10 Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Bahagian 2)

Sebelum itu, mari kita hayati cara menjadi lebih HAPPY dan TENANG selain dari bermotivasi dalam setiap perkara yang kita lakukan. Sila klik Video di bawah ini


Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.

bersambung dari 10 Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Bahagian 1)

6. Mencipta Sokongan
Rasa bosan dan tiada motivasi untuk buat perkara yang anda harus buat untuk berjaya? Jangan risau, cari sorang kawan yang boleh bantu. Anda boleh cipta sokongan dengan share apa yang anda nak buat dengan seseorang yang anda fikir boleh support anda. Minta dia semak progress anda. Secara tak langsung, anda dah ada motivasi dari luar dan ada seseorang yang boleh ingatkan anda.

Rakan anda itu tak perlu memarahi anda buat itu dan ini, cukuplah dia ingatkan anda apa perkara yg anda nak capai dan kenapa anda nak capai perkara itu. Ia lebih berkesan dari kena marah sebab nak push buat kerja.

Cara lain yang berkesan adalah bina group mastermind. Group ni adalah sekumpulan rakan yang ada misi dan visi yang lebih kurang sama macam kita. Dalam group ni, anda boleh bincang masalah dan cara nak selesaikan masalah yg anda hadapi untuk capai target.

tiger woods
7. Raikan semua Kejayaan
Adakah anda tahu, cara paling mudah untuk motivasikan diri sendiri adalah ketika semangat tengah naik? Bila kita dapat jual sesuatu, kita akan rasa bersemangat dan bermotivasi tinggi. Di sinilah anda boleh implement teknik ni..jika anda rasa down dan tak semangat, anda boleh kembalikan motivasi anda semula.

Strategi ini dipanggil Raikan Semua Kejayaan. Seperti mana Tiger Woods melonjak menggenggam jari setiap kali dia berjaya score dalam golf. Ini adalah cara dia raikan kejayaannya. Anda mesti buat perkara yang sama. Cipta satu corak gerakan, lakukannya setiap kali anda berjaya capai. Bila dah jadi habis, ia boleh digunakan gerakan itu bila anda nak. Teknik ni dipanggil anchoring.


8. Berpura-pura Bahawa Anda Bermotivasi
Pernah dengar quote “Fake it until you make it”? Ia adalah prinsip yang sama yang boleh digunakan untuk memotivasi diri sendiri. Ya. Anda hanya perlu pura-pura bermotivasi sehingga anda cipta motivasi yang anda nak. Bila anda tak termotivasi dan down, berpura-puralah bahawa anda bermotivasi, jalan dan bercakaplah seakan-akan anda bermotivasi. Bernafas laju, Cakap lebih kuat, Berfikir lebih yakin.

Jika anda cuba buat, akhirnya anda tidak lagi pura-pura tetapi benar-benar dapat motivasi yang anda cari. Ini kerana tindakan dan emosi kita saling berhubung. Tindakan kita akan mempengaruhi emosi kita. Jadi, bila anda bernafas lebih laju, bercakap lebih kuat dan berjalan dengan lebih yakin, anda akan cipta emosi motivasi dan emosi kejayaan dalam diri.

Tak percaya? cuba senyum selebar-lebarnya dan fikirkan sesuatu sedih. Macam tak boleh kan? sebab tindakan dan emosi tidak selari. Bila anda gembira, anda akan senyum. Bila anda down, org lain boleh lihat dari riak muka anda. Maka, gunakanlah teknik berkuasa ini untuk kekal bermotivasi dari masa ke semasa.


9. Ikrar kepada Diri Sendiri
Dah buat ikrar kepada diri sendiri? Jika belum, buat sekarang! Ikrar yang anda boleh buat adalah seperti “Saya telah ditakdirkan berjaya dan hebat”, “Saya adalah usahawan yang hebat”, “Saya adalah jutawan bisnes yang terbilang” , “Saya berjaya dapat income berpuluh ribu ringgit sebulan” dan macam-macam lagi.

Gunakan ikrar ini untuk kekal termotivasi dan paling cepat walaupun ikrar itu semudah “Sayalah juara” dengan syarat anda buat dengan yakin dan diulang banyak kali.


10. Jadikan ia Habit / Kebiasaan
Semua point yang telah dibincangkan boleh berkesan pada peringkat awal tetapi ia tidak akan bertahan lama jika anda tidak membiasakan diri anda melakukannya.

“We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, buat a habit” – Aristotle

Selalunya, ramai yang hilang motivasi dan putus asa dengan targetnya kerana tidak bertindak untuk jadikannya habit. Mereka bersemangat pada awalnya, dan lama-lama hilang motivasi dan tak bertindak seperti yang sepatutnya.

dan seluruh Malaysia (melalui pos)

SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz


Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Related Posts

7 thoughts on “10 Cara Terhebat Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya (Bahagian 2)

  1. Kehidupan yg berjaya memerlukan kekuatan mental, fizikal
    dan spiritual. Kita perlu merubah Diri sendiri sebelum org lain mengubah kita

  2. Kehidupan yg berjaya memerlukan kekuatan mental, fizikal
    dan spiritual. Kita perlu merubah Diri sendiri sebelum org lain mengubah kita

  3. tq..tips yang membantu..waktu ini rse penat sngat…nak lari dari realiti..tpi bila baca tips ni,alhamdulillah entry ni adalh asbab dari Allah untuk menegur saya yg lemah semangat ni…ye,no matter what happen,it just beyond our control,its our choice to make it good or not…to fight or give up…insyaallah everything get better

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge