Tips Sihat Selalu

Sihat Untuk Bahagia

  • Home
  • About me
  • Pakej Set Shaklee
  • Hubungi

15 Kelebihan Bawang Putih Yang Sangat Mengagumkan

3 April 2014 by Tips Sihat Selalu Leave a Comment

Bawang putih terkenal sejak dulu lagi kerana kelebihannya untuk merawat pelbagai penyakit. Ia sangat mudah di dapati dan boleh di makan secara mentah atau di masak. Mudah dicampur dalam makanan lain atau makan begitu sahaja. Itu pun kalau boleh tahan baunya yang ‘enak’

Kita biasa guna bawang putih untuk tumis, dan baunya sangat sedap ketika menumis. Mak mertua saya ada petua untuk masak ayam goreng berempah yang sedap, tumbukkan bawang putih dan gaulkan dengan kunyit dan garam sebelum digoreng. Umph. sangat sedap.

Tahukah anda banyak kelebihan bawang putih untuk kesihatan? Jom semak dengan 15 senarai di bawah.

1. Antibakteria 
Bawang putih terkenal dengan sifat antibakteria dan antivital. Ia membantu kawal jangkitan bakteria, wabak penyakit berjangkit, kulat dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dipercayai boleh membantu mengelakkan keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli dan Salmonella enteritidis.


2. Untuk merawat jangkitan kulit. 
Bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih mampu rawat jangkitan pada kulit seperti ringworm

3. Mencairkan darah
Ciri-ciri anti-gumpalan pada bahan kimia dalam bawang putih bantu elak terhasilnya gumpalan darah dalam badan. Namun begitu, ia boleh menyebabkan risiko pendarahan ketika pembedahan.

4. Mengurangkan tekanan darah.
Angiotensin II adalah sejenis protein yang bantu saluran darah mengembang dan meningkatkan tekanan darah. Allicin, bahan kimia dalam bawang putih bantu elak angiotensin II berfungsi dan bantu rendahkan tekanan darah. Polysulphides, bahan kimia yang ada dalam bawang putih ditukarkan kepada bentuk gas dipanggil hydrogen sulphide oleh sel darah merah. Hydrogen sulphide membesarkan saluran darah dan bantu kawal tekanan darah.


5. Melindungi jantung
Bawang putih melindungi jantung dari masalah kardiovaskular seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Ciri-ciri perlindungan ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Melalui faktor umur, arteri semakin lama semakin sukar mengembang. Bawang putih boleh kurangkan masalah ini dan mungkin boleh bantu lindungi jantung dari kesan buruk radikal bebas.  Bahan kimia yang mengandungi ciri sulfur dalam bawang putih mampu elak saluran darah dari tersumbat dan melambatkan proses atherosclerosis(arteri mengeras). Ciri-ciri anti gumpal pada bahan kimia dlm bawang putih elak gumpalan terjadi dalam saluran darah.

6. Merendahkan paras kolestrol
Bawang putih boleh merendahkan paras triglycerides darah dan kolestrol dan kurangkan pembentukan plak arteri

7. Melawan alergi
Bawang putih dikenali dengan ciri-ciri anti radang. Ia membantu badan melawan alergi. Ciri-ciri ini adalah terhasil dari diallyl sulphide dan thiacremonone. Bawang putih didapati boleh meningkatkan keberkesanan kepada radang alergy rhinitis. Jus Bawang putih mentah boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada ruam atau gigitan serangga.

9. Petua untuk masalah pernafasan

Penggunaan bawang putih setiap hari boleh mengurangkan kebarangkalian terkena demam dan selsema. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria dalam merawat tidak selesa pada tekak. Bawang putih juga mengurangkan jangkitan pada saluran pernafasan dibahagian atas. Ia juga membantu mengurangkan masalah asma dan susah nak bernafas menyebabkan ia menjadi bahan yang amazing.


10. Diabetes.
Bawang putih meningkatkan penghasilan insulin dan mengawal paras gula dalam darah pesakit diabetes.

11. Berkesan keatas ketuat
Meletakkan ekstrak bawang putih yang dihancurkan ke atas ketuat boleh mengurangkan kesan ketuat itu.

12. Mengurangkan risiko barah
Pengambilan bawang putih setiap hari didapati boleh mengurang risiko terkena barah. Ia ada ciri-ciri anti barah kerana terdapat allyl sulphides ada dalam bawang putih. PhlP, sejenis heterocyclic amine (HCA) adalah bahan yang dikaji meningkatkan risiko barah payu dara dikalangan wanita. Menurut satu kajian, diallyl sulphide didapati di dalam bawang putih boleh menghalang pembentukan/penukaran PhlP kepada karsinogen.

13. Meningkatkan fungsi iron
Ferroportin adalah protein yang bantu dalam penyerapan dan pembebasan iron. Diallyl sulphides dalam bawang putih tingkatkan penghasilan ferroportin dan bantu tingkatkan fungsi iron.


14. Sakit gigi

Hanya letakkan bawang putih yang dihancurkan kepada gigi yang sakit dan ia boleh bantu mengurangkan sakit gigi kerana ia ada ciri-ciri anti bakteria dan analgesic. Tetapi, perlu hati-hati kerana ia mungkin memberi kesan yang tidak selesa kepada gusi.

15. Kurangkan Berat Badan

Banyak kajian mendapati obesiti juga adalah salah satu radang peringkat rendah untuk jangka masa yang lama. Menurut kajian juga, bawang putih boleh bantu kawal penghasilan sel lemak dalam badan. Pre-adipocytes ditukar ke sel lemak melalui sistem radang. Ciri-ciri anti radang di dapati dalam bawang putih boleh bantu elak pertukaran ini. Ia mungkin boleh elak penambahan berat badan.

sumber:http://health.india.com

Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Related posts:

Menghilangkan Parut: Cara Semulajadi dan Selamat Kelas Kecantikan Anjuran Shaklee Yang Sangat Best 11 Kelebihan Teh Hijau Yang Pasti Anda Ingin Tahu

Filed Under: Uncategorized Tagged With: 15 Kelebihan Bawang Putih, Garlic

Please follow & like us :)

Follow by Email
Facebook
Facebook
Google+
http://www.tipsihatselalu.com/2014/04/15-kelebihan-bawang-putih-yang-sanga.html">
Twitter
YouTube

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Hubungi Saya

Tags

Alfalfa B Complex Carotomax Cinch Energy Tea Mix Collagen Shaklee CoQ10 CoQHealth Plus Diabetes Energizing Soy Protein ESP Garlic Shaklee Gla Complex Kanser Kebaikan dan Kelebihan Kurma Kencing Manis Mealshake Mengawal Stress Menghilangkan Parut Motivasi Nutriferon Omega Guard Ostematrix Pengedar di Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor Pengedar Shaklee Selangor Peppermint-Ginger Plus Performance Drink Punca Sakit Jantung Rabun Mata Rawat Diabetes Resepi Sakit Jantung Sembelit Set Berpantang Shaklee Testimoni ESP Testimoni GLA Compleks Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tips Untuk Muka Cantik. VitaLea Vitalea For Children Vitamin C Vitamin E Vivix Zinc

Follow me

  • Kelebihan Ahli Shaklee
  • Shaklee Branch

Artikel Terkini

  • 7 Punca Eye Bag dan Cara Hilangkannya – Mesti Cuba!
  • 4 Gaya Hidup Yang Boleh Rendahkan Paras Kolestrol Supaya Tidak Kena Strok
  • Boleh Kurangkan Risiko Barah? Ini 6 Kelebihan Menyusu Anak Untuk Kesihatan Si Ibu
  • 8 Bahan Semulajadi Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam
  • 3 Langkah Mudah Untuk Join Virtual Run

Komen terkini

  • Sue Ellen on Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
  • Vie on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • linda on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • Kin on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • 6 Tanda Seorang Wanita Itu Subur Menurut Kata Dr Zubaidi | Tips Sihat Selalu on E-SELL : 10 Panduan Mudah Beli Sendiri Vitamin Shaklee (Step By Step)
  • Pengalaman Bersalin Amin (Anak ke 4) | Tips Sihat Selalu on Pengalaman Bersalin Abid (Anak ke 3)
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat | myBerita | Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Siakap Keli on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Jaja | Youth Skincare on Tips Ubati Kencing Manis Sampai Terkejut Bacaan Gula Jadi Normal

Entry

  • November 2018 (5)
  • October 2018 (7)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (2)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (2)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • October 2017 (1)
  • September 2017 (1)
  • August 2017 (4)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (4)
  • April 2017 (7)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (2)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (6)
  • October 2016 (7)
  • September 2016 (39)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (9)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (5)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (5)
  • January 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • September 2015 (5)
  • August 2015 (4)
  • July 2015 (19)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (1)
  • April 2015 (1)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (3)
  • December 2014 (8)
  • November 2014 (8)
  • October 2014 (20)
  • September 2014 (17)
  • August 2014 (9)
  • July 2014 (3)
  • June 2014 (4)
  • May 2014 (8)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (7)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (19)
  • November 2013 (7)
  • September 2013 (14)
  • August 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (1)
  • May 2013 (7)
  • April 2013 (12)
  • March 2013 (3)
  • December 2012 (3)
  • November 2012 (2)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (3)

Copyright © 2021 · Tip Sihat Selalu on Genesis Framework · WordPress · Log in