Tips Sihat Selalu

Sihat Untuk Bahagia

  • Home
  • About me
  • Pakej Set Shaklee
  • Hubungi

10 Kebaikan Mandi Air Sejuk

17 September 2013 by Tips Sihat Selalu Leave a Comment

Mandi air sejuk adalah perkara biasa dalam kehidupan kita terutama yang sering bangun awal pagi. Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu, mandi air sejuk juga adalah satu terapi kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Konsep Hydrotherapy telah lama digunakan oleh Vincenz Priessnitz, seorang peladang pada tahun 1920an yang menggunakan terapi ini untuk mengubati banyak penyakit.

Berikut adalah 10 Kebaikan dan Kelebihan Mandi Air Sejuk

1. Meningkatkan Imunisasi Badan

Mandi air sejuk dipercayai menjadi penawar yang baik untuk demam dan jangkitan kuman pada pada badan. Terdapat satu kajian dijalankan kepada atlet muda dengan merendam mereka dalam air sejuk bersuhu 14 darjah Celsius, 3 kali seminggu selama 6 minggu. Terdapat peningkatan 2 jenis sel darah putih, monocytes dan lymphocytes.

Lymphocytes bertugas untuk menyingkirkan bakteria, virus dan toksin dalam badan manakala monocyte bertanggungjawab menghapuskan patogen dan bendasing dalam badan. Penyelidik mendapati kadar metabolisme yang tinggi hasil dari mandi air sejuk yang disebabkan oleh badan kita yang cuba untuk memanaskan badan secara tersendiri akan mengaktifkan sistem imunisasi dan menghasilkan lebih banyak sel darah putih. Mereka yang sering mandi air sejuk dipercayai jarang demam dan mungkin sukar terkena barah yang tertentu.

2. Melancarkan aliran darah

Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Mandi air sejuk dan panas secara berselang-seli boleh meningkatkan keberkesanan aliran darah. Apabila mandi air sejuk, arteri darah mengecut. Ia dipanggil vasoconstriction. Arteri yang mengecut membolehkan darah mengalir pada tekanan lebih tinggi, aliran darah lebih lancar. Vasodilation adalah kesan sebaliknya apabila badan kembali menjadi lebih panas.

Satu lagi kebolehan semulajadi badan apabila mandi air sejuk adalah darah akan lebih cepat mengalir ke organ-organ utama dalam badan untuk mengekalkannya dalam keadaan panas.  Bukankah ia boleh membantu aliran darah yang baik?

Kenapa aliran darah yang baik penting untuk kita? Ini kerana ia mampu mengelakkan hipertensi dan pengerasan dinding arteri. Ia juga membantu meningkatkan kecergasan badan kita dan kita akan rasa lebih sihat.

3. Mengawal suhu badan

Mandi air sejuk boleh membantu mengawal thermogenesis (cara badan menghasilkan haba dalam badan), di mana ia mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit sejuk kaki dan tangan yang kronik atau berpeluh keterlaluan, anda boleh cuba mandi air sejuk.

4. Membantu untuk Kurus / Meningkatkan Metabolisma badan

Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan. Penghasilan lebih banyak lemak perang akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga dan membantu untuk kurus. Kadar metabolisme badan juga meningkat.

5. Mengurangkan Tekanan Perasaan

Mengurangkan Tekanan Perasaan adalah salah satu kebaikan mandi air sejuk. Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk boleh meransang “titik biru” pada otak, sumber utama noradrenaline untuk badan kita. Noradlinaline adalah bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan. 

6. Meningkatkan Pergerak Cecair Limpa

Sistem limpa adalah yang bertugas untuk membuang kotoran dari sel dan membantu melawan patogen (penyakit). Berbanding urat darah, sistem limpa, ia tidak mengandungi darah, tetapi cecair limpa yang membuang bahan kotoran dan membawa sel darah putih untuk melawan jangkitan. Jika darah yang mengalir di pam oleh jantung, kandungan limpa bergantung kepada pengecutan otot sistem. Mandi air sejuk membantu pengecutan otot limpa dan menyebabkan cecair ini boleh berfungsi di seluruh badan.

7. Menguatkan Pernafasan. 

Sedarkah anda, ketika anda mula untuk mandi air sejuk, anda akan menarik nafas dengan dalam terlebih dahulu? Ia tindakbalas biasa badan supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru dan meningkatkan kadar serapan oksigen badan seterusnya menyebabkan badan lebih segar dan kurang letih.

8. Menjadikan Kulit dan Rambut lebih Sihat

Air panas mampu mengeringkan kulit dan rambut. Sebaliknya, air sejuk boleh membuatkan rambut kita nampak lebih berkilat dan menjadikan kulit lebih sihat dengan mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat. Air sejuk membantu detoks kotoran dan toksin dalam kulit. Proses detoks kulit sangat berguna untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan awet muda. Air sejuk menutup kutikel pada rambut, rambut lebih kuat dan mengurangkan kotoran menyebabkan scalp pada kepala.


9. Meningkatkan Tenaga

Mandi air sejuk boleh menyebabkan kita lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah mengalir dengan lancar di seluruh badan

10. Meningkatkan Penghasilan Hormon. 

Mandi air sejuk boleh membantu sistem peranakan. Sistem peranakan lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan. Mandi air panas boleh mengawal sistem endokrin.

sumber : http://www.guidinginstincts.com/2012/04/10-health-benefits-of-cold-showers.html

Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Kuantan (penghantaran ke rumah)

dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167

FB : Ida Ifaz

Related posts:

12 Kebaikan Air Lemon yang Semua Orang Kena Tahu. 3 Kebaikan CoQ10 untuk Kulit lebih Cantik dan Menawan 8 Kelebihan dan Kebaikan CoQ10 yang Semua Orang Ingin Tahu

Filed Under: Uncategorized Tagged With: 10 Kebaikan Mandi Air Sejuk

Please follow & like us :)

Follow by Email
Facebook
Facebook
Google+
http://www.tipsihatselalu.com/2013/09/10-kebaikan-mandi-air-sejuk.html">
Twitter
YouTube

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Hubungi Saya

Tags

Alfalfa B Complex Carotomax Cinch Energy Tea Mix Collagen Shaklee CoQ10 CoQHealth Plus Diabetes Energizing Soy Protein ESP Garlic Shaklee Gla Complex Kanser Kebaikan dan Kelebihan Kurma Kencing Manis Mealshake Mengawal Stress Menghilangkan Parut Motivasi Nutriferon Omega Guard Ostematrix Pengedar di Kuantan Pengedar Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor Pengedar Shaklee Selangor Peppermint-Ginger Plus Performance Drink Punca Sakit Jantung Rabun Mata Rawat Diabetes Resepi Sakit Jantung Sembelit Set Berpantang Shaklee Testimoni ESP Testimoni GLA Compleks Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tips Untuk Muka Cantik. VitaLea Vitalea For Children Vitamin C Vitamin E Vivix Zinc

Follow me

  • Kelebihan Ahli Shaklee
  • Shaklee Branch

Artikel Terkini

  • 7 Punca Eye Bag dan Cara Hilangkannya – Mesti Cuba!
  • 4 Gaya Hidup Yang Boleh Rendahkan Paras Kolestrol Supaya Tidak Kena Strok
  • Boleh Kurangkan Risiko Barah? Ini 6 Kelebihan Menyusu Anak Untuk Kesihatan Si Ibu
  • 8 Bahan Semulajadi Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam
  • 3 Langkah Mudah Untuk Join Virtual Run

Komen terkini

  • Pengalaman Bersalin Amin (Anak ke 4) | Tips Sihat Selalu on Pengalaman Bersalin Abid (Anak ke 3)
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat | myBerita | Hokaloh News on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat – Siakap Keli on 3 Cara Kurangkan Risiko Rabun Mata Secara Semulajadi
  • Jaja | Youth Skincare on Tips Ubati Kencing Manis Sampai Terkejut Bacaan Gula Jadi Normal
  • akak comel on 6 Cara Merawat Sembelit Dengan Cepat dan Semulajadi
  • hanim on 10 Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Bahagian 1)
  • Sembelit? 6 Cara Mudah Ini Mungkin Membantu | Tips Sihat Selalu on E-SELL : 10 Panduan Mudah Beli Sendiri Vitamin Shaklee (Step By Step)
  • GEMPAR! 5 Kelebihan Skin Care Youth Yang Tiada Pada Skin Care Lain | Tips Sihat Selalu on E-SELL : 10 Panduan Mudah Beli Sendiri Vitamin Shaklee (Step By Step)
  • 4 Cara Mudah Pakai Serum Untuk Kesan Lebih Baik | Tips Sihat Selalu on E-SELL : 10 Panduan Mudah Beli Sendiri Vitamin Shaklee (Step By Step)

Entry

  • November 2018 (5)
  • October 2018 (7)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (2)
  • June 2018 (2)
  • May 2018 (2)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (2)
  • December 2017 (2)
  • October 2017 (1)
  • September 2017 (1)
  • August 2017 (4)
  • July 2017 (3)
  • June 2017 (2)
  • May 2017 (4)
  • April 2017 (7)
  • March 2017 (5)
  • February 2017 (2)
  • January 2017 (4)
  • December 2016 (5)
  • November 2016 (6)
  • October 2016 (7)
  • September 2016 (39)
  • August 2016 (5)
  • July 2016 (9)
  • May 2016 (8)
  • April 2016 (5)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (5)
  • January 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • September 2015 (5)
  • August 2015 (4)
  • July 2015 (19)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (1)
  • April 2015 (1)
  • March 2015 (7)
  • February 2015 (3)
  • January 2015 (3)
  • December 2014 (8)
  • November 2014 (8)
  • October 2014 (20)
  • September 2014 (17)
  • August 2014 (9)
  • July 2014 (3)
  • June 2014 (4)
  • May 2014 (8)
  • April 2014 (12)
  • March 2014 (7)
  • February 2014 (4)
  • January 2014 (3)
  • December 2013 (19)
  • November 2013 (7)
  • September 2013 (14)
  • August 2013 (1)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (1)
  • May 2013 (7)
  • April 2013 (12)
  • March 2013 (3)
  • December 2012 (3)
  • November 2012 (2)
  • October 2012 (1)
  • August 2012 (1)
  • July 2012 (3)

Copyright © 2019 · Tip Sihat Selalu on Genesis Framework · WordPress · Log in