• Kesihatan Diri

Tips Sihat Selalu

Pengedar Shaklee Kuantan

  • Home
  • About me
  • Senarai Harga
  • Pakej Set Shaklee
  • Hubungi

25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan

6 December 2013 by Tips Sihat Selalu 29 Comments

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.
[Video] Tertekan Dengan Kos Sara Hidup? Ada Pesanan Untuk Anda Oleh Wanita Cekal Ini

Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

Bacaan lanjut: Cepat Baik Dari Demam: 10 Cara yang Boleh Anda Ikut

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau “sel karat”. Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

Wanita berumur 56 tahun dalam video di bawah tidak menyangka penyakit Darah Tinggi dan Payudara Berdarah boleh Sembuh.

Rahsia beliau mungkin nampak biasa tetapi sangat berharga..

5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.

Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. 

Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

Anda pasti berminat membaca : 10 Masalah Kesihatan Berpunca Dari Stress

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

Bacaan Lanjut : 8 Tanda Kanser Usus Yang Ramai Tidak Sedar

11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

Hamil 7 Bulan tetapi Sangat Bertenaga. Ikuti pengalaman kakak kita dalam video di bawah yang boleh ditiru oleh semua orang tak kira hamil atau tidak.


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

Bacaan lanjut: Sirap Ajaib Untuk Kurangkan Risiko Serangan Jantung

13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

Anda pasti berminat membaca : Tips Rawat Diabetes Tanpa Ubat

14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.

15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Wanita ini sangat FRUST dengan mukanya. Beliau ada tersalah ambil produk sampai habis rosak satu muka. Ikuti pengalaman wanita ini yang terseksa sehingga 7 TAHUN


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.

20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut



Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut.

Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.


21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.

Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

Sila Klik Video di bawah untuk mengetahui masalah sahabat saya yang ada masalah rambut gugur sampai rambut jadi hampir BOTAK.

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

sumber: http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/

Jangan klik kerana anda mungkin tidak percaya:

29 Testimoni Vitamin C yang Sukar Dipercayai

Vitamin C Shaklee 

Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.


Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam.

Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.
Harga : RM97.50 (180biji)
Tahan sehingga 6 bulan.

(Sila Klik Di Sini Untuk Membeli VITAMIN C)

atau dengan cara di bawah

Related posts:

Vitamin E dan Kesuburan Suami Isteri Vitamin E Untuk Kulit Cantik, 5 Rawatan Utama Untuk Kullit Supplemen dan Vitamin untuk Hilangkan Bau Badan

Filed Under: Uncategorized Tagged With: Anti- Oksida, Badan Letih, Barah, Demam, Diabetes, Imunisasi, Katarak, Mengawal Stress, Sakit Jantung, Tips untuk Kurus, Tips Untuk Muka Cantik., Vitamin C

Please follow & like us :)

Follow by Email
Facebook
Facebook
Google+
http://www.tipsihatselalu.com/2013/12/25-kebaikan-vitamin-c-untuk-kuli.html">
Twitter
SHARE
YouTube

Comments

  1. shamira shalihin says

    17 May 2014 at 6:13 am

    makan vitamin E dgn vitamin C setiap hari, ok ke?

    Reply
    • admintss says

      19 May 2014 at 9:33 am

      OK aje. takde masalah

      Reply
    • shamira shalihin says

      19 May 2014 at 10:52 am

      ok,, tenkiu ye.. ^-^

      Reply
  2. Anonymous says

    22 October 2014 at 1:16 pm

    Salam. Kalau untuk kulit muka especially, vit C or vit E lagi baik?

    Reply
  3. admintss says

    22 October 2014 at 5:58 pm

    Vitamin E lebih baik

    Reply
    • Anonymous says

      24 October 2014 at 1:24 am

      Thank youu !! Btw, kalau muka banyak kesan jerawat, myka berminyak and nak kecilkan pori, vit E should be the best choice laa kan?

      Reply
  4. Anonymous says

    24 October 2014 at 1:25 am

    Salam. Berapa harga ahli untuk vit e dan vit c?

    Reply
  5. eyriqazz says

    29 October 2014 at 2:28 pm

    wah banyak rupanya kelebihan vitamin c shaklee…

    Reply
  6. Calrase Patrick says

    16 November 2014 at 9:44 pm

    terbaiklah vitamin c shaklee 🙂

    Reply
  7. Nurul Husna Mohamed says

    24 November 2014 at 12:36 am

    Saya pon suka sgt vit c shaklee.^_^
    Jemputlah singgah blog sy bila2 ye supplimentcenter.blogspot.com

    Reply
  8. Anonymous says

    4 December 2014 at 12:34 pm

    Kalau jerawat belakang badan nak patut ambil vitamin c atau e?

    Reply
  9. Syamsidar Lamat says

    4 December 2014 at 3:24 pm

    byak gak kegunaan dan manfaat vitamin c ni…thanks dear 🙂

    Reply
  10. Miss Hairun Nafiza says

    6 January 2015 at 3:04 pm

    Alhamdulillah. dh msk botol kedua Vit C.. good to consume, bnyk manfaatnya.

    Reply
  11. juliana zainal says

    14 May 2015 at 11:00 pm

    Sy makan vit C dn vit E setiap hari …produk Amway..mmg terbaik

    Reply
  12. kakcik nisak says

    1 June 2015 at 6:39 pm

    Hai dear..gud entry. Saya copy ye infonya.saya credit utk blog awak..

    Reply
  13. jaha i.p says

    26 July 2015 at 4:29 pm

    Untuk lelaki boleh ke?

    Reply
  14. jaha i.p says

    27 July 2015 at 4:17 am

    Untuk lelaki boleh ke?

    Reply
  15. ummu says

    30 July 2015 at 4:41 pm

    Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Vitamin A

    Reply
  16. Anonymous says

    7 August 2015 at 12:27 am

    Mohon share ye…:)

    Reply
  17. Papaglamz - Food Stylo Founder says

    16 September 2015 at 2:34 am

    Mengamalkan vitamin C sememangnya perlu sebab keperluanya dlm nutrisi seharian kita kan?

    Hot post – Telekung Reehans Pilihan Muslimah Ketika Solat

    Reply
  18. nurul idayu says

    6 December 2015 at 11:01 pm

    vitamin c mmg terbaik! thanks for sharing!

    Reply
  19. Split Queen Box Springs says

    10 January 2016 at 10:19 am

    Good sharing, Blackmores Collagen 10,000mg which is enhanced with Grape Seed Extract and Vitamin E for complete skin rejuvenation in just six to 12 weeks. If your collagen breakdown in your skin is much faster and at a higher rate than what your body is manufacturing and the amount you are taking via collagen drinks/ supplements, you may need a longer time to see the benefits of collagen. For detail visit:
    http://kidbuxblog.com/blackmores-introduces-collagen-10000mg-to-fight-the-effects-of-stress-and-maturing-hormones/

    Reply
  20. NORA AHMAD says

    26 February 2016 at 10:35 am

    Berkesan tak untk allergik kulit?

    Reply
  21. NORA AHMAD says

    26 February 2016 at 10:35 am

    Berkesan tak untk allergik kulit?

    Reply
  22. Azza Azyra says

    5 April 2016 at 12:37 am

    Vitamin c memang terbaik..

    Reply
  23. Azza Azyra says

    5 April 2016 at 12:37 am

    Vitamin c memang terbaik..

    Reply
  24. balqisy baklee says

    13 October 2016 at 4:06 am

    pjg explanation…. tqvm

    Reply
  25. Unknown says

    17 May 2017 at 1:06 pm

    Hyee nak tanya klu ambil vitamin multivitamin+minera dengan vitamin c boley kee…boley overdose ke…ad effect yang ta baik x untuk body…just nak tahu jee..tqq

    Reply

Trackbacks

  1. 10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu | Tips Sihat Selalu says:
    1 November 2017 at 12:54 am

    […] [Bacaan Lanjut : 25 Kebaikan Vitamin C untuk Kulit, Muka, Rambut] […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Hubungi Saya

Tags

Alfalfa B Complex Carotomax Cinch Energy Tea Mix Collagen Shaklee CoQ10 CoQHealth Plus Diabetes Energizing Soy Protein ESP Garlic Shaklee Gla Complex Kanser Kebaikan dan Kelebihan Kurma Kencing Manis Mealshake Mengawal Stress Menghilangkan Parut Motivasi Nutriferon Omega Guard Ostematrix Pengedar di Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor Pengedar Shaklee Selangor Performance Drink Punca Sakit Jantung Rabun Mata Rawat Diabetes Resepi Sakit Jantung Serangan jantung Set Berpantang Shaklee Tanda-tanda Kanser Testimoni ESP Testimoni GLA Compleks Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tips Untuk Muka Cantik. VitaLea Vitalea For Children Vitamin C Vitamin E Vivix Zinc

Follow me

  • Senarai Harga Produk Shaklee
  • Kelebihan Ahli Shaklee
  • Shaklee Branch

Artikel Terkini

  • Cara Urus Duit Bisnes / Gaji : 2 Tabungan Ini Jangan Lupa
  • Ramai Kata Ruginya Tak Datang Health Talk Shaklee, Ini Sebabnya.
  • Le Manah Retreat, Tempat Sesuai Untuk Hari Keluarga, Ini Pengalaman Kami
  • Macamana Kencing Manis Terjadi? Analogi Kunci Mangga Ini Bantu Anda Lebih Faham
  • Pengedar Shaklee Kuching dan Kota Samarahan

Komen terkini

  • Tips Sihat Selalu on Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
  • adibashri on Bajet Kewangan Bercuti Di Bukit Gambang Resort City Yang Boleh Jadi Rujukan
  • Tips Sihat Selalu on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • Tips Sihat Selalu on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • Miss april on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • rahasia on Gambaran Padang Mahsyar Dari Mimpi Seorang Rakan
  • Jmj on 9 Punca Sesak Nafas Yang Ramai Orang Kena Tahu
  • ngelz on 15 Tanda Anda Mungkin Ada Migrain
  • eva on Resepi Keropok Lekor Mudah dan Sedap (Homemade)
  • Haikal on 8 Tanda Kanser Usus Yang Ramai Tidak Sedar

Entry

  • February 2018 (1)
  • January 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • October 2017 (1)
  • September 2017 (1)
  • August 2017 (4)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (4)
  • April 2017 (7)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (2)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (6)
  • October 2016 (7)
  • September 2016 (39)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (9)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (5)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (5)
  • January 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • September 2015 (5)
  • August 2015 (4)
  • July 2015 (19)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (1)
  • April 2015 (1)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (3)
  • December 2014 (8)
  • November 2014 (8)
  • October 2014 (20)
  • September 2014 (17)
  • August 2014 (9)
  • July 2014 (3)
  • June 2014 (4)
  • May 2014 (8)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (7)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (19)
  • November 2013 (7)
  • September 2013 (14)
  • August 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (1)
  • May 2013 (7)
  • April 2013 (12)
  • March 2013 (3)
  • December 2012 (3)
  • November 2012 (2)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (3)

Copyright © 2018 · Tip Sihat Selalu on Genesis Framework · WordPress · Log in