Sunday, October 5, 2014

15 Tanda Anda Mungkin Ada Migrain

Arghhhh.
Sakitnya migrain. Hanya yang pernah alami sahaja yang tahu.

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara kerap. Sangat sakit dan siapa yang kena migrain akan rasa denyut di sebelah sahaja bahagian kepala. Berguling-guling nak tahan sakit migrain.

Orang yang teruk kena migrain ada yang sampai muntah, loya. Tak boleh kena cahaya, sensitif pada bunyi. Paling kurang kalau kena migrain sampai 4 jam, ada yang kena sampai 3 hari.

Bila kena serangan migrain, satu kerja tak boleh buat. Tidur pun tak boleh sebab sakit sangat. Kena makan painkiller baru lega. Makan painkiller banyak-banyak pun bahaya, boleh effect buah pinggang.

Tapi nak buat macamana, kalau dah sakit sangat migrain, terpaksa telan jugak.


Nak tahu tanda-tanda kena migrain?



Sebelum tu, kawal kesabaran boleh bantu kita untuk kurangkan sakit migrain. Jangan marah-marah macam seorang suami dalam video ni. Anda pasti tak percaya apa yang beliau katakan kepada isterinya. Takut wei.


Suami Garang takpi Penyayang.. Dalam hati ada taman from iReach HD on Vimeo.



Jom semak 15 tanda anda mungkin ada migrain.






Tanda Migrain #1: Aura
Ada ketika orang migrain nampak macam ada bintik-bintik cahaya kat mata, ada garisan cahaya. Ia berbeza ikut orang. Ada yang bentuk zig zag.

Aura ni tak semestinya tanda migrain, tapi kebanyakan orang migrain akan nampak. Punca aura ni mungkin sebab berlaku gangguan pada saraf otak dan disusuli dengan sakit kepala.






Tanda Migrain #2: Rasa Tertekan
Orang migrain akan rasa tiba-tiba mood jadi down dan tertekan. Kajian dari American Academy of Neurology 2010 menunjukkan rasa tertekan yang terlalu kerap boleh menyebabkan migrain jadi lebih teruk.






Tanda Migrain #3: Kurang Tidur
Orang yang migrain akan tak dapat tidur dengan lena, bangun tidur dengan lesu sebab kerap kena serangan migrain. Ramai yang kena insomnia atau susah nak tidur kesan dari migrain.

Kurang tidur dan migrain pun ada kaitan lain, di mana orang yang kurang tidur juga boleh jadi penyebab migrain.





Tanda Migrain #4: Hidung tersumbat atau mata berair.
Sesetengah orang yang ada migrain mempunyai simptom sinus atau macam resdung. Hidung tersumbat, mata sembab dan kadang-kadang keluar air mata.

Satu kajian menunjukkan 90% dari mereka yang ada sakit kepala sebab sinus atau resdung mempunyai migrain.(kajian dari GlaxoSmithKline, pengeluar ubat migrain)






Tanda Migrain #5: Keinginan makan yang tinggi
Sebelum serangan migrain, sesetengah pesakit migrain akan ada keinginan makan yang tinggi. Keinginan makan coklat adalah salah satu contoh biasa.






Tanda Migrain #6: Sakit Berdenyut di Sebelah Kepala atau di Kedua-dua belah kepala
Simptom atau tanda ini adalah paling biasa di kalangan orang yang kena migrain. Biasanya ia adalah rasa sakit pada sebelah kepala sahaja.

Dari satu survey online yang dijalankan di kalangan pesakit migrain, 50% selalu mengalami tanda ini dan 34% sahaja yang merasakannya tidak terlalu kerap.







Tanda Migrain #7: Sakit belakang mata
Sakit migrain kadang-kadang di rasai di belakang mata. Ada yang ingat ia disebabkan oleh mata letih, tapi sebenarnya ia adalah tanda sakit kepala dan migrain.





Tanda Migrain #8: Sakit Tengkuk
Sebelum kena migrain, ada beberapa pesakit menyatakan yang tengkuk mereka sakit. Ada juga yang kena sakit tengkuk lepas migrain.

Satu kajian online mendapati 38% pesakit selalu rasa sakit tengkuk dan 31% daripadanya hanya merasai sakit tengkuk kadang-kadang sahaja.





Tanda migrain #9: Kerap kencing
Jika anda merasai simptom kerap ke tandas, anda mungkin mengalami migrain. Ia mungkin fasa pencetus kepada migrain yang berlaku mungkin awal sejam dari kena migrain atau boleh jadi awal 2 hari dari sakit migrain






Tanda migrain #10: Kerap menguap
Kerap menguap juga mungkin tanda migrain akan menyerang. Ia tidak seperti menguap disebabkan mengantuk malah ia lebih kerap berbanding biasa.





Tanda migrain #11: Kebas atau hilang deria rasa
Orang yang kena migrain ada juga yang rasa kebas bermula hujung jari naik ke tangan dan sehingga muka.






Tanda migrain #12: Loya dan muntah
Satu kajian yang dijalankan kepada 3700 orang pesakit migrain, 73% mengalami loya dan 29% daripada muntah-muntah. Satu kajian lain mendapati pesakit migrain yang ada loya disebabkan migrain akan merasa lebih sakit dan susah nak baik berbanding yang tidak loya atau kurang rasa loya.





Tanda migrain #12: Sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau
Orang sakit migrain biasanya tak boleh berhadapan cahaya terang dan bunyi bising. Cahaya dan bunyi boleh menyebabkan sakit kepala mereka bertambah teruk. Ada juga pesakit migrain yang tidak boleh bau sesetengah bau dan bau itu boleh menyebabkan mereka bertambah sakit.





Tanda migrain #13: Aktiviti yang menyakitkan
Aktiviti biasa seperti berjalan dan naik tangga mungkin menjadi pencetus sakit migrain. Orang yang merasa sakit kepala apabila melakukan aktiviti biasa tersebut mungkin tanda ia akan diserang migrain.





Tanda migrain #14: Percakapan yang susah difahami
Percakapan orang yang kena migrain susah nak difahami.  Gangguan ini mungkin tanda migrain. Namun, jika anda mengalami masalah ini, anda harus membuat pemeriksaan doktor kerana takut ia juga tanda orang yang kena strok.





Tanda migrain #15: Lemah sebelah badan
Tanda ini dialami oleh sesetengah orang sebelum diserang migrain. Namun, ia juga tanda kepada strok dan anda harus membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkannya.

sumber : http://www.health.com


Set Migrain Shaklee





Testimoni









Dapatkan SET MIGRAIN anda hari ini


9 comments :

Syahira Serjei said...

Smua saya alami. Kcuali muntah dn loya..
And ade tambahan.. Di celah peha sy sblah kanan.. Iaitu tepi biji klntet ade ketulan atau bnjolan sbesar duit 5sen. Kalo urut ktulan tu.. Dye jdi kcil dn npis. Bila bgun pagi.. Bsar dn bgkak blik.. Migrain ke

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Najihah Zamanhuri said...

Sy sekarang tgh mengalami sakit kepale..sebelum ni pernah jugak..tapi yg sebelum ni sakit pd belakang mata..yg kali ni x sakit tapi kepale sy berdenyut lagi kuat dari sebelum ni..sy bangun tido jerr kepale berdenyut sampai sy kena ketuk2 kepala sy..same jugak time solat,bangun jerr dari sujud kepale sy sakit..batuk dgn bersin pun same..sy ade resdung..migrain ke semua ni?

hanita yeob said...

Hai... sy baru bw web ni. Sy mmg sering dpt sakit kpl...ada kah itu maigrin?. Sy dh tak tahan menanggunh sakit. Boleh tak sesiap bagi tahu..apa berlu sy bt?.

Siti Farah Fariza Bt Sabri said...

Kalau ada tanda2 tu nak buat cmna ya? Hmm

Baby Linn said...

Slalu jgak sakit tengkuk . Kepala berdenyut . Migrain serang memang tak kira umur eh ?

MaMa Chantique said...

migrain memang menyakitkan..selalu gak saya kena...time kena memang tutup lampu semua...sensitif pd cahaya..huhuhu

Aisyah Eca said...

migraine ni kene x kire umur ke? sye bru 13.semua yg tersenarai kat ats tu sye sdg menghadapinye kecuali loya & muntah tu xde pulak rase..
err..bls ye!😊

Azmah Nash said...

assalammualaikum...saya nak tya. saya ada masaalah mengantuk yang teramat sangat mcm orang yg tidak tidur semalaman sedangkan saya memang cukup tidur. Dah 4 hari mcm ni. mata ni dah pedih sbb mengantuk tu dan sampai sakit seblh tepi kepala. nyut2 tp soft2 je sakit dia. tengkuk pun sblm ni memang ada jg sakit. adakah semua yang saya rasa ni memang simtom2 saya kena migrain. selama ni saya belum pernah kena sakit ni dan jarang sangat sakit kepala. kalau bp saya tinggi tidak jg sbb saya cek sendiri d rmh. tolongla selesaikan masalah saya ni....untuk pengetahuan juga saya memang tidak minum teh atau kopi sebab saya gastrik. saya hya minum milo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...