Mendapat tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan. 
Kita lebih cergas, buat kerja pun effektif. Kalau tidur selalu terganggu, bahaya untuk kesihatan dan badan kita boleh jadi lesu sepanjang hari.

Bacaan lanjut >> Kurang Tidur punca Gemuk?

Mesti rasa tak best. 

Ramai yang tak tahu sebenarnya ada makanan yang kita boleh makan untuk bantu badan relaks dan mudah untuk tidur.

Berikut adalah 10 makanan yang mudahkan kita untuk tidur.


Makanan #1: Walnut
Walnut mempunyai tryptophan, asid amino yang bantu badan untuk hasilkan melatonin. Kandungan melatonin yang banyak dalam badan boleh bantu tidur dengan lena.


Makanan #2: Badam
Badan mengandungi tinggi kandungan magnesium. Magnesium boleh bantu otot untuk relaks.


Makanan #3: Jus Ceri
Ceri tingkatkan kandungan melatonin dalam badan yang boleh bantu untuk tidur


Makanan #4: Garam
Garam bantu buang hormon stress, kortisol dari badan. Jika anda terbangun pukul 3 pagi, anda boleh cuba ambil secubit garam.


Makanan #5: Gula
Gula tak semestinya tak baik untuk kesihatan, ada ketika ada baiknya untuk ambil. sedikit gula dalam darah dan indulin bantu tryptophan masuk ke dalam otak. Tryptophan adalah sejenis asid amino yang bantu hasilkan serotonin yang boleh stabilkan mood dan mudahkan tidur.


Makanan #6: Madu
Seperti juga gula, madu boleh bantu tingkatkan tryptophan yang masuk ke otak.


Makanan #7: Teh Chamomile
Chamomile mengandungi glycine, untuk bandu otot badan dan saraf relaks.


Makanan #8: Chickpeas
Chickpeas juga mengandungi tryptophan yang bantu badan hasilkan melatonin untuk tidur.


Makanan #9: Makanan laut
Tuna dan Salmon mempunyai kandungan Vitamin B6 yang tinggi, boleh bantu badan untuk relaks.


Makanan #10: Karbohidrat
Makanan yang berkarbo boleh bantu kita tidur, kalau terbangun tidur waktu malam, carilah karbo untuk dimakan. nasi atau roti adalah contoh karbo. Ia bantu tinggikan level gula dan insulin untuk beri mood tidur.

sumber : http://www.healingfoodandherbs.com

Ajaibnya ada produk Shaklee boleh diambil untuk bantu tidur lebih lena. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge