Tips Sihat Selalu

Sihat Untuk Bahagia

  • Home
  • About me
  • Pakej Set Shaklee
  • Hubungi

Tips Uruskan 4 Anak Di Awal Pagi Tanpa Maid

8 April 2014 by Tips Sihat Selalu 20 Comments

Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat. Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja.

Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik.

Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 4 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu.

Antara tips yang membantu saya:

1) Bereskan pada waktu malam
Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri.

Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.

2) Bangun awal pagi.
Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. Biasa juga berlaku sesuatu yang unexpected, seperti anak muntah dan anak membuang air serta perlu di cuci.

Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap. So, bila ada lebih masa, kita boleh hadapi unexpected things lebih mudah.

3) Tenang-tenang aja
Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan.

 Huh. Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.

Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 – 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. Jika tidak, mood kita akan terjejas. Memang payah, perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.

4) Delegasi kerja urusan sendiri
Bagi saya yang tiada pembantu, segala urusan menggosok baju saya ‘delegasi’kan ke kedai dobi, kerana walaupun weekend, saya masih lagi tidak sempat meluang masa untuk menggosok baju.

Ibu-ibu yang mempunyai masa boleh siapkan gosok baju sendiri pada hari weekend untuk seminggu hari bekerja. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan elektrik jika gosok baju sekali gus untuk seminggu. Urusan ini sangat ambil masa jika kita perlu membuatnya di awal pagi selain menguruskan anak.

5) Mohon bantuan anak

Anak yang berumur 5 tahun ke atas sudah pandai uruskan diri mereka sendiri serba sedikit. Menyiapkan beg sendiri, menolong mengangkat beg adik, membantu mengemas katil boleh dilakukan jika kita tolong ajar dan tunjukkan.

Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.

6) Kekuatan Spiritual dan Mental
Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan. Pergantungan kepada Allah paling penting untuk elak stress.

Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. Kuatkan mental dengan mengulang ayat “Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya”

Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. Satu lagi tips, tukarkan perkataan “MASALAH” dengan “CABARAN”. Perkataan “Masalah” menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.

Saya dan 4 Anak Lelaki (Afiq, Arif, Abid dan Amin)

Tips ini mungkin berbeza dari ibu-ibu yang lain. Ada banyak lagi tips yang lebih baik. Semoga perkongsian tidak seberapa ini boleh membawa manfaat kepada rakan-rakan.

Update 2016

4 hero saya dah besar. 2 daripadanya dah sekolah rendah.

Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)

SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Related posts:

Tips Kejayaan : Kenali 20% yang Jadikan Kita Kaya 7 Cara Untuk Tidur Lebih Awal Tips Anak Kekal Sihat dan Bersemangat Walaupun Bercuti Lama

Filed Under: Uncategorized

Please follow & like us :)

Follow by Email
Facebook
Facebook
Google+
http://www.tipsihatselalu.com/2014/04/tips-uruskan-4-anak-di-awal-pagi-tanpa.html">
Twitter
YouTube

Comments

  1. Yana Abu Hassan says

    13 January 2016 at 1:21 am

    Tahniah..saya juga seperti anda,menguruskan rumahtangga dan anak-anak sendiri tanpa pembantu..saya ibu kepada 5 org anak perempuan..4 orang bersekolah..may daily routine pretty much like yours..may God bless you always 😉

    Reply
    • Yana Abu Hassan says

      13 January 2016 at 1:22 am

      Correction **my daily routine

      Reply
  2. Min Aina Ila Aina says

    13 January 2016 at 1:38 am

    Ya, kalau malam tertidur tanpa sengaja, memang kelam kelibut la esok pagi:)

    Reply
  3. mama_mas says

    13 January 2016 at 3:39 am

    Sy 3 hero…ceritenya sama.tahniah kerana dpt tangani dgn tenang.segala tips yg disampaikan sy akan cuba praktikkan

    Reply
  4. Areena says

    13 January 2016 at 6:15 am

    Terima kasih kongsi pengalaman…sy ade tiga hero, mmg mencabar emosi kdg2..hehe..sy akan cuba praktikkan tips di atas terutama bantuan dari anak2 🙂

    Reply
  5. Syahidatul Rizan Abdul Rashid says

    13 January 2016 at 7:07 am

    Tahniah & same here, menguruskan anak2 3 orang (akan masuk 4) bersendirian tanpa pembantu rumah, mmg kena siapkan apa2 yang patut pada waktu malam & pakaian semua saya sub juga ke laundry, Alhamdulillah anak2 juga boleh diharap utk membantu siapkan diri masing2 & buat kerja2 mudah di rumah 🙂

    Reply
  6. Syahidatul Rizan Abdul Rashid says

    13 January 2016 at 7:07 am

    Tahniah & same here, menguruskan anak2 3 orang (akan masuk 4) bersendirian tanpa pembantu rumah, mmg kena siapkan apa2 yang patut pada waktu malam & pakaian semua saya sub juga ke laundry, Alhamdulillah anak2 juga boleh diharap utk membantu siapkan diri masing2 & buat kerja2 mudah di rumah 🙂

    Reply
  7. Azwani Talha says

    13 January 2016 at 8:39 am

    wow..hebatnye, sy masih sendang berusaha untuk tidak kelam kabut pagi2..anak baru 3..hehe

    Reply
  8. Az An says

    13 January 2016 at 10:42 am

    Ya kita ibu yg hebat belaka..saya pun sm..anak 3 (8, 5 dan 2 tahun)dan berjauhan pula ngan suami..anak2 smua sy uruskan tiada pembantu..alhamdulillah Allah mudahkan smuanya..yg penting smua keperluan dibereskan mlm..tdr awal supaya pagi bgn lebih awal..perancangan kena btl..sekadar berkongsi pengalaman sndiri

    Reply
  9. najwa ishak says

    13 January 2016 at 7:31 pm

    Saya mmg xperlukan pembantu..saya lebih rasa puas bila buat sendiri semua urusan..perancangan itu penting..

    Reply
  10. Nana says

    14 January 2016 at 2:15 am

    tahniah..rutin saya dengan puan pun hampir sama..bezanya saya anak 3 je (9, 5, 1) tapi sy ada penambahan bangun seawal 4.30 pagi kerana mengepam susu dan masak bekalan anak. keluar rumah jam 6 pagi kerana anak bersekolah berdekatan dengan tempat kerja. hantar dan ambil anak pada setiap sesi persekolahan.Semua urusan dibuat sendiri tanpa pembantu.

    Reply
  11. Enno says

    14 January 2016 at 3:53 am

    Saya anak 5..saya memang menggunakan tips di atas sejak anak pertama lagi….tpu bila umur dah nak k senja ni penat dia aemacam…mujur ada yg besoo2 boleh bantu…tp kkd depe pun malas

    Reply
  12. Enno says

    14 January 2016 at 3:54 am

    Saya anak 5..saya memang menggunakan tips di atas sejak anak pertama lagi….tpu bila umur dah nak k senja ni penat dia aemacam…mujur ada yg besoo2 boleh bantu…tp kkd depe pun malas

    Reply
  13. Lazerafe Collection says

    14 January 2016 at 8:32 am

    sy anak 4 org…3 sudah bersekolah drjh 1,2,3…semua tips ni sy buat.. malah sy kena sediakan bekal anak sek…semoga Allah mudahkan urusan kita semua…amin

    Reply
  14. Lazerafe Collection says

    14 January 2016 at 8:33 am

    sy anak 4 org…3 sudah bersekolah drjh 1,2,3…semua tips ni sy buat.. malah sy kena sediakan bekal anak sek…semoga Allah mudahkan urusan kita semua…amin

    Reply
  15. Anonymous says

    14 January 2016 at 8:49 am

    Sy xde anak,smua 4 ank diuruskn oleh isteri tercinta,sy hanya mmpu brdoa dr jauh utk keslmtn kluarga..sy kagum dgn kalian semua..smoga Allah sentiasa melindungi kalian semua dn syurga d cc Nya..aminnn..to my love,abg blk ari ni 🙂

    Reply
  16. aku la... says

    15 January 2016 at 2:04 am

    ye setuju..paling utam kena tenang…kalau dah lambat x payah nak stress atau risau..buat macamana pon memang dah lambat..senyum aje..dan memandulah dengan sabar dan tenang walaupun geram giler ngan anak yang buat perangai jd semua lambat..heheh..

    Reply
  17. Lynn Kamarul says

    15 January 2016 at 4:35 am

    Tima kasih bg tips.jazakillahu khiran. Sy juga ank 4. Alhmdulillah pembantu dh balik ke negara asalnye. Buat sndiri lebih baik

    Reply
  18. Yaya Vogue says

    15 January 2016 at 9:40 am

    Terima kasih share tips yang berguna. Saya baru ada anak sorang. Tak terurus dibuatnye..hihi..pagi ni da habis selongkar handbag n pakai lipstick. http://yvogue.blogspot.my/2016/01/bila-sel-otak-berhubung-edisi-afrah.html

    Reply
  19. nurul hayati says

    16 January 2016 at 8:51 am

    Alhamdulillah..bantuan suami juga penting…kadang2..tak terbuat kita sorangkan.. mana nak siapkan diri sendiri utk prgi kerja..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Hubungi Saya

Tags

Alfalfa B Complex Carotomax Cinch Energy Tea Mix Collagen Shaklee CoQ10 CoQHealth Plus Diabetes Energizing Soy Protein ESP Garlic Shaklee Gla Complex Kanser Kebaikan dan Kelebihan Kurma Kencing Manis Mealshake Mengawal Stress Menghilangkan Parut Motivasi Nutriferon Omega Guard Ostematrix Pengedar di Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor Pengedar Shaklee Selangor Peppermint-Ginger Plus Performance Drink Punca Sakit Jantung Rabun Mata Rawat Diabetes Resepi Sakit Jantung Sembelit Set Berpantang Shaklee Testimoni ESP Testimoni GLA Compleks Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tips Untuk Muka Cantik. VitaLea Vitalea For Children Vitamin C Vitamin E Vivix Zinc

Follow me

  • Kelebihan Ahli Shaklee
  • Shaklee Branch

Artikel Terkini

  • 7 Punca Eye Bag dan Cara Hilangkannya – Mesti Cuba!
  • 4 Gaya Hidup Yang Boleh Rendahkan Paras Kolestrol Supaya Tidak Kena Strok
  • Boleh Kurangkan Risiko Barah? Ini 6 Kelebihan Menyusu Anak Untuk Kesihatan Si Ibu
  • 8 Bahan Semulajadi Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam
  • 3 Langkah Mudah Untuk Join Virtual Run

Komen terkini

  • Sue Ellen on Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
  • Vie on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • linda on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • Kin on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • 6 Tanda Seorang Wanita Itu Subur Menurut Kata Dr Zubaidi | Tips Sihat Selalu on E-SELL : 10 Panduan Mudah Beli Sendiri Vitamin Shaklee (Step By Step)
  • Pengalaman Bersalin Amin (Anak ke 4) | Tips Sihat Selalu on Pengalaman Bersalin Abid (Anak ke 3)
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat | myBerita | Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Siakap Keli on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Jaja | Youth Skincare on Tips Ubati Kencing Manis Sampai Terkejut Bacaan Gula Jadi Normal

Entry

  • November 2018 (5)
  • October 2018 (7)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (2)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (2)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • October 2017 (1)
  • September 2017 (1)
  • August 2017 (4)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (4)
  • April 2017 (7)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (2)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (6)
  • October 2016 (7)
  • September 2016 (39)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (9)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (5)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (5)
  • January 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • September 2015 (5)
  • August 2015 (4)
  • July 2015 (19)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (1)
  • April 2015 (1)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (3)
  • December 2014 (8)
  • November 2014 (8)
  • October 2014 (20)
  • September 2014 (17)
  • August 2014 (9)
  • July 2014 (3)
  • June 2014 (4)
  • May 2014 (8)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (7)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (19)
  • November 2013 (7)
  • September 2013 (14)
  • August 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (1)
  • May 2013 (7)
  • April 2013 (12)
  • March 2013 (3)
  • December 2012 (3)
  • November 2012 (2)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (3)

Copyright © 2021 · Tip Sihat Selalu on Genesis Framework · WordPress · Log in