10 Amalan Boleh Cepat Rosakkan Sel Otak

Ramai orang sangat menjaga kesihatan, tapi tak ramai yang ada kesedaran jaga sel otak. 

Semua aktiviti kita akan guna otak, dan sel otak sentiasa tersimulasi bila kita berfikir. Bila kita jaga sel otak, setiap aktiviti kita akan lebih efektif sebab kita akan mudah fokus dengan kerja kita. Kita ada mudah ingat banyak perkara.

Dengan jaga sel otak, kita tak mudah kena nyanyuk bila dah tua. Boleh bekerja dengan baik lagi walaupun umur meningkat. Apa guna badan sihat, tapi mudah lupa dan tak boleh fokus bila buat kerja kan?

Jom semak 10 amalan yang boleh cepat rosakkan Sel Otak.


Amalan #1: Kurang Berfikir
“Malas nak fikir”.
Kita selalu dengar ayat ni dari ramai orang, tapi sebenarnya ramai tak sedar yang perkara ini boleh buat sel otak mengecil. 

Berfikir boleh stimulasikan otak, boleh latih otak kita. Jadi, buatlah amalan yang membuatkan kita banyak berfikir, banyak menulis, banyak meneroka dan mengkaji. Main teka silangkata dan sudoku adalah lebih baik dari hanya menonton televisyen sahaja. Amalan berfikir ini boleh segarkan sel otak dari masa ke semasa.


Amalan #2: Tinggalkan Sarapan Pagi atau Tidak Bersarapan Langsung
Kita biasa dengar kalau tak sarapan boleh tambah berat badan. Tapi kita jarang dengar, kalau tak sarapan, sel otak akan rosak.

Ya. Mereka yang tak sarapan tak cukup kandungan gula dalam darah, maka sel otak pun tak dapat cukup nutrien. Bila tak dapat cukup nutrien, sel otak boleh mengecil dan rosak


Amalan #3: Terlebih makan
Terlebih makan memang bahaya. Bahaya untuk badan, datangkan banyak penyakit juga.

Rupa-rupanya, terlebih makan juga boleh bahayakan sel otak juga. Bila kita makan lebih dari yang badan kita perlukan, arteri yg bawa darah ke otak mudah mengeras dan akan kurangkan kuasa sel otak untuk bekerja


Amalan #4: Merokok
Merokok memang bahaya kepada kesihatan. Bahaya kepada paru-paru, mulut dan banyak bahagian badan lain.

Sel otak juga tidak terkecuali. Nikotin dalam sel otak ada bahan yang boleh rosakkan sel otak, dan jadi penyebab penyakit Alzheimer.


Amalan #5: Pengambilan Gula Berlebihan
Terlebih ambil gula boleh menyebabkan kencing manis, tapi tak ramai orang tahu kaitannya dengan sel otak.

Gula berlebihan boleh ganggu penyerapan protein dan nutrien lain dalam badan. Badan akan kurang nutrien dan ganggu perkembangan sel otak.


Amalan #6: Kurang Tidur
Selain menyebabkan kita kurang fokus pada kerja, kurang tidur ada kesan jangka pangjang yang tidak baik.

Untuk jangka masa panjang, kurang tidur boleh percepatkan sel otak jadi mati. Lagi banyak sel mati, lagi banyak kita lupa ingatan.


Amalan #7: Tutup Kepala ketika tidur
Tidur dengan kepala tertutup boleh tingkatkan kepekatan karbon dioksida dan kurangkan kepekatan oksigen. Ia boleh beri efek kerosakan sel otak.

Hanya 92.8% peluang untuk sembuh jika pada peringkat awal, peringkat pertengahan atau peringkat akhir penyakit dementia untuk orang yang berumur 70 tahun.


Amalan #8: Jarang bercakap
Bercakap perkara berintelek boleh tingkatkan keberkesanan proses otak.


Amalan #9: Bekerja dan berfikir ketika sakit. 
Berehat, bekerja dan belajar ketika sakit boleh jejas sel otak. Ia akan membebankan sel otak dan seterusnya boleh membawa kerosakan kepada sel.


Amalan #10: Pencemaran Udara. 
Kita tahu otak adalah pengguna oksigen paling banyak dalam badan berbanding bahagian badan lain. Kalau ada udara tercemar, organ paling terkesan sekali adalah otak.

Bila kita sedut udara tercemar, ia akan kurangkan bekalan oksigen dalam otak, dan ini boleh rosakkan sel otak.

sumber: http://positivemed.com

Mengekalkan Keberkesanan Sel Otak dengan Shaklee

60% sel otak kita di bina dari lemak. DHA (docosahexanoic asid, sejenis lemak dari Omega 3) membina 15% hingga 20%  cerebral cortex otak kita. Ia banyak terdapat dalam neurons – sel dalam sistem saraf tunjang.

3 cara Omega 3 boleh bantu baiki sel otak yang rosak:

1) Elak sel otak mati
2) Sambungkan semula neuron otak yang rosak
3) Mengaktifkan semula genetik yang bantu lindung sel otak yang rosak

sumber: http://articles.mercola.com

Dapatkan Omega Guard anda HARI INI. Hanya RM124 untuk sebotol (90 kapsul).


Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge