Sunday, August 31, 2014

10 Masalah Kesihatan Yang Berkait dengan Stress Yang Anda Tidak Jangka

Stress?
Semua boleh jadi stress, ibu stress dengan kerja dan anak, pelajar stress dengan study, ayah stress nak kumpul duit untuk keluarga, yang baru kahwin stress pasal kewangan tak stabil, yang sakit stress bila nak sihat.

Anak-anak pun stress tengok mak main whatsapp dan facebook. Opsss. hihi

Rileksss.. Tarik nafas panjang-panjang.

Stress berpunca dari mental tapi tak ramai yang tahu ia boleh memudaratkan kesihatan juga. Ya, walaupun mengawal stress tidak mudah, tetapi usaha itu sangat baik diambil kerana badan kita makin tak sihat bila stress memanjang.

Jom semak 10 Masalah Kesihatan yang menjadi lebih teruk jika kita Stress.




Masalah Kesihatan #1: Sakit Jantung
Kajian mendapati seseorang yang sentiasa diselubungi stress mempunyai risiko mempunyai tekanan darah tinggi dan serangan jantung lebih tinggi. Stress boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan aliran darah, kolestrol akan terbebas lebih banyak dalam salur darah.

Secara tak langsung, bila ada yang merokok bila stress dan makan bila stress, tabiat ini akan tingkatkan risiko jantung secara tidak langsung. Doktor juga ada mengesan, stress keterlaluan yang tiba-tiba juga boleh meningkatkan masalah kardiac seperti serangan jantung.





Masalah Kesihatan #2 : Asma
Banyak kajian menunjukkan stress boleh menjadikan asma lebih teruk. Ada kajian membuktikan, masalah stress keterlaluan pada ibu atau bapa boleh meningkatkan risiko asma kepada anak.

Satu kajian mendapati, ibubapa yang stress boleh tingkatkan kadar anak terkena asma apabila pada masa yang sama ada terdedah dengan asap rokok dari ibu bapa yang merokok.




Masalah Kesihatan #3: Obesiti
Stress tingkatkan penghasilan hormon kortisol. Ia sekaligus meningkatkan kadar lemak yang tersimpan dalam badan.





Masalah Kesihatan #4: Diabetes
Stress boleh membuatkan penyakit diabetes semakin teruk dalam 2 cara. Pertama, orang stress akan makan makanan lebih gula atau yang tak sihat lebih banyak dari biasa. Kedua, stress boleh tingkatkan level glukosa dalam badan mereka yang mempunyai diabetes jenis 2 secara langsung.





Masalah Kesihatan #5: Sakit Kepala
Stress adalah sebab utama ramai yang mengalami sakit kepala, dan lebih teruk lagi migrain.





Masalah Kesihatan #6: Tekanan dan Kemurungan
Stress yang kronik akan menyebabkan kadar kemurungan meningkat. Ia juga kemungkinan boleh meningkatkan bilangan pesakit mental. Satu kajian mendapati mereka yang mengalami stress di tempat kerja mempunyai 80% risiko lebih tinggi mengalami kemurungan dalam beberapa tahun selepas itu berbanding yang kurang stress




Masalah Kesihataan #7: Gastrik
Stress bukanlah punca ulcer. Tetapi, jangan main-main, ia boleh jadikan ulcer anda lebih teruk. Stress adalah faktor biasa masalah gastrik yang menyebabkan pedih ulu hati dan rasa tak selesa pada organ perkumuhan.





Masalah Kesihatan #8: Alzheimer
Satu kajian kepada binatang mendapati stress mungkin menyebabkan Alzheimer seseorang bertambah teruk sebab lesions otak akan terbentuk lebih cepat. Ada pengkaji menyatakan, nak bagi penyakit ni kurang teruk, pesakitnya mesti kurangkan stress.





Masalah Kesihatan #9: Mempercepat Penuaan
Sebenarnya ada kajian yang menunjukkan stress boleh bagi kesan kepada umur. Satu kajian membandingkan DNA ibu yang mengalami stress teruk dan ibu yang tidak stress. Ia mendapati beberapa bahagian pada chomosome mengalami penuaan lebih cepat. Stress dilihat mempercepatkan penuaan antara 9 hingga 17 tahun.

Cakap orang tua "Jangan marah-marah, nanti cepat tua" ada kebenaranya!




Masalah Kesihatan #10: Kematian Awal
Satu kajian telah dibuat untuk melihat kesan stress kepada orang tua yang menjaga pasangannya, yg mengalami stress. Didapati 63% kadar kematian adalah lebih tinggi berbanding yang biasa.

sumber: http://www.webmd.com



Friday, August 29, 2014

Testimoni Skin Care Enfuselle Shaklee : Kulit Tak Berminyak, Jerawat Kurang

"Shaklee ada pencuci muka dan skin care ke?"
"Saya ingat ada vitamin aje"

"Enfuselle? Tak pernah dengar pun."


Haaaa. Jangan terkejut ye.
Ramai yang tak tahu Shaklee ada Skin care terbaik sebaris jenama terkemuka, tapi harga berbaloi-baloi. Harga yang macam tak percaya murahnya, tapi kesan superb dan best. 

Nama Skin Care Shaklee yang best ini adalah Enfuselle.

Enfuselle ni ada 2 kategori, ada untuk kulit berminyak. Ada untuk kulit kering. Kalau kulit normal, jgn pilih Enfuselle, pilih Nutriwhite tau.


Sebelum kenal Senarai produk Enfuselle ni, Jom baca testimoni TERBAIK pengguna Enfuselle.


Testimoni #1
Nur Azratul Laila Ibu saya pakai set ini. Alhamdulilah jerawat makin kurang & minyak makin sekata.


Testimoni #2
Nurhidayah Rashid saya pun guna set ni..alhamdulillah..kulit kurang berminyak n jerawat pun kurang


Testimoni #3
Ummi Aisyah Ahmad Marzuki sy guna set ni...mmg best...muka.xberminyak dan melekit..lagi pun 8 bln bertahan guna.sebotol ni...shaklee terbaik!


Testimoni #4
June Mohd Alhamdulillah..saya puas hati dengan set ini. Jerawat makin berkurangan...




Testimoni #5
Su AnNajah saya pun..best!! muka dah takde minyak2 langsung!..tu baru pakai pencuci


Testimoni #6
Nhdbaby Diyana Sy pakai pencuci muka je..kalau duk tengah panas lama-lama pun muka x sunburn..Alhamdulillah.


Testimoni #7
Zeti Haiza Alhamdulillah.. puas hati guna set nie.... kulit dh kurang berminyak... jerawat dtg sebukan skali jer... memang pedih2 sket kt kawasan yg ader byk pores... tapi pores mengecil... ada kala kulit jd kering & mengelupas (hanya pd kawasan yg ader pimples & kulit mati).. kering & mengelupas sekejap jer... tp x la smpai rasa tegang mcm produk2 lain yg sng jmpa kt luar tu... apa pun.. kna support dgn supplement jgk..


Testimoni #8
Nas Wazir Sy mmg pakai.best sangat2..dlu klu lepas cuci muka kulit kering sgt2..pastu x letak apa2 terus berminyak2..tp lepas pakai set ni mmg beza..paling suka balancing moisturizer tu..mmg buat kulit lembut dan kurg berminyak..blackhead pun dah kurang..love it so much



Waaaahhhh.
Teruja dengar kan.
Ya. ini bukan rekaan. Ini adalah testimoni sebenar. Di bawah adalah gambar sebenar testimoni ini.





Enfuselle Skin Care




Rangkaian ENFUSELLE, 2 kategori set mempunyai:

Kategori 1: Normal to dry skin

  1. Hydrating Cleansing Lotion
  2. Hydrating Toner
  3. Hydrating Moisturizer
  4. Eye Treatment
Kategori 2: Normal to oily skin
  1. Purifying Cleansing Toner
  2. Purifying Toner
  3. Balancing Moisturizer
  4. Eye Treatment

Dapatkan Skin Care Terbaik dari Shaklee HARI INI. 


10 sebab utama sukar dapat anak / tidak subur

Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya nak cepat dapat anak. Anak adalah impian indah setiap pasangan suami istri. Apabila disahkan mengandung, si bakal ibu dan bakal bapa pasti yang paling gembira dan tak sabar-sabar nak tunggu kelahiran. Memang itulah saat yang mereka tunggu-tunggu.

Ada pasangan yang mudah dapat anak, ada juga pasangan yang perlu tunggu sampai bertahun-tahun untuk dapat anak. Ada yang dah cuba macam-macam cara, tetapi masih lagi beluma ada rezeki. Stres pun ada lebih-lebih lagi bila ramai kenalan bertanya bila nak dapat anak.

Kesian sangat kan.

Ramai yang tak tahu, punca-punca kenapa tak subur dan sukar dapat anak. Menurut web natural-fertility-info.com, ada 10 sebab utama kenapa pasangan tidak subur atau sukar dapat anak.





Sebab #1 : Kecelaruan Ovulasi
Ovulasi tu adalah proses ovari keluarkan telur untuk disenyawakan. Ia berlaku sebulan sekali. Ovulasi berlaku 2 minggu sebelum period biasanya.

Biasanya ia berlaku pada hari ke 14 jika kiraan normal. Atas nama lain, bila ovulasi tak stabil dan celaru, maka bilangan hari period jadi tak normal. Ada yang period beberapa hari aje, ada pula yang lama sampai berbulan-bulan. Normal cycle adalah 28 hari.

Hormon yang tak stabil adalah punca utama berlakunya ovulasi yang tak betul dan tak normal ni.

Rupa-rupanya ada banyak faktor yang menyebabkan hormon tak stabil ni:
- Telur tak sihat
- ada masalah pada kelenjar endokrin
- kurang nutrisi
- stress
- Xenohormones
- Gaya hidup yang tak sihat
- Kurang berat badan
- Obesiti
- Penggunaan ubatan yang mempunyai hormon, contoh pil perancang
- masalah genetik






Sebab #2 : Bilangan Sperma yang Kurang

Menurut doktor, bilangan sperma yang sihat adalah 20 juta dalam satu mL. Kurang daripada jumlah itu termasuk dalam sebab tidak subur kerana bilangan sperma yang kurang.

Ada beberapa sebab masalah sperma yang kurang"

- Gaya hidup tidak sihat - merokok, pemakanan tidak terjaga, stress, pencemaran, masalah pakaian yang ketat
- antibodi yang anti-sperma
- masalah genetik
- organ peranakan yang rosak
- Sakit contohnya sedang membuat kemoterapi barah







Sebab #3: Sperma tidak sihat
Sperma yang tidak sihat adalah termasuk motility (gerakan sperma, ekornya) dan morphology (bentuk sperma dan DNA). 25% kes ketidaksuburan adalah disebabkan sperma yang tidak sihat.

Sebab ini lebih kurang sama dengan sebab kurang sperma walaupun tidak semua lelaki yang kurang bilangan sperma mengalami sperma yang tidak sihat dan sebaliknya.






Sebab #4: Tibu Fallopio Tersumbat

Tiub fallopio adalah laluan membawa telur dari ovari ke uterus, jika ia tersumbat, telur tidak boleh keluar. Antara sebab tiub fallopio tersumbat adalah :
- Penyakit Inflamasi Pelvik (PID)
- Endometriosis
- Fibroid
- Mengandung Luar Rahim

25% daripada kes ketidaksuburan adalah disebabkan tiub fallopio yang tersumbat






Sebab #5: Endometriosis

Endometriosis adalah lebihan salutan endometrium pada uterus yang biasanya membesar bagi persediaan penerimaan telur yang disenyawakan, tetapi tidak keluar habis ketika period. Bila ia melekat pada bahagian badan yang lain dan kadang-kadang berlaku berdarahan di tempat tersebut.

35-50% ketidaksuburan pada wanita adalah disebabkan oleh endometriosis. Ia adalah 2 - 3 kali ganda dari kadar ketidaksuburan dalam masyarakat kita.





Sebab #6: Polysystic Ovary Syndrome (PCOS)

Sindrom ini terjadi adalah dari hormon badan yang tidak stabil. Bila hormon tak stabil, kitaran period terganggu, berat badan bertambah, kerintangan insulin meningkat, masalah kulit, cysts kecil di ovari dan hirsutism (lebihan bulu pada badan/rambut gugur). Tidak semua wanita yang dikesan ada PCOS ada semua simptom, ada yg ada 2 - 3 simptom sahaja. Ia dikesan dialami oleh 4-18% wanita.







Sebab #7: Telur yang tak sihat

Ada banyak faktor yang memberi kesan kepada kesihatan ovari dan telur termasuk faktor persekitaran, hormon, stress, cara hidup dan penuaan

Nota penting: Masalah bilangan folikel yang rendah dengan telur yang tidak sihat sebelum umur 40 mungkin tanda Kegagalan Ovarian Pramatang / Premature Ovarian Failure (POF)

Berikut adalah sebab-sebab telur menjadi tidak sihat.

- Gaya hidup yang tidak sihat - merokok, tak jaga makan, stress, pencemaran
- Hormon tidak seimbang
- Genetik
- Organ peranakan yang rosak
- Sakit seperti menjalani kemoterapi kerana barah
- Kecelaruan auto-immune
- Penuaan



Sebab #8  Antibodi yang anti-sperma. 

Ada kes berlaku tindakbalas disebabkan air mani. Ia mungkin boleh terjadi pada wanita dan lelaki. Antibodi terbentuk secara automatik oleh sistem imun badan yang boleh bunuh sperma. Bila antibodi ini banyak dalam badan, sperma susah nak sampai ke telur, peluang telur disenyawakan sangat tipis. Antibodi ni pun boleh bertindak kepada sperma yang berjaya mensenyawakan telur, maka berlaku keguguran.

Badan seorang lelaki boleh menghasilkan antibodi yang anti-sperma ini bila sperma ini bersentuh dengan sel imun badan mereka. Ia berlaku bila testikel luka seperti lepas pembedahan atau ada jangkitan pada kelenjar prostat. Testikel lindungi sperma dari sel imun, bila ia luka, sperma boleh mati. Lebih 70% lelaki yang mengalami vasektomi akan membentuk antibodi ini. 

Sesetengah wanita ada tindakan alahan/alergi kepada sperma pasangannya. Ia mengaktifkan sistem imun badan untuk menghasilkan antibodi yang anti-sperma yang serang sperma pasangan. Antara kes yang wujud adalah apabila tisu vagina terkena sperma dan timbul ruam atau kesakitan sebabkan oleh alahan itu. 



Sebab #9 Vas Deferens yang tersumbat. 

Vas Deferens tersumbat juga dikenali epididymis yang tersumbat. Vas Deferens ni adalah tiub yang bawa sperma yang subur. Salur Varicose pada testikel adalah punca utama ia tersumbat. Penyakit kelamin juga boleh menyebabkan ia tersumbat.


Sebab #10 Ketidaksuburan Bergabung / Ketidaksuburan yang tak dapat dikenalpasti.

Ada pasangan yang mempunyai masalah lebih dari 1 punca. 20-30% kes tidak subur / sukar dapat anak adalah disebabkan beberapa kes yang bergabung. 15% pasangan yang diperiksa juga ada yang mengalami punca ketidaksuburan yang tak dapat dikenalpasti. Kedua-dua pasangan disahkan normal tetapi masih tidak dapat hamil. 


sumber : http://natural-fertility-info.com


Produk Shaklee untuk memperbaiki hormon yang tidak stabil adalah GLA Compleks.



Ia juga boleh bantu kecutkan cyst / endometriosis






Wednesday, August 27, 2014

8 Sebab Utama Anda Pasti Nak Derma Darah Jika Anda Tahu Kelebihannya

Jika anda mahukan tawaran istimewa yang hebat lagi menguntungkan – dermalah darah dan nikmati pelbagai manfaat demi kesihatan anda. Manfaat ini mungkin menyelamatkan nyawa anda sendiri. 

Berikut adalah lapan sebab paling utama untuk menderma darah.



Sebab Menderma Darah #8: Mengurangkan berat badan

Rakyat Malaysia memang suka menjamu selera. Tetapi apabila berat badan mula meningkat, anda seharusnya berasa bimbang.

Dengan menderma darah, anda membakar 650 kalori dan menghilangkan satu paun berat untuk setiap pain darah yang didermakan. Anda hanya perlu baring sahaja. Cara bijak mengurangkan berat badan tanpa senaman!






Sebab Menderma Darah #7: Pemeriksaan kesihatan percuma

Petugas perubatan di pusat derma darah akan memberikan anda pemeriksaan kesihatan ringkas. Mereka boleh memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi.

Anda tidak perlu mengunjungi doktor dan membayar untuk mendapatkan pemeriksaan seumpamanya.






Sebab Menderma Darah #6: Wad hospital kelas 1

Jika anda dimasukkan ke hospital untuk apa jua sebab, anda mengharapkan keselesaan semasa menerima rawatan. Di Malaysia, jika anda menderma darah untuk sebilangan kalinya, anda layak menerima rawatan percuma di wad hospital kelas pertama. 

Syaratnya, anda menderma darah di Pusat Darah Negara atau hospital yang bersekutu dengannya. Sila rujuk jadual lengkap manfaat di sini: http://bit.ly/1uRPetK





Sebab Menderma Darah #5: Vaksinasi Hepatitis B

Ancaman Hepatitis B adalah sangat berbahaya – ia boleh merosakkan hati anda dan merupakan 50 hingga 100 kali lebih mudah berjangkit berbanding HIV. Kini, 1.4 juta rakyat Malaysia didapati menghidapinya.

Ambillah langkah bijak untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B. Jika anda menderma darah sebanyak dua kali setahun, anda akan mendapat vaksinasi secara percuma! Tawaran ini sah untuk pendermaan darah di Pusat Darah Negara atau hospital yang bersekutu dengannya.







Sebab Menderma Darah #4: Menambah sel darah

Menderma darah mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru.

Ia umpama menekan butang ‘reset’ pada tetapan pelayar Internet anda. Tubuh anda menjadi lebih bertenaga dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Suatu ‘pembaharuan’ yang menyegarkan!






Sebab Menderma Darah #3: Mengurangkan risiko kanser

Kanser adalah penyakit yang paling digeruni oleh semua orang. Jumlah kes kanser didapati semakin meningkat di Malaysia, iaitu daripada 32,000 kes baharu pada tahun 2008 hingga 37,400 pada tahun 2012.

Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar. Tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan pencegahan awal mengelakkan sesalan di kemudian hari.





Sebab Menderma Darah #2: Mengurangkan risiko penyakit jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia sejak 30 tahun lalu. Namun kita masih ada harapan. Dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung.

Begini caranya. Penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda. Zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang. Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda.






Sebab Menderma Darah #1: Menyatukan kita semua

Inilah sebab paling utama untuk menderma darah. Ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama. Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan perubatan.




kredit : astro.com.my


Resepi Keropok Lekor Mudah dan Sedap (Homemade)

Keropok Lekor adalah makanan popular di pantai timur Malaysia. Terengganu antara negeri yang popular dengan keropok lekor. Asas bahan keropok lekor adalah ikan yang mempunyai banyak kelebihan terutama untuk perkembangan otak.

Berikut adalah resepi homemade keropok lekor yang mudah untuk di ikut dalam sukatan kecil.



KEROPOK LEKOR (ihsan resepi dari Amalia Bundawidya)


Bahan-bahan:

1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya.
1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)

Cara-cara:


1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tp inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. So, don't worry!

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dr sukatan td) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk doh yg panjang. .

5. Rebus doh yg sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.


Ibu-ibu yang sukar dapatkan keropok lekor di bandar-bandar, boleh buat sendiri mengikut sukatan dan kelembutan yang boleh di'adjust' ikut kegemaran sendiri


Tips Tambahan



[Proses membuat Keropok Lekor]

Ada sebab kenapa perlu tambah ketulan air batu sewaktu mengadun isi ikan dan tepung. Ketulan ais bukan air dingin, ya. Berbeza keduanya.

Ini bagi memudahkan kerja mengadun supaya doh tidak melekat pada tangan / bekas.

Sepertinya kita menambahkan minyak atau butter sewaktu mengadun doh roti.
Selamat mencuba





Ibu-ibu yang Surirumah atau Berkerjaya seperti wanita dalam video di bawah(bekas Engineer) pasti nak klik video CARA ATASI LETIH dan lesu dan dapatkan tips hebat dari beliau. 

Tuesday, August 26, 2014

6 Sebab Saya Suka Beli E-Book Dari Google Play Books

Tajuk macam gempak, padahal baru first time beli ebook dari Google Play Books. Biasanya saya suka beli buku Self-Help dan Motivation di kedai-kedai buku, tapi beli ebook dari Play Books ni macam menarik. 

Maka, saya pun telah fight my fear untuk cuba beli buku guna Google Ebook.. ia sangat BEST. Serious best. 


Buku yang saya berjaya beli adalah Buku No Excuse dari Brian Tracy. Harganya cuma RM32. Pengalaman membacanya untuk first time menyebabkan saya tak sabar nak habiskan dan beli buku lain pula.

Kenapa yang tak sabar sangat tu?

Ada 6 Sebab dengan Bergambar tau (special gittewww)

Sebab 1: Tulisannya Besar, Cerah (mengikut kecerahan display handset kita), boleh baca di waktu gelap dan ada ANIMATION seperti kita selak buku (rujuk gambar dibawah).

Tabah betul saya cuba printscreen sambil selak, sampai guna 3 jari youuu.. haha







Sebab 2: Kalau kita klik perkataan yang kita tak paham lama-lama, nanti dia akan tolong kita display maksud perkataan tu. Haha. Sangat memahami I yang tak terer sangat bahasa obersi. Ahaks






Sebab 3: Ada function Highlighter. Boleh highlight note-note penting dalam ebook kita tu. Bukan colour hijau aje, kuning dan pink pun ada. Best kan?





Sebab 4: Boleh letak bookmark. So, bila kita nak cari balik mana kita stop, sangatlah mudah







 Sebab 5: Ini untuk siapa yang malas nak baca. Ada function 'Read Aloud'. So, handset ni akan keluar suara tolong bacakan. Sesuai untuk saya yang kadang-kadang malas ni. Ahaks







Sebab 6: Ebook ni bukan macam jenis download ke handset. Maka, bila kita tak bawa handset, kita boleh baca dari PC juga guna akaun gmail kita.






Menarik tak? Menarik tak?

Eh jgn silap sangka, saya tak terima komisyen apa-apa dari Google Play.

Just nak share benda baik untuk ulat buku-ulat buku yang payah nak dapatkan buku dan konon busy sangat sampai tak sempat view kat kedai buku macam saya. Eceh. 

Banyak dah wishlist nak beli.
Kena habiskan satu persatu..hihi

~ sapa guna Ipad dan Iphone pun boleh beli.. kena download google play books dulu.

Shaklee HQ Sudah Berpindah, Lebih Besar dan Menarik

Teruja saya bila dapat mesej dari Shaklee yang Home Office akan berpindah. Kini, Tempatnya lebih luas dan menarik.


Kalau dahulu, ia di Empire Subang, Kini ia berada di Bandar Sunway iaitu di The Pinnacle, bangunan tertinggi di Bandar Sunway. 

The Pinnacle ni ada 27 tingkat dan Shaklee HQ adalah di tingkat 9.


Ini adalah peta untuk ke The Pinnacle.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Home Office Shaklee yang baru (kredit gambar yoursupermom.net)


kaunter yang lebih banyak, ruang menunggu lebih luas

Meja-meja kecil sesuai untuk perbincangan kumpulan

Bilik seminar yang lebih luas

Ibu-ibu tak perlu risau kerana ada tempat mainan untuk anak


Pintu masuk ke HQ Shaklee yang baru

Tak sabar rasanya nak ke Shaklee HQ dan tengok sendiri tempat baru yang cantik dan menarik. Sangat lega bila Shaklee memahami keperluan Pengedarnya dengan menyediakan tempat mainan anak-anak supaya ibu-ibu tidak perlu tinggalkan keluarga untuk berbisnes.

Hanya di Shaklee. Kami berbisnes bersama keluarga. Anak-anak tak perlu ditinggalkan, malahan Inspirasi kuat kami.

Ingin Sertai Kami??

Jom ketahui 7 KELEBIHAN Menjadi Ahli Shaklee yang Rugi jika Dilepaskan

Pengedar Shaklee Terbaik di Klang / Sungai Udang / Telok Pulai / Telok Gadong

Berita baik untuk warga Klang  / Sungai Udang / Telok Pulai / Telok Gadong

Kini anda tidak perlu risau untuk mendapatkan produk Shaklee. Tak perlu keluar rumah, jimat duit parking, masa pun jimat. Nak tunggu pos, kena ada kos postage lagi.

Peminat Shaklee Klang dah tak perlu risau ditipu penjual online tidak bertanggungjawab. Anda juga tidak perlu keluar ke bank untuk transfer duit. Pengedar Shaklee di Klang sedia berkhidmat untuk anda.

Khidmat nasihat dan konsultasi PERCUMA dan TANPA HAD

Hebat kan?

Jom hubungi Pengedar Shaklee di Klang anda HARI INI


Nama: Qhairunisha




Hp: 0125425600

COD:,Klang(Sungai Udang,Telok Pulai,Telok Gadong,Kampung Delek,)

Tuesday, August 19, 2014

4 Khasiat GLA untuk Kulit yang Semua Wanita Pasti Nak Tahu

Semua wanita suka cantik. Badan cantik, mata cantik dan kulit cantik.
Kajian di University New York kata kita ada 7 saat untuk first impression kepada seseorang dan orang akan tengok kulit dulu untuk gambarkan kita menarik atau tak.

Masa kita kecil, kulit mulus dan cantik. Bila dah masuk umur 20an, mulalah ada garis halus dekat muka, kulit makin kering. Bila dah hampir menopause lagi dasat. Kulit kedut-kedut, kering melampau dan kusam.

Argh.

Ada satu jenis asid lemak dalam badan, bila dia kurang dalam badan, boleh mendatangkan banyak masalah kulit, psoriasis, ekzema dan kulit berkedut. Tapi AWAS, bukan sebarang asid lemak ni.

Nak tahu apa asid lemak tu?
Ya. ia adalah gamma linolenic acid, GLA

Kenapa GLA penting? Sebab ia banyak berkait dengan kecantikan wanita.
Wahh. Mesti teruja nak tahu kan?


Jom cek 4 khasiat dan kelebihan GLA terutama untuk kulit






Khasiat 1: GLA adalah rahsia kulit glowing dan nampak lebih muda. 
Ada satu kajian di mana sekumpulan wanita ambil makanan tambahan GLA, kurang dari 60 hari didapati kulit mereka tak hilang kelembapan. Moist dan gebu je.

Satu pertiga daripadanya yang ada masalah rashes kulit dan gatal-gatal, hilang dah gatal-gatalnya. Kulit mereka pun tak berapa kering dan nampak glow.





Khasiat 2: Wanita Menopause dan Kulit
Bila dah menopause, ada satu enzim dalam badan yang tukarkan asid lemak ni dari makanan dah tak berfungsi. So, GLA dalam badan pun kurang. Sebabkan GLA kurang, kulit pun akan mula kusan dan berkedut apabila fasa menopause. Wanita menopause sering tertekan melihat kulit mereka bertambah kering dan kasar. 

Untuk kembalikan kelembapan kulit, wanita menopause perlu ambil GLA. Kesan lebih parah pada kulit kering adalah dengan terjadi ruam dan ekzema.






Khasiat 3: GLA bantu kurangkan ruam kulit dan ekzema
GLA bukan sahaja penting nak elak kulit berkedut dan kering, ia juga boleh bantu kurangkan kehilangan air dari kulit. Masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, rosacea, dermatitis, jerawat dan kulit kering terjadi bila GLA dalam badan kita kurang.

60 pesakit diberi 500mg GLA sehari untuk masalah ekzema dan 90% mengalami pemulihan dalam 12 minggu.






Khasiat 4: GLA dan sunburn
GLA juga boleh kurangkan masalah keradangan dan sunburn pada kulit disebabkan gelombang UV. Satu kajian di Scandinavian menunjukkan mereka yang ambil GLA supplement boleh kurangkan kesan UV pada kulit. Kulit lambat menjadi merah dan pedih terbakar. Siapa yang malas nak pakai krim elak sunburn, boleh ambil GLA untuk penjagaan kulit dari dalam.




GLA SHAKLEE
Dapatkan GLA Shaklee untuk kesan kulit yang glowing dan cantik. Hanya RM91 untuk sebotol. 60 biji




Testimoni 1



Testimoni 2



Berminat??




Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)

SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...