalfa B Complex Carotomax Cinch Energy Tea Mix Collagen Shaklee CoQ10 CoQHealth Plus Diabetes Energizing Soy Protein ESP Garlic Shaklee Gla Complex Kanser Kebaikan dan Kelebihan Kurma Kencing Manis Mealshake Mengawal Stress Menghilangkan Parut Motivasi Nutriferon Omega Guard Ostematrix Pengedar di Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor Pengedar Shaklee Selangor Peppermint-Ginger Plus Performance Drink Punca Sakit Jantung Rabun Mata Rawat Diabetes Resepi Sakit Jantung Sembelit Set Berpantang Shaklee Testimoni ESP Testimoni GLA Compleks Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tips Untuk Muka Cantik. VitaLea Vitalea For Children Vitamin C Vitamin E Vivix Zinc

Follow me

  • Kelebihan Ahli Shaklee
  • Shaklee Branch

Artikel Terkini

  • 7 Punca Eye Bag dan Cara Hilangkannya – Mesti Cuba!
  • 4 Gaya Hidup Yang Boleh Rendahkan Paras Kolestrol Supaya Tidak Kena Strok
  • Boleh Kurangkan Risiko Barah? Ini 6 Kelebihan Menyusu Anak Untuk Kesihatan Si Ibu
  • 8 Bahan Semulajadi Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam
  • 3 Langkah Mudah Untuk Join Virtual Run

Komen terkini

  • Sue Ellen on Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
  • Vie on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • linda on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • Kin on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • 6 Tanda Seorang Wanita Itu Subur Menurut Kata Dr Zubaidi | Tips Sihat Selalu on E-SELL : 10 Panduan Mudah Beli Sendiri Vitamin Shaklee (Step By Step)
  • Pengalaman Bersalin Amin (Anak ke 4) | Tips Sihat Selalu on Pengalaman Bersalin Abid (Anak ke 3)
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat | myBerita | Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Siakap Keli on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Jaja | Youth Skincare on Tips Ubati Kencing Manis Sampai Terkejut Bacaan Gula Jadi Normal

Entry

  • November 2018 (5)
  • October 2018 (7)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (2)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (2)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • October 2017 (1)
  • September 2017 (1)
  • August 2017 (4)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (4)
  • April 2017 (7)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (2)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (6)
  • October 2016 (7)
  • September 2016 (39)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (9)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (5)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (5)
  • January 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • September 2015 (5)
  • August 2015 (4)
  • July 2015 (19)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (1)
  • April 2015 (1)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (3)
  • December 2014 (8)
  • November 2014 (8)
  • October 2014 (20)
  • September 2014 (17)
  • August 2014 (9)
  • July 2014 (3)
  • June 2014 (4)
  • May 2014 (8)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (7)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (19)
  • November 2013 (7)
  • September 2013 (14)
  • August 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (1)
  • May 2013 (7)
  • April 2013 (12)
  • March 2013 (3)
  • December 2012 (3)
  • November 2012 (2)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (3)

Copyright © 2021 · Tip Sihat Selalu on Genesis Framework · WordPress · Log in