Tips Sihat Selalu

Sihat Untuk Bahagia

  • Home
  • About me
  • Pakej Set Shaklee
  • Hubungi

Sejak Ia Hilangkan Gemuruh Saya, Kini Saya Jadikan Ia Hobi

18 October 2014 by Tips Sihat Selalu 12 Comments

Mesti tertanya-tanya apa bendanya kan?
Nampak suspen
Tapi ia satu perkara mustahil yang kini jadi tidak mustahil kerana HOBI baru saya ini.

Satu ketika dahulu, saya seorang yang mempunyai darah gemuruh yang sangat kritikal. Saya seorang yang adventure, saya sukakan cabaran, tetapi kelemahan ini telah menyebabkan banyak benda saya mustahil nak capai.

Walaupun ada kelemahan ini, saya tetap seorang pemimpin satu ketika dahulu.

Saya seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti saya satu tika dulu. Memikirkan betapa teruknya saya bercakap sebagai seorang leader dahulu kerana gemuruh, saya telah isytihar salah satu perkara mustahil untuk saya adalah menjadi pengacara majlis. Haha.

Perkara paling memalukan bagi saya adalah ketika satu conference yang saya hadiri di USM. Salah seorang panel ketika itu adalah menteri. Saya hanya ingin bertanya soalan, tetapi kerana gemuruh, mulut saya yang bergerak, suara tak keluar.

Bersama Arwah Dr Lo Lo ketika ke Kongres bersama adik

Salah seorang pemimpin tertinggi di Kolej di UPM

Ahli panel kesian kat saya, sehingga menyuruh saya tulis soalan pada kertas. Saya sangat malu.

Saya berjaya melepasi ujian bertulis lapisan pertama Pegawat Tadbir Diplomatik (PTD), tetapi kerana saya gemuruh, saya gagal melepasi ujian public speaking.

Gemuruh saya tetap ada walaupun saya menjadi pensyarah.

Jika saya perlu handle meeting yang dihadiri oleh 5 – 6 orang sekalipun dikalangan rakan sekerja, saya tetap tak boleh control gemuruh saya.

Macam-macam cadangan untuk hilangkan gemuruh saya buat, tapi tak semua jadi sehinggalah saya jumpa buku ini.

Buku Magic Saya

Betul.

Buku yang berjaya hilangkan gemuruh saya. Seingat saya, buku ini saya terfikir nak beli dari group coaching Shaklee saya.
Bab ke 3 dari buku ini sangat membuka mata saya. Build Confidence, Conquer Fear. Page 49.
Rupanya masalah gemuruh saya adalah berpunca dari kurang confidence pada diri saya sendiri. Saya sangat memikirkan apa orang kata kepada saya, saya rasa ‘kecil’ berbanding orang lain. 

“Keep this two points in mind when dealing with people. first: the other fellow is important. Emphatically, he is important. Every human being is. 

But remember this, also: You are important too. So, when you meet another person, make it a policy to think,”We’re just two important people sitting down to discuss something of mutual interest and benifits”

Ada banyak lagi kata-kata dalam buku itu yang mengetuk minda saya, saya tak patut rasa ‘kecil’ lagi berbanding orang lain. 
Dan, automatik, darah gemuruh saya berkurang. Kini saya boleh bercakap dengan selesa bersama orang lain. Oh bahagia. 

Yang kelakarnya, sejurus selepas saya baca bab itu, saya terus ingin tegur ketua jabatan saya, yang selama ini kalau saya nampak beliau dari jauh, saya pasti pusing cari jalan lain supaya tidak bertembung. Kantoi! hahaha.

Panjangnya cerita sebelum saya declare apa HOBI saya.

Ya. Hobi saya adalah Membaca Buku Self Help / Motivasi

Buku Favourite saya sehingga kini adalah THINK BIG. 

5 Buku Self Help Favourite saya adalah:

1) Law of Universal Attraction

2) Who Move My Cheese

3) No Excuse from Brian Tracy

4) 21 Kunci Pemimpin Efektif

5) The Success Principle Edisi Bahasa Melayu

Dan banyak lagi buku Self Help yang saya kumpul sikit demi sikit.

Saya tidak suka membaca satu tika dulu. Benarlah apa yang Dr. Muhaya kata. Kita adalah apa yang kita baca. Banyak perkara baru saya belajar dari membaca.

  • Saya belajar buat Vision Board dari buku Law of Universal Attraction
  • Saya dah kurang layan perasaan frust bila gagal buat sesuatu, kesan dari buku Who Moved My Cheese
  • Saya kejar mentor-mentor, hadiri pelbagai majlis ilmu walau ada halangan, hasil ‘hasutan’ dari buku No Excuse.
  • Saya sedar saya perlu buat mentee saya rasa dihargai dan termotivasi selepas baca buku 21 Kunci Effektif
  • Dan saya belajar bagaimana menulis impian dengan betul dari buku Success Principle Edisi Bahasa Melayu. 

Walaupun asyik kena bebel dengan suami kerana buku-buku saya tidak tersusun dan di mana-mana ada terutama berdekatan dengan katil (masa membaca saya adalah ketika baring menyusukan anak dan sebelum tidur), saya doa semoga Allah kekalkan hobi saya ini kerana banyak lagi benda tak elok saya nak ubah dari dalam diri saya.

Ayat macam POYO. Yes POYO is stand for Proud Of Your Own.

Terima Kasih Mentor dalam Shaklee yang banyak ajar saya perkara yang saya tak tahu selama ini. Perubahan besar dalam diri saya selepas masuk Shaklee bukanlah bonus 4 angka yang saya dapat setiap bulan, tapi A NEW ME. Perubahan kepada seorang yang berbeza dari sebelum ini.

Syukur. Alhamdulillah.

Related posts:

4 Ilmu Parenting Yang Betulkan Salah Faham Cara Saya Didik Anak Selama Ini 3 Tempat Yang Menjadi Percutian Idaman Saya | Cabaran 7 Hari Entry Review Buku Diagnosis 2: Terasa Seakan-akan Seorang Doktor

Filed Under: Uncategorized

Please follow & like us :)

Follow by Email
Facebook
Facebook
Google+
http://www.tipsihatselalu.com/2014/10/sejak-ia-hilangkan-gemuruh-saya-kini.html">
Twitter
YouTube

Comments

  1. Nurru Adila says

    19 October 2014 at 3:20 am

    terbaekkkk kak ida! 🙂

    Reply
  2. zai hasnie says

    19 October 2014 at 1:00 pm

    wau wee…sokmo terinspire dgn akak sorang ni:)

    Reply
  3. admintss says

    19 October 2014 at 3:53 pm

    terima kasih Nurru

    hahaha. zai hasnie, aura akak kan kuat. kih kih

    Reply
  4. MamaBard says

    19 October 2014 at 5:24 pm

    saya rasa saya pun perlu cari buku ni..sebab saya pun jenis yang gemuruh macam ni..

    Reply
  5. MommyLotte says

    20 October 2014 at 12:49 am

    Suka ayat POYO tu.hehe..betullah, kita pun gemuruh, sebab asyik fikir pandangan org lain, walhal, depa tak fikir apa pun, just interested to know what we want to say. 🙂

    Reply
  6. Nurhalawa Md Yusof says

    20 October 2014 at 4:34 am

    LUA sangat memberi inspirasi kepada saya. InshaAllah akan cuba dapatkan beberapa lagi seperti yang sis suggest ni..

    I am inspired!

    Reply
  7. MyLife Ria says

    20 October 2014 at 7:38 am

    Salam kenal ida 🙂

    Thanks for sharing!

    Reply
  8. Ummi Abida says

    20 October 2014 at 10:22 am

    Hebat buku2 ni, dan hebat mereka2 yang membacanya. insyaAllah saya pun nak baca juga buku2 ni. kasi motivasi untuk hilangkan gemuruh ketika bercakap dengan orang.

    "Gemuruh Jiwa, Semangat Membara…" Opss.. hihi

    Salam Perkenalan!

    Reply
  9. Rika Oktavia says

    20 October 2014 at 3:39 pm

    rasanya semua org ada darah gemuruh, cuma bagaimana kita mampu kontrol kan. Terima kasih berkongsi :-).

    Reply
  10. Ani Fauzia says

    21 October 2014 at 3:54 pm

    Salam ukhwah!

    Saya dulu pun ada darah gemuruh ni… Tapi yg terbaliknya, bila gemuruh saya bercakap non stop. Kadang2 otak tak pikir lagi, tapi mulut dah laju. huhu. Masalah juga tu.

    Saya pun suka buku Who Moved My Cheese tu. Cerita yg simple dlm olahan pendek mcm buku cerita lebih memberi kesan dr buku yg penuh dengan kata2 serius. Saya juga sukakan buku Peak & Valleys (dr author yg sama).

    Terasa dekat bila baca entry ni. Selamat berkenalan!

    Reply
  11. Suhailah Agen Shaklee says

    23 October 2014 at 6:33 am

    sangat menarik.. saya pun dah lama tak amalkan membaca..

    Reply
  12. norfaziela mohd noor says

    23 October 2014 at 12:41 pm

    SAYA PUN ADA MASALAH YANG SAMA DENGAN puan, darah gemuruh. Mungkin di sebabkan kurang keyakinana diri kot. kalau kena present kat depan. Memang tergagap-gagap. Sekarang pun masih ada lagi. Nak cuba buku yang puan cadangkan insyaAllah. Semoga dapat membantu mengatasi masalah saya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Hubungi Saya

Tags

Alfalfa B Complex Carotomax Cinch Energy Tea Mix Collagen Shaklee CoQ10 CoQHealth Plus Diabetes Energizing Soy Protein ESP Garlic Shaklee Gla Complex Kanser Kebaikan dan Kelebihan Kurma Kencing Manis Mealshake Mengawal Stress Menghilangkan Parut Motivasi Nutriferon Omega Guard Ostematrix Pengedar di Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor Pengedar Shaklee Selangor Peppermint-Ginger Plus Performance Drink Punca Sakit Jantung Rabun Mata Rawat Diabetes Resepi Sakit Jantung Sembelit Set Berpantang Shaklee Testimoni ESP Testimoni GLA Compleks Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tips Untuk Muka Cantik. VitaLea Vitalea For Children Vitamin C Vitamin E Vivix Zinc

Follow me

  • Kelebihan Ahli Shaklee
  • Shaklee Branch

Artikel Terkini

  • 7 Punca Eye Bag dan Cara Hilangkannya – Mesti Cuba!
  • 4 Gaya Hidup Yang Boleh Rendahkan Paras Kolestrol Supaya Tidak Kena Strok
  • Boleh Kurangkan Risiko Barah? Ini 6 Kelebihan Menyusu Anak Untuk Kesihatan Si Ibu
  • 8 Bahan Semulajadi Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam
  • 3 Langkah Mudah Untuk Join Virtual Run

Komen terkini

  • Sue Ellen on Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
  • Vie on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • linda on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • Kin on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • 6 Tanda Seorang Wanita Itu Subur Menurut Kata Dr Zubaidi | Tips Sihat Selalu on E-SELL : 10 Panduan Mudah Beli Sendiri Vitamin Shaklee (Step By Step)
  • Pengalaman Bersalin Amin (Anak ke 4) | Tips Sihat Selalu on Pengalaman Bersalin Abid (Anak ke 3)
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat | myBerita | Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Siakap Keli on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Jaja | Youth Skincare on Tips Ubati Kencing Manis Sampai Terkejut Bacaan Gula Jadi Normal

Entry

  • November 2018 (5)
  • October 2018 (7)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (2)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (2)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • October 2017 (1)
  • September 2017 (1)
  • August 2017 (4)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (4)
  • April 2017 (7)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (2)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (6)
  • October 2016 (7)
  • September 2016 (39)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (9)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (5)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (5)
  • January 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • September 2015 (5)
  • August 2015 (4)
  • July 2015 (19)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (1)
  • April 2015 (1)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (3)
  • December 2014 (8)
  • November 2014 (8)
  • October 2014 (20)
  • September 2014 (17)
  • August 2014 (9)
  • July 2014 (3)
  • June 2014 (4)
  • May 2014 (8)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (7)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (19)
  • November 2013 (7)
  • September 2013 (14)
  • August 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (1)
  • May 2013 (7)
  • April 2013 (12)
  • March 2013 (3)
  • December 2012 (3)
  • November 2012 (2)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (3)

Copyright © 2021 · Tip Sihat Selalu on Genesis Framework · WordPress · Log in