10 Resepi Masker Aloe Vera Mudah Untuk Anda Cuba

Aloe vera bagus untuk kulit. Banyak manfaat aloe vera, boleh baikkan luka dan pudarkan parut juga.

Rupa-rupanya, Aloe Vera ni boleh di buat masker dengan dicampur dengan bahan-bahan yang mudah

Wanita dalam video dibawah pernah mengalami keadaan muka yang hodoh kerana chicken pox. tapi tindakan cepat yang beliau ambil dapat kembalikan kecantikan kulitnya seperti dulu.

Adakah beliau juga amalkan Masker?


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

10 Resepi Masker Aloe Vera Mudah Untuk Anda Cuba

Masker #1 : Dapatkan Wajah Glowing

Nak muka lebih glowing dan berseri-seri? Anda boleh campurkan sedikit kunyit, satu sudu teh madu, satu sudu teh susu dan beberapa titisan air mawar.

Lepas campuran sebati, tambahkan gel aloe vera sehingga jadi paste. Ratakan pada muka dan leher, biar kering selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk atau air suam.

Masker #2: Cerahkan muka

Ramai yang nak cerahkan muka, banyak produk di pasaran yang janjikan untuk cerahkan kulit. Produk cerahkan muka sekarang banyak yang guna bahan terlarang sebab nak bagi cepat putih.

Anda boleh cuba masker untuk cerahkan muka ini. Bahan sangat mudah.

Campurkan sedikit aloe vera dengan jus lemon, sapukan ke atas kulit yang telah kena sunburn. Biarkan kering selama 10 minit sebelum dibilas.

Masker #3: Hilangkan Tompok di Muka

Wanita cantik sangat pentingkan kecantikan. Kalau ada tompok hitam jeragat, parut bekas jerawat memang nampak tak cantik. Kita pun rasa tak yakin nak berhadapan dengan orang ramai.

Masker Aloe Vera untuk hilangkan tompok di muka hanya guna Aloe Vera dan air mawar. Campur keduanya sehingga jadi paste. Biarkan dalam 20 minit dan bilas. Urut kawasan muka untuk kesan lebih baik.


Masker #4: Detoks Muka

Eh. Ingatkan perut dan usus aje ada detoks, muka pun ada detoks. Apa tujuan detoks muka? Detoks muka adalah untuk bersihkan muka dari kosmetik. 

Masker detoks muka adalah dibuat dari campuran Aloe Vera, mangga, dan pati jeruk nipis. Sapu campuran ke muka, biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air sejuk.

Bacaan Lanjut >> 10 Kelebihan Detoks Usus

Masker #5: Atasi Kulit Berminyak

Kulit berminyak boleh menyebabkan jerawat, jadi ia perlu dirawat supaya jerawat tak timbul.

Daun Aloe Vera di rebus dan dihancurkan sehingga jadi paste. Campuran itu kemudiannya dicampur dengan madu sebelum diletak pada muka.

Masker #6: Untuk Kulit Sensitif

Kulit sensitif tak boleh guna sebarang produk kecantikan. Untuk membuat masker bagi kulit ini, gel Aloe Vera dicampurkan dengan pati timun, yogurt dan essential oil. 

Kisar semua bahan, letak essential oil paling akhir sekali. Sapu pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.

Masker #7: Melembabkan Kulit Kering

Jika kulit anda termasuk kering, masker Aloe Vera berikut boleh membantu melembapkan kulit anda.

Campurkan dua sudu makan cottage cheese dengan gel aloe vera, tambahkan potongan kurma dan timun, serta sedikit jus lemon. Kisarkan hingga halus sebelum disapu pada muka selama 30 minit.

Bilas dengan air sejuk diselang-seli dengan air suam dan air sejuk. Boleh buat banyak dan di simpan dalam peti sejuk jika nak guna lagi.

Masker #8: Scrub Muka Semulajadi

Bukan sahaja masker, Aloe Vera boleh guna sebagai scrub. Potong timun secara dadu dan tambahkan ke dalam gel Aloe Vera. Kisarkan dan campurkan sedikit oatmeal.

Boleh tambah mengikut citarasa, nak lembut atau kasar. Sapu dan urut muka dengan scrub ini. Biarkan dalam 10 minit sebelum bilas.


Masker #9: Menjaga Kelembapan Kulit

Makin kita berumur, minyak dalam kulit pun berkurang. Masker ini boleh kekalkan kelembapan kulit.

Campurkan kacang badam yang dah dihancurkan dengan gel aloe vera. Kacau rata. Guna sebagai masker. Sapu pada muka, biarkan 15 minit sebelum dibilas.

Masker #10 : Mengatasi Kulit Kering

Masker ini sangat sesuai untuk kulit kering dan normal tetapi sedikit kering.

Campurkan shea butter dan minyak zaitun serta aloe vera sehingga sebati dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 minit dan bilas. Kulit anda akan merasa lembap tanpa guna kosmetik mahal.

Sumber:  http://www.perawatanwajahyuk.com

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge