Dah 4 tahun Ida tinggalkan hal ehwal simpan susu ibu ni. Bila anak kelima ni lahir, maka terfikir nak buat satu entry blog sambil buat revision semula.

Kebetulan belum ada lagi entry berkaitan dengan cara simpan susu ibu EBM ni dalam blog Tip Sihat Selalu.

Menjelang hari ke 24 berpantang, Ida dah mula buat stok EBM terutama untuk bekerja dan bulan puasa yang akan menjelang lebih kurang 40 hari lagi.

Setelah survey, Ida ada jumpa satu web yang sangat membantu.

Ida pasti kita akan sama-sama mahir tentang cara simpan susu EBM lepas baca artikel ni.

Berapa lama susu ibu ni boleh disimpan?

Benda ni memang dah lama Ida tak ambil tahu. Jadi confuse. Jom sama-sama kita refresh ilmu. Sebelum tu jom tengok gambar kat bawah ni.

Ada 4 jangka masa yang kita boleh ikut untuk simpan susu ibu.

Suhu Bilik : 4 jam

Peti Ais : 48 jam

Peti Ais 2 Pintu (bahagian beku): 3 bulan

Deep Freezer : (-5 darjah celcius) : 6 bulan

Jom semak 15 Tips Simpan Susu EBM pula

1. Label kan semua bekas dengan tarikh sekali

Cara ini sangat penting supaya kita boleh guna konsep First-In-First-Out masa nak guna susu itu nanti. Susu paling lama disimpan mesti kena guna dulu.


2. EBM sebenarnya boleh disimpan lebih lama

Susu ibu ni special. Ia ada ciri khas boleh lindung dari dicemari bakteria. Nak tahu ia rosak, ia dah baru masam atau rasa tak elok. Apa pun, better ikut panduan simpanan yang dicadangkan untuk lebih selamat.

3. Bekukan EBM hanya jika tak nak guna dalam 48 jam

Untuk kekalkan kualiti antimicrobial dalam susu ibu, susu segar sebenarnya lebih baik dari yang disejukkan, yang disejukkan lebih baik dari dibekukan. Kalau rasa-rasa memang nak guna dalam 48 jam, tak perlu bekukan. Apapun, EBM beku JAUH lebih baik dari susu formula.

4. Jangan isi EBM sampai penuh.

Bila EBM membeku, ia akan mengembang. Kalau nak simpan, pastikan tinggalkan sikit ruang dalam plastik simpanan.

5. Bekukan EBM dalam 1 atau 2 auns

Kuantiti kecil mudah dan cepat untuk dipanaskan semua. Kalau letak lebih banyak, takut-takut membazir kalau ada lebih. Susu yang dah dipanaskan tak boleh diminum lagi lepas 24 jam.

6. Simpan susu dalam bekas kecil untuk bagi semangat.

Bila simpan dalam bekas kecil, kita rasa seronok bila nampak ia penuh satu bekas. Kalau guna bekas besar, mungkin susu kita nampak separuh bekas je. Lagi semangat nak kumpul EBM. Antara sedar atau tak, ia boleh bantu banyakkan susu badan tau. 
Satu hal lagi, ia mudah untuk disimpan.

7. Guna bekas bebas BPA

Bisphenol-A (BPA) ni bahaya. Ia boleh ganggu hormon endoktrin. Maka banyak timbul masalah hormon seperti masalah kecacatan pada kelahiran dan kanser.
Bahan ni ada pada plastik polycarbonate, boleh cemari susu dan bahaya pada bayi.

8. Boleh ke kita campur susu baru perah dengan susu yang dah dibekukan?

Boleh. Lepas pam susu, susu tu perlu disejukkan dalam setengah jam sebelum campur dengan susu yang dah dibekukan. 
Satu lagi, susu baru perah mesti kurang dari susu beku. Ikut langkah cadangan penyimpanan ikut masa dan tarikh susu yang mana pam dahulu.

9. Guna bekas bersih untuk simpan EBM

Cara untuk bersihkan, semudah cuci dengan sabun, bilas dan biarkan ia kering. Boleh juga guna plastik simpanan khas yg telah disteril untuk simpan susu.

10. EBM boleh terasing dan boleh jadi banyak warna

Ia suatu yang biasa bila susu EBM boleh terasing antara susu dan krim. Hanya goncangkan sahaja untuk campurkan semula sebelum beri kepada anak. 
Ada ketika susu kita boleh jadi kebiruan, kekuningan dan mungkin kecoklatan warnanya.

11. Cairkan dan terus panaskan EBM dalam masa yg sama.

Letakkan bekas susu beku bawah air mengalir, kemudian rendam dalam bekas air suam sehingga susu cair kepada suhu bilik. Jangan terlebih panas sebab ia akan rosakkan susu.

12. Jika anda guna plastik susu, pilih yang sesuai

Pilih plastik susu yang direka khas untuk simpan susu ibu. Ia dah disteril, tebal, ada seal dan ada ruang untuk label. Guna semula plastik boleh menyebabkan susu tercemar .

sumber: https://www.mumsfairy.com/

Ida pasti ramai ibu-ibu dah nampak lebih jelas cara simpan susu dengan betul. Jom berikan yang terbaik untuk anak kita.

Susu ibu adalah TERBAIK. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge