11 Punca Haid Tidak Teratur Sehingga Sukar Merancang Untuk Hamil

Semua wanita memang nak hamil dan nak anak. Mereka sangat sensitif ditanya dengan soalan bila nak ada anak. Tapi, bagaimana nak merancang jika haid pula tak stabil.

Sekejap datang haid, sekejap tidak datang. Sangat mengecewakan.

Haid yang tidak teratur memang masalah besar untuk wanita yang merancang untuk mengandung. Haid yang teratur adalah idaman semua wanita sebab perkiraan bila sepatutnya hadir haid adalah titik tolak menjadi ukuran mereka lewat datang haid atau tidak.

Tester UPT dah siap beli awal-awal sebab nak tunggu haid tidak datang. Tapi jika haid berterusan dan tidak stabil, macamana nak uji kehamilan?

Mengapa pentingnya haid yang stabil?

Kebiasaannya, wanita yang didatangi haid setiap bulan adalah wanita yang subur. Haid terjadi selepas ovum matang yang berpotensi disenyawakan ‘dilepaskan’ setiap bulan.

Ketika dilepaskan pada waktu subur, potensi wanita hamil adalah tinggi jika berlaku perhubungan suami isteri. Tetapi, jika haid tidak stabil, nak tentukan bila hari subur pun sukar.

Baru 5 hari habis haid, haid pada cycle seterusnya dah datang. Ataupun, haid berpanjangan sehingga berbelas hari sehingga mengganggu emosi. Hal begini mengurangkan potensi seseorang wanita untuk hamil.

Sangat STRESS.

11 Punca Haid Tidak Teratur.



Menurut Majalah Pa & Ma, 12 punca haid yg tidak teratur adalah:

Punca #1 : 

KEGEMUKAN – berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

Punca #2 : 
BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN – hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

Punca #3:
TERLALU KURUS
– tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
Punca #4:
MASALAH KESIHATAN – sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
Punca #5:
MENOPAUS – ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
Punca #6:
PENCEGAH HAMIL – pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
Punca #7:
TEKANAN/STRESS – stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
Punca #8:
PENYUSUAN BADAN – sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
Punca #9:
TERSILAP PENGIRAAN – 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
Punca #10:
MASALAH TYROID – hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
Punca #11:
UBAT-UBATAN – jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.
sumber: http://yourhealthshoppe.blogspot.com/

Wanita dalam video di bawah TERLALU STRESS. Bukan seminggu atau sebulan, tetapi SETAHUN beliau tidak datang haid. Marilah mendengar rintihan hati wanita cekal ini.

Tips Mendapatkan Haid Stabil dari Shaklee

4 Vitamin utama dalam membantu mengurangkan masalah Haid tidak teratur adalah:

1) Vitalea : Membantu sistem organ dan tubuh mendapatkan semua nutrien penting secara menyeluruh. Kandungan 28 vitamin dan mineral dalam multivitamin ini boleh bantu setiap sistem dan organ badan berfungsi dengan baik.

2) BCompleks: Membantu mengawal sistem saraf dalam badan dan mengurangkan stress. Stress adalah salah satu punca haid tidak stabil.

3) Vitamin C: Membantu meningkatkan imun badan dari serangan penyakit, membantu penyerapan iron yang melancarkan edaran darah. Edaran darah yang lancar menyebabkan oksigen dapat sampai kesemua sel dalam badan.

4) GLA : GLA membantu badan menstabilkan hormon terutama apabila hormon terganggu akibat pengambilan ubatan dan pil perancang. Hormon yang stabil membantu mendapatkan haid yang stabil dan teratur.

Dapatkan Produk Shaklee ini HARI INI.

Atau sila ikuti langkah-langkah pembelian di bawah

Related Posts

5 thoughts on “11 Punca Haid Tidak Teratur Sehingga Sukar Merancang Untuk Hamil

  1. Saya mmg period tak teratur dari zaman anak dara…tapi alhamdulillah lepas sebulan kawen terus preggy, doktor pun terkejut…tp memang rasa tak best la badan bila period tak teratur ni…perut pun jadi buncit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge