Saturday, December 7, 2013

25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.




Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:



1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.





2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

Bacaan lanjut: Cepat Baik Dari Demam: 10 Cara yang Boleh Anda Ikut





3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.





4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


Wanita berumur 56 tahun dalam video di bawah tidak menyangka penyakit Darah Tinggi dan Payudara Berdarah boleh Sembuh.

Rahsia beliau mungkin nampak biasa tetapi sangat berharga..




5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.




6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.

Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.




7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. 

Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.





8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

Anda pasti berminat membaca : 10 Masalah Kesihatan Berpunca Dari Stress



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.





10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.




11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

Hamil 7 Bulan tetapi Sangat Bertenaga. Ikuti pengalaman kakak kita dalam video di bawah yang boleh ditiru oleh semua orang tak kira hamil atau tidak.


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.




12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

Bacaan lanjut: Sirap Ajaib Untuk Kurangkan Risiko Serangan Jantung




13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

Anda pasti berminat membaca : Tips Rawat Diabetes Tanpa Ubat




14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.




Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.


15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.



17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.



19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


Wanita ini sangat FRUST dengan mukanya. Beliau ada tersalah ambil produk sampai habis rosak satu muka. Ikuti pengalaman wanita ini yang terseksa sehingga 7 TAHUN


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.





Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.



20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.

Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.



22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

Sila Klik Video di bawah untuk mengetahui masalah sahabat saya yang ada masalah rambut gugur sampai rambut jadi hampir BOTAK.







23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.



25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

sumber: http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/


Jangan klik kerana anda mungkin tidak percaya:

29 Testimoni Vitamin C yang Sukar Dipercayai





Vitamin C Shaklee 



Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.


Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.

Harga : RM92.50 (180biji)
Tahan sehingga 6 bulan.


PROMOSI SEPTEMBER 2016


Klik Gambar di atas untuk membeli dengan harga promo




ATAU dengan cara di bawah




27 comments :

shamira shalihin said...

makan vitamin E dgn vitamin C setiap hari, ok ke?

Ida Fadliza Abu Zarin said...

OK aje. takde masalah

shamira shalihin said...

ok,, tenkiu ye.. ^-^

Anonymous said...

Salam. Kalau untuk kulit muka especially, vit C or vit E lagi baik?

Ida Fadliza Abu Zarin said...

Vitamin E lebih baik

Anonymous said...

Thank youu !! Btw, kalau muka banyak kesan jerawat, myka berminyak and nak kecilkan pori, vit E should be the best choice laa kan?

Anonymous said...

Salam. Berapa harga ahli untuk vit e dan vit c?

eyriqazz said...

wah banyak rupanya kelebihan vitamin c shaklee...

Calrase Patrick said...

terbaiklah vitamin c shaklee :)

Nurul Husna Mohamed said...

Saya pon suka sgt vit c shaklee.^_^
Jemputlah singgah blog sy bila2 ye supplimentcenter.blogspot.com

Anonymous said...

Kalau jerawat belakang badan nak patut ambil vitamin c atau e?

Syamsidar Lamat said...

byak gak kegunaan dan manfaat vitamin c ni...thanks dear :)

Miss Hairun Nafiza said...

Alhamdulillah. dh msk botol kedua Vit C.. good to consume, bnyk manfaatnya.

juliana zainal said...

Sy makan vit C dn vit E setiap hari ...produk Amway..mmg terbaik

kakcik nisak said...

Hai dear..gud entry. Saya copy ye infonya.saya credit utk blog awak..

jaha i.p said...

Untuk lelaki boleh ke?

jaha i.p said...

Untuk lelaki boleh ke?

ummu said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Vitamin A

Anonymous said...

Mohon share ye...:)

Papaglamz - Food Stylo Founder said...

Mengamalkan vitamin C sememangnya perlu sebab keperluanya dlm nutrisi seharian kita kan?

Hot post - Telekung Reehans Pilihan Muslimah Ketika Solat

nurul idayu said...

vitamin c mmg terbaik! thanks for sharing!

Split Queen Box Springs said...

Good sharing, Blackmores Collagen 10,000mg which is enhanced with Grape Seed Extract and Vitamin E for complete skin rejuvenation in just six to 12 weeks. If your collagen breakdown in your skin is much faster and at a higher rate than what your body is manufacturing and the amount you are taking via collagen drinks/ supplements, you may need a longer time to see the benefits of collagen. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/blackmores-introduces-collagen-10000mg-to-fight-the-effects-of-stress-and-maturing-hormones/

NORA AHMAD said...

Berkesan tak untk allergik kulit?

NORA AHMAD said...

Berkesan tak untk allergik kulit?

Azza Azyra said...

Vitamin c memang terbaik..

Azza Azyra said...

Vitamin c memang terbaik..

balqisy baklee said...

pjg explanation.... tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...